Bab 9
Bermula
daripada malam itu, Akma meneruskan hidupnya seperti dahulu. Pergi ke kelas
seperti biasa, belajar seperti biasa. Kadang-kadang, wajah Nuar menggamit
fikirannya, tetapi dengan cepat juga Akma menghilangkan bayang itu daripada
memorinya. Jika dilayan, alamat tidak belajarlah dia seharian.
Awal-awal
pagi dia sudah ke kuliah. Seperti biasa, Akma akan duduk dibahagian hadapan.
Walaupun hatinya seringkali menggesa untuk menoleh ke belakang melihat wajah
yang dirindui, tetapi fikirannya menegah hasrat hati. Dia jugalah yang paling
awal keluar daripada dewan kuliah, sedangkan dahulunya dialah antara orang
terakhir melangkah keluar. Itupun mengikut pintu hadapan bukannya pintu
belakang seperti selalunya. Dia tidak mahu pandangannya nanti ternoktah kepada
Nuar. Akma seringkali mengeluh. Mengapa sudah sekian lama dia menjauhkan diri
daripada Anuar, semakin kuat rasa hatinya untuk memandang wajah jejaka tampan
itu?
Kadangkala
dia terfikir. Sudah lupakah Nuar kepadanya? Walaupun dia cuba mengelak, kadangkala
terdetik juga mengapa Nuar tidak pernah menghubungi? Mungkinkah masih ada
peluang untuk diri ini walaupun sekelumit cuma di dalam hati jejaka itu? Tetapi
entahlah. Dia sendiri tidak pasti dengan diri sendiri. Tidak mungkin, Anuar
terlalu menyintai Natasya. Tidak mungkin perasaan lelaki itu akan berubah.
Mengingatkan perkara itu, hatinya robek semula.
Minggu
peperiksaan yang bermula membuatkan Akma semakin sibuk. Masanya dihabiskan
mentelaah dan membuat kajian tentang apa yang dipelajarinya di perpustakaan.
Seperti biasa, Akma tekun menghambakan diri pada buku-buku yang tersusun
disekelilingnya. Meja yang boleh memuatkan 4 orang itu hanya boleh digunakan
oleh Akma seorang sahaja. Nasib baiklah tempat duduk diperpustakaan itu masih
banyak yang kosong lagi.
Akma
tidak sedar dari jauh, ada mata yang sedang memerhatikannya sedari tadi. Bukan
setakat hari ini, malahan hari-hari sebelumnya juga. Akma memang begitu, kalau
sudah mula melakukan aktiviti yang diminatinya, hantu di depan pun dia buat tak
tahu sahaja.
Mata
Anuar tidak lepas memandang Akma. Kedudukannya memang tersorok sedikit
berdekatan dinding dan rak-rak buku, tetapi cukup jelas untuk melihat Akma. Dia
memang suka melihat wajah Akma apabila dia serius dengan kerjanya. Teringat
kembali peristiwa dimana dia dan Akma ketika membuat tugasan di perpustakaan
tidak berapa lama dahulu. Alangkah baiknya jikalau mereka masih baik seperti
itu.
Anuar
masih lagi tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah Akma masih lagi tidak mahu
berbicara dengannya selepas kejadian hari itu? Dia tidak tahu mengapa Akma
bersikap sebegitu rupa, dia masih lagi tercari-cari apakah silapnya. Seringkali
juga dia menunggu masa untuk menegur Akma, tetapi Akma seolah-olah mengelak
daripada berjumpa dan bertembung dengannya. Mengapa Akma? Adakah disebabkan
kata-kata-katanya yang mengguris hati Akma malam tersebut? Atau sebab lain yang
dia sendiri belum dapat meneka?
Telefon
bimbit direnungnya. Anuar menghembus nafas kesal. Akibat perbuatan menghempas
telefon tempoh hari dia terpaksa membeli telefon baru. Nombor telefon Akma yang
disimpannya didalam telefon tersebut turut hilang. Pernah juga dia membuat
keputusan untuk meminta nombor telefon Akma daripada Hani, tetapi fikirannya
menegah apabila memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya Tasya mendapat
tahu perkara itu.
Anuar
melangkah keluar daripada perpustakaan tidak berapa lama kemudian. Matanya
masih melirik pada Akma yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Bertubi-tubi
soalan keluar daripada mindanya. Akma, Sekiranya aku bersalah, apakah yang
perlu aku lakukan? Bagaimanakah caranya untuk aku meminta maaf, Akma?
Lamunannya terganggu apabila dengan tiba-tiba
telefonnya bergetar. Dia menjawab panggilan tersebut dengan kedutan didahinya.
