Bab 11
Antara
sekejap, Akma menarik tangannya ke depan, melegakan dan mengendurkan tulang
belakang yang terasa lenguh-lenguh itu. Sesekali matanya melirik ke meja Prof
Siti yang penuh dengan fail-fail dan buku-buku rujukan. Hatinya masih lagi
tertanya-tanya. Apakah agaknya gerangan Prof memanggilnya masuk ke pejabat
sebentar tadi? Gerun juga dia rasakan ketika itu. Aku ada membuat silap ke?
Ataupun ianya berkenaan dengan tugasannya yang pernah tidak diterima semester
dahulu?
“Ha
Akma, dah sampai pun kamu,” kata Prof Siti apabila masuk dan duduk di
kerusinya. Dia memberikan senyuman paling manis buat Akma. Akma membalas
senyuman itu dengan debaran dihati.
“Selamat
tengahari, Prof,” Akma memberi salam lalu duduk dikerusi berhadapan dengan Prof
Siti. Fikirannya masih lagi berputar memikirkan apakah sebabnya Prof Siti
memanggilnya. “Maaf Prof. Saya nak bertanya. Boleh saya tahu kenapa Prof
memanggil saya?” Tanya Akma tanpa dapat ditahan lagi.
Prof
Siti membetulkan cermin matanya yang sudah melorot ke bawah hidung sebelum
memulakan bicara. “Mestilah ada sebab, Akma. Tujuan saya panggil kamu ini ada
kaitannya dengan kecemerlangan kamu dalam pelajaran.” Prof Siti memberi intro.
Akma mengecilkan mata, cuba untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh
Prof Siti.
Prof
Siti ketawa kecil melihat reaksi Akma. “Kenapa buat muka macam tu, Akma? Geli
hatilah saya tengok!”
Akma
menyorokkan perasaan malu dengan tingkahnya tadi dengan sama-sama ketawa
bersama Prof Siti. “Takdelah Prof. Saya tak faham sebenarnya maksud Prof.”
Prof
Siti mengeluarkan sekeping fail dan menyerahkan pada Akma. “Ok. Macam ni
ceritanya. Pihak fakulti telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat
terkemuka di Malaysia untuk memilih pelajar – pelajar yang cemerlang menjalani
praktikal di syarikat tersebut. Tahniah Akma. Setelah berbincang, Akma antara
dua pelajar yang terpilih mengikuti praktikal di syarikat tu. Nah ambil fail
ni. Surat tawaran untuk menjalani latihan praktikal.” Terang Prof Siti dengan
terperinci. Dia menyambung. “Akma dah dapat tempat praktikal ke belum?”
Akma
menggelengkan kepala. Sudah puas dia menghubungi beberapa buah syarikat
bertanyakan hal itu. Mereka cuma meminta resume daripada Akma, tetapi masih
lagi belum memberikan jawapan. “Still tak dapat apa-apa jawapan
daripada syarikat yang saya hubungi.” Jawab Akma dengan jujur.
“So,
grab this opportunity! Lagipun company ni besar. Banyak pengalaman yang Akma
boleh dapat. Kalau Akma setuju, Akma pass kan resume pada saya untuk dihantar
pada company tu sebelum Jumaat ni. Nanti Akma akan dapat surat confirmation
menjalani praktikal.” Tambah Prof Siti lagi.
Akma
membuka fail tersebut dan membacanya. Akma seakan tidak percaya. Matanya
dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan dia tidak bermimpi. ProsMedya?
Antara syarikat terbesar di Malaysia? Biar betul?? Dia membaca surat tawaran itu
berkali-kali.
Akma
tidak memikir banyak lagi. Kalau inilah peluang yang ada, dia perlu merebutnya.
Bukan senang untuk mendapat peluang bekerja di syarikat yang besar seperti ini.
“Saya setuju, Prof. Saya ada bawa resume dalam bentuk soft copy.” Kata Akma
sambil mengeluarkan pen-drive yang berada didalam poket seluarnya.
“That’s good. You can print it right
here.”
La
la la… Telefon Akma berbunyi. Dia baru sahaja tiba diperkarangan asrama setelah
pulang daripada bertemu dengan Prof Siti sebentar tadi. Akma lantas membuka
topi keledar dan mencapai telefon daripada poket bajunya. Nasib baik dia sempat
mengangkatnya. Kalau tidak tentu dia tidak dapat membalas balik panggilan itu
kerana dia sudah kehabisan kredit.
“Hello.”
Kata Akma.
“Hello
Kak Long! Apa khabar?” Terdengar teriakan suara adiknya di talian sebelah
sehingga sakit telinga Akma mendengarnya. Akma menekan-nekan telinganya yang
sakit itu. Pekikan Anita bisa menjadikan telinganya pekak.
“Nita.
Slowlah sikit volume tu. Sakit telinga Kak Long! Ada apa tiba-tiba call ni?” tanya
Akma ingin tahu.
“Aii..takkan
call pun tak boleh Kak Long. Nak Nita letak telefon sekarang?” kata Nita
sengaja menggertak Akma.
“Eh..takkan
nak letak telefon pulak. Susah nak dapat panggilan daripada Nita ni. Tu yang
pelik tu.” Terang Akma. “Ni mesti ada tujuan call ni. Kalau tak jangan haraplah
nak call Kak Long kan?”
“Ye
ke? Hehehhe… Memang ada tujuan pun.”