“Hello
Tasya. I’ll be right there. Don’t worry.”
“Nuar?
Macam mana dengan rantai ni. Cantik tak?” tanya Tasya sambil membelek-belek
rantai emas di salah sebuah kedai aksesori wanita di KLCC. Anuar tersenyum
pahit sambil menganggukkan kepala. Sudah hampir seharian mereka berjalan
disekitar KL membeli-belah. Daripada Lot10 sampailah ke KLCC. Antara sekejap,
Anuar melirik jam tangan dilengannya.
“Tasya
nak beli. Not bad. Harga cuma seribu setengah je.” kata Tasya sambil
memberikannya pada jurujual untuk dipek. “Mei, U have earrings to match with
the necklace?” tanya Tasya pada jurujual yang telah lama dikenali itu.
“Ada.
But not in the stock, Miss Tasya. Maybe next week. I will call U.” kata
jurujual yang bernama Mei itu kepada Tasya. Mei merupakan jurujual kegemaran
Tasya. Sekiranya Tasya membeli aksesori di kedai emas tersebut, pastinya Mei
akan memberi keutamaan kepadanya. Sebarang keluaran terbaru pasti
Natasya antara orang yang dimaklumkan terlebih dahulu.
“Ok.
Call me.” kata Tasya sambil tersenyum, sudah dapat membayangkan dirinya memakai
set lengkap barang kemas tersebut dengan anggunnya.
Anuar
tidak berkata-kata daripada tadi. Hari ini sahaja dia sudah menghabiskan hampir
lima ribu untuk Natasya sahaja. Entah mengapa dia rasa tidak selesa, sedangkan
memang selama ini dia tidak pernah ambil kisah asalkan Natasya gembira.
Natasya
memang sedar dengan perubahan sikap Anuar, tetapi dia buat tidak endah sahaja.
Mungkin Anuar kepenatan kerana dia terpaksa membawa segala barang yang
diborongnya sejak pagi tadi, fikirnya. Walaupun terdetik perasaan ragu dengan apa
yang difikirkannya.
Anuar
mengeluarkan kad kredit untuk membayar harga rantai tersebut. Sementara
menunggu transaksi selesai, Natasya mengambil peluang untuk melihat koleksi
barang kemas yang lainnya. Matanya menangkap sebuah gelang tangan tidak berapa
jauh daripada rantai yang dilihatnya tadi.
“Yang
ni cantik juga. Hmm..Mei..!” Belum sempat Tasya bertanya lebih lanjut, Nuar
menarik tangan Natasya keluar daripada kedai emas.
“Tasya.
Mari kita balik.” katanya. Dia sudahpun selesai membayar harga rantai yang
dibeli. Tanpa disedari, Natasya terlanggar sesuatu.
“Ouch!”
Tetapi
Natasya tidak peduli kerana kemarahan mula menjalar terhadap sikap Anuar
terhadapnya. “Y? I tak habis shopping lagi.” Tasya bersungut. Dia menarik
tangannya daripada genggaman Nuar.
“Tasya.
Berapa banyak U spend hari ni. Hampir lima ribu tau?” Anuar mengingatkan.
“Kalau macam ni hari-hari, bankrupt lah ayah I.”
“Nape
ni? Selama ni I shopping..U tak pernah bising pun.” jawab Tasya dengan nada
merajuk. Kemarahan membuatkan Tasya meninggalkan Nuar dan lari turun ke tingkat
bawah melalui escalator. Nuar menyoroti langkah Tasya, mengejarnya dari
belakang. Seperti drama pula lagaknya kelakuan mereka sehingga menjadi perhatian
orang ramai.
Anuar
berlari lebih laju memintas Tasya dihadapannya. Lengan Tasya digenggam dengan
kedua-dua belah tangannya. “Ok. Sorry. U know I masih study lagi kan? Semua ni
duit ayah I. I tak sedap hati. Lagipun Tasya, I ada exam esok. Please
understand.” pujuk Nuar. Tasya berhenti sambil menjeling marah pada Nuar.
“I
pelik lah dengan U ni Nuar. Dulu U tak macam ni. Dulu kalau waktu exam pun, U
masih ada lagi masa untuk temankan I, tak pernah bising. U tahu apa yang I
fikir? U dah berubah.” kata Tasya dengan terus terang.
“Tasya.
I care about you ok? Jangan fikir banyak.” kata Nuar pula cuba meyakinkan
Tasya.
“I
know U care about me. Tapi tak macam dulu.” komen Tasya, meleraikan genggaman
tangan Anuar dan mula berpeluk tubuh. Dia mengangkat kening apabila terfikirkan
sesuatu. “Is it because of Akma?” tanya Tasya, matanya memandang tepat ke dalam
mata Nuar mencari jawapan.
Anuar
terdiam. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia melarikan matanya daripada
pandangan tajam Natasya.
“Kenapa
U diam? Memang Akma kan?”
Anuar
masih lagi berdiam diri tanpa memandang Natasya yang semakin berang.
“Memang
Akma kan? Answer me!” bentak Tasya sambil memandang Nuar dengan tajamnya,
seakan-akan ingin terkeluar bola mata daripada kantungnya.
Nuar
membalas pandangan Tasya serba salah. “Kenapa bangkitkan lagi tentang Akma. Kan
I dah beritahu U semua perkara lepas tu cuma salah faham?”
“Prove
it to me!” teriak Tasya lagi.
“Tasya
nak Nuar prove macam mana ni? Tasya please understand. Everyone is looking at
us!” Anuar cuba memujuk lagi, kali ini lebih keras agar Natasya menyedari apa yang
berlaku disekitar dan dimana mereka berada.
“Whatever...I
don’t care!”
“Tasya...”
“I
nak balik. So hantar I balik. Now!”
Tidak
memberi peluang kepada Natasya untuk terus merasa tertekan, Anuar segera
memeluknya dengan kejap. Dia tahu dia tidak sepatutnya membuat Natasya merasa
terganggu.
“I
am sorry, Tasya. I will not leave you.” kata Nuar memberi keyakinan.
Kemarahan
Natasya mula merundum. Air mata mula bergenang. Dia terasa begitu disayangi
ketika itu. Natasya membalas dakapan itu dengan eratnya.
*
* *
“At
last!” jerit Akma. Peperiksaan terakhir telahpun ditempuhi dengan jayanya. Dia
telah berjaya mengharungi minggu peperiksaan sekali lagi tanpa kekesalan
dihati. Dia telah sekali lagi mengotakan ikrar dan janjinya. Hati Akma terasa
puas.
“Akma!”
Terdengar jeritan dibelakangnya. Akma menoleh. Rupa-rupanya Kak Sarah yang
memanggil.
“How
is your exam?” tanya Kak Sarah termengah-mengah. Akma ketawa kecil melihat Kak
Sarah tercungap-cungap menahan penat.
“Ok.
Gembira betullah Kak Sarah. Habis jugak minggu exam. Boleh balik kampung. Dah
lama rasanya tak duduk dirumah.” Jawab Akma dengan senyuman
melirik dibibirnya. Walaupun rumahnya tidak jauh daripada kampus,
Akma jarang pulang. Rindu pada keluarga tidak dapat dibendung lagi.
“Minggu
depan ada semester 3. Then lepas tu Akma praktikal.” Tambah Akma lagi.
“Rindulah
Kak Sarah dengan kamu nanti. Baru je beberapa bulan kita duduk satu bilik kan?
Sem 3 Kak Sarah tak ada. Sem depan entah mana pulak Kak Sarah kena menyewa.
Akma pulak tak ada.” Kata Kak Sarah dengan nada sedih. Dia memang menyenangi
Akma. Senang dibawa berbincang dan tidak banyak kerenah, walaupun sedikit
perahsia orangnya.
“Haah
la Kak Sarah. Rindulah nanti dengan Kak Sarah. Entah bila boleh jumpa Kak Sarah
lagi.” Wajah Akma yang ceria tadi bertukar redup. Sejak dia mengenali Kak
Sarah, hidupnya jadi ceria semula. Kak Sarah senang didekati dan sentiasa
membuatnya gembira. Walaupun hatinya parah akibat terputus hubungan dengan
Hani, Kak Sarah dapat mengubat kesedihan dihati. Kak Sarah merupakan teman
paling baik yang pernah datang dalam hidupnya, dan Akma amat bersyukur atas
kurniaan itu.
“Hopefully
Akma dapat tempat praktikal dekat-dekat sini jugak. So boleh duduk menyewa
dengan Kak Sarah.” Kata Akma menceriakan keadaan.
“Hmm..harap-harap
begitula. Kak Sarah nak keluar ni. Jom ikut Kak Sarah.” Ajak Kak Sarah.
Akma
mengangguk setuju. Dia rasakan perlu untuk merehatkan minda setelah berhempas
pulas selama 2 minggu menghadapi peperiksaan. Lagipun, dia memang tiada apa-apa
aktiviti selain daripada mengemas barang untuk pulang ke kampung Sabtu ini.
Setelah
sampai ke tempat yang dituju, mereka pun keluar daripada kereta. Akma sedikit
terkedu. Ke sini rupanya arah tujuan Kak Sarah.
“Kak
Sarah kena pergi ke bahagian office sekejap. Akma jalan-jalan dulu. Dah settle
nanti Kak Sarah call. Sat gie kita tengok wayang nak?” kata Kak Sarah. Akma
menaikkan ibu jari tanda bersetuju.
Akma
memandang bangunan tinggi dihadapannya. Lama juga dia tidak menjejakkan kaki ke
sini. Dia tersenyum sendiri bila teringatkan semula peristiwa yang tidak
mungkin dilupakannya. Hari Sabtu yang penuh dengan kenangan..
“Lupa
pulak Natasya. This is my fiancee too, Akma.”
Terngiang-ngiang
semula suara Anuar ketika mengungkapkan kata-kata itu dihadapan Natasya tidak
berapa lama dahulu. Akma tersenyum lagi apabila teringatkan sikapnya yang
dingin pada Anuar ketika itu dan ketika Anuar menggenggam erat jari jemarinya juga
memegang bahunya..
“Huh!”
Keluh Akma. Kenapa dia perlu terus memeningkan kepala? Mengapa dia perlu teringat
semula peristiwa itu? Kenapa bayangan Nuar masih lagi menguasai mindanya? Stop
it, Akma.
“Kenapa..kenapa..kenapa?”
Tanya Akma pada diri sendiri. Dia memukul-mukul kepala, cuba untuk
menghilangkan bayangan itu. “Sampai bila aku nak hidup terkenangkan perkara ni?
Hentikan Akma! Apa yang ko dapat?” jeritnya di dalam hati.
Akma
melangkah naik ke tingkat atas. Ingatannya pada peristiwa itu dipadamkan
daripada fikirannya serta-merta. Sementara menunggu Kak Sarah, elok juga dia
mencari kedai buku. Sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan rasa bosan
menunggu. Akma menjenguk dari kedai ke kedai yang lain. “Semuanya barang
branded.” Bisiknya di dalam hati. “Harap-harap kedai buku janganlah yang
branded jugak!” sambungnya lagi, walaupun setahunya tiada kedai buku yang dikategorikan
seperti itu.
“Mana
pulak kedai buku ni? Takkan takde langsung kat KLCC ni?” Dia menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Dia duduk di kerusi kosong berdekatan untuk
merehatkan diri sambil matanya liar mencari kedai buku.
Anak
matanya terhenti apabila pandangannya terlekat kepada dua orang yang berada
tidak jauh didepannya. Mereka kelihatan mesra, sambil berpegangan tangan.
Perasaanya kuat mengatakan yang dia mengenali salah seorang daripada mereka
walaupun daripada pandangan belakang.
Entah
mengapa kuat hati Akma untuk mengekori mereka. Lupa sudah akan tujuan sebenar
Akma untuk mencari kedai buku. Dia mengekori dengan perlahan-lahan dibelakang
mereka. Pasangan didepannya tidak menyedari mereka sedang diekori.
Tidak
berapa lama kemudian, pasangan itu masuk ke dalam sebuah kedai emas berdekatan.
Akma mengintai dari luar. Pandangannya tertumpu pada pasangan tersebut.
Jurujual
dihadapan mereka mengeluarkan beberapa barang kemas untuk dipilih. Sigadis
begitu gembira membelek setiap barang kemas yang dikeluarkan satu persatu.
Kadang-kadang mereka berbincang sambil meneliti setiap satunya. Akma melihat
kelakuan mereka dengan debaran dihati. Tanpa disedari, Akma semakin mendekati
mereka.
“Ouch.”
Kata Akma apabila seseorang melanggar bahunya.
Dia
memandang ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orangnya. Yang lelaki
memakai jeans biru, ber ‘t-shirt’ putih sementara yang wanita memakai baju
berwarna biru muda yang menyerlahkan lengan dan kaki modelnya.
“Couples..”
katanya lagi apabila melihat pasangan yang sedang bergaduh itu. “Marah-marah
sayang lah tu.” Katanya lagi di dalam hati sambil tersenyum terus melupakan
bahunya yang sakit tadi. Dia cuba untuk mengamati jejaka berbaju putih itu
tetapi pandangannya terganggu apabila seseorang menegurnya.
“Kak
Long?”
“Nita.”
Akma menjawab.
“Kak
Long buat kat sini?” tanya Nita lagi.
“Taknak
kenalkan Kak Long dengan sidia? Kantoi..” kata Akma pula sambil menuding ibu
jarinya kepada jejaka yang berdiri di sebelah adiknya.
“Oh..Sham,
ni kakak I, Akma. Kak Long, ni Sham.” Nita memperkenalkan. Sham kelihatan
malu-malu berdepan dengan Akma.
“Apa
korang buat kat sini?” Tanya Akma lagi, sengaja memancing.
Nita
tersenyum malu. Dia mengarahkan agar Sham tunggu sebentar sementara dia
berbicara dengan Akma. Dia menarik Akma keluar daripada kedai.
“Kitorang
tengah cari cincin tunang. Nita nak tunang minggu depan.” Katanya dengan penuh
gembira. Matanya kelihatan bercahaya.
Akma
tidak dapat menyembunyikan perasaan terperanjatnya. “Kenapa tak beritahu Kak
Long?”
“Baru
jer bincang dua hari lepas. Mak tak beritahu eh?”
Akma
menggelengkan kepalanya.
“Isk..jauh
nyer cari cincing tunang.” Kata Akma menyakat Nita.
“Alah..dah
jalan kat KL ni, sambil nyelam minum air la. Sabtu depan majlis. Akak balik tau.”
Nita memberitahu.
“Tak
payah risau. Kak Long memang nak balik kampung pun Sabtu ni. Cuti sebulan.
Boleh tahan jugak mamat tu. Mesti kaya ni. Kalau tak takkan mak approved.”
“Hehe..
Sham anak Dr Hassan kat Taman Perumahan kita tu..”
“Dr
Hassan? Yang rumah besar atas bukit tu?”
“Ye.
Eh Kak Long. Kita sambung citer bila Kak Long balik nanti la. Kesian pulak Sham
tu menunggu.”
“Ok
Nita. All the best.” Kata Akma sambil mengenyitkan mata pada Nita. Dia melambai
kedua-dua tangannya pada pasangan itu sambil berlalu.
Fikirannya
mula terkenangkan emaknya di kampung. Emak tentu gembira dengan pertunangan
ini. Dah termakbul cita-citanya yang satu itu. Akma tersenyum dalam kekelatan.
“Eh..mana
pulak kedai buku ni.” Kata Akma apabila dia teringat kembali tujuan sebenar dia
berjalan dari satu kedai ke satu kedai tadi. Dia segera melihat di kawasan
sekitar kemudian ke tingkat bawah sekiranya terdapat sebarang kedai buku
berhampiran.
“Eh..diorang
lagi.”
Betul-betul
dibawahnya kelihatan pasangan tadi masih lagi sedang bertengkar. Si lelaki
berbaju putih sedang memujuk si wanita dengan bersungguh-sungguh. Entah
mengapa, Akma tidak berganjak daripada tempat berdirinya semata-mata untuk
melihat pasangan itu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan perhatiannya melekat
pada kedua-duanya.
“Hai..sayang
betul lelaki tu pada awek dia. Alangkah bahagianya dapat lelaki macam tu..”
“Maafkan
ajela pakwe tu.” Katanya lagi seolah-olah sedang melihat drama di televisyen.
Akma
mengecilkan matanya untuk melihat wajah kedua-dua pasangan kekasih itu dengan
lebih jelas. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mengenali kedua-duanya. Degupan
jantungnya semakin laju. Bertambah pantas apabila..
“Anuar...Macam
Anuar..”
Pandangannya
pada mereka berdua tidak dapat dilepaskan lagi. Dia cuba mengamati, berdoa agar
telahannya silap. Lututnya mula terasa lemah.
“Bukan..
bukan Anuar!” fikirannya bersungguh-sungguh menidakkan.
Pasangan
itu mula memeluk antara satu sama lain. Erat, penuh kasih sayang.
Sudah
lama rasanya dia cuba mengelak daripada memandang wajah itu. Seringkali Akma
membayangkan, pada suatu masa nanti dia dapat berhadapan dengan Nuar sekali
lagi. Melihat senyumannya, dibuai renungan yang kini bisa mencairkan hati
wanitanya dan merasai kewujudannya secara nyata
dihadapannya. Tentulah harapan dengan penghujung dan kesudahan yang
menggembirakan. Tetapi mengapa kini, mengapa kini apabila dia dapat melihat
wajahnya semula, perkara sebaliknya yang berlaku?
Aku
bukan bermimpi..
Memang
benar Anuar...
Bersama
Natasya..
Akma
betul-betul patah hati. Sekali lagi. Buat kali kedua. Mungkin dia tidak
sepatutnya memberi peluang pada hati untuk mewujudkan ruang lagi untuk Nuar.
Dia perlu menutup buku tersebut, kemas dam membuangnya jauh daripada
capaiannya..
No comments:
Post a Comment