“Kak
Long dah agak dah. Apa dia?”
“Nita
ngan Sham nak ajak Kak Long lunch hari ni dengan kitorang.” Terang Anita. Ada
kesungguhan yang nyata daripada nada suaranya.
“Ada
special occasion ke?” Tanya Akma lagi.
“Eh..mana
tau?”
“Betullah
tu..apa dia?” Tanya Akma ingin tahu.
“Takde
apalah. Sham nak belanja sebab Kak Long banyak membantu dalam majlis
pertunangan hari tu. Lagipun, ada benda Nita nak announce..”
“Announce??
Apa dia?” perasaan ingin tahu Akma menerjah sekali lagi. Semacam bermain teka
teki pula rasanya bercakap dengan Nita kali ini.
“Eh..tak
surprise la macam ni. Lunch nanti Nita bagitau. So Nita ngan Sham jemput, setengah
jam lagi sampai!”
“Memandai
je Nita ni. Tak tanya Kak Long ke kot ada kelas lepas ni?”
“Aik?
Ada kelas ke? Ala ponteng tak boleh ke?”
“Mana
boleh! Rugilah Kak Long kalau tak masuk kelas. Tapi kalau Nita boleh hantar Kak
Long balik sebelum pukul 3.00, Kak Long boleh ikut.”
"Ala
Kak Long!"
"Kak
Long cakap betul ni. Tak tipu.." Giliran Akma pula menggertak. Dia tahu
apa yang bakal dilakukan oleh adiknya supaya dia turut serta. "Oklah..tak
jadi ikutlah, nanti..."
Cepat-cepat
Anita memintas seolah-olah tidak mahu Akma membatalkan perjumpaan mereka. “No
problem...Kalau Nita tak boleh hantar, ada orang..” Anita tidak menyambung apa
yang diperkatakan, cuma terdiam sebentar. “Eh Kak Long. Borak lama-lama kang
tak sempat sampai pulak. Tunggu Nita kat lobi kul 12.30.”
“Oklah..”jawab Akma cuba merungkai
kata-kata yang tidak sempat dihabiskan oleh Nita sebentar tadi. Dia rasa
bagaikan ada sesuatu. Tetapi dia tidak dapat meneka.
Sepanjang perjalanan ke destinasi, Akma hanya mencelah sekali sekala perbualan antara mereka sedangkan Anita berceloteh tidak henti-henti. Memang begitu berbezanya sikap mereka berdua sehinggakan ramai yang tidak percaya mereka merupakan adik-beradik. Tetapi kalau dilihat dari segi rupa, memang jelas iras yang wujud antara satu sama lain.
“Kita
nak makan kat mana ni?” Tanya Akma apabila dilihatnya kereta Fiat yang dibawa
oleh Sham keluar daripada kawasan universiti menuju ke plaza tol. “Macam jauh
je tempat makan yang Nita nak pegi ni?”
Nita
berpusing ke belakang dan memandang kakaknya dengan senyuman penuh makna. “Kita
nak makan di KL.”
“Eh,
Sempat tak Kak Long nak masuk kelas nanti ni?” tanya Akma lagi, risau kalau dia
ketinggalan kelas pukul 3.00 petang nanti.
“Sempatlah...Bukan
jauh sangat pun..” jawab Anita selamba.
Akma
hanya mampu mengangguk. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap kereta
memerhatikan pemandangan disekeliling. Masa-masa begini memberi peluang kepada
Akma untuk menikmati keindahan alam disekitarnya. Kalau tidak, perhatiannya
hanya tertumpu dijalanraya mengawal motornya.
Telefon
bimbit Sham tiba-tiba berbunyi. Anita memperlahankan radio. Manakala, Akma masih
lagi dengan lamunannya.
“Hello..”
“Yes...Sekejap
lagi sampai.” jawab Sham pendek dan kemudian terus mematikan panggilan.
Matanya
dialihkan ke cermin tengah kereta, melihat kelibat Akma yang sedang asyik
memerhati luar tingkap. Kemudiannya, membalas renungan Anita dan memberikan
senyuman penuh makna pada Anita. Anita membalas senyuman itu dengan kenyitan
dimata.
“Sham..Nita..”
Akma bersuara tiba-tiba. Pasangan yang duduk dihadapannya memandang sesama
sendiri dan kemudian mengalih pandangan pada Akma yang berada dibahagian
belakang. Sham memandang menerusi cermin tengah keretanya. Masing-masing
tertanya adakah Akma dapat menangkap maksud sebenar ajakan mereka untuk makan
tengahari setelah mendengar panggilan telefon itu tadi?
“Ya..”
jawab mereka serentak.
“Sham
tahu tak dekat mana ProsMedya? Kak Long dapat tawaran praktikal kat sana,”
jelas Akma, matanya masih lagi tertumpu ke luar tingkap.
“ProsMedya??”
Nita dan Sham berkata serentak, seolah-olah tersentak. Hampir Sham tertekan
brek apabila mendengar nama tu.
“Kenapa?”
tanya Akma apabila melihat reaksi keduanya. “Salah ke praktikal kat situ?” tanyanya
lagi, curiga.
“Eh
taklah salah. Cuma tak percaya je. Syarikat besar tu. Bukan senang nak dapat
peluang masuk situ.” kata Sham, menerangkan apa yang dia tahu.
“Sham
ingat Kak Long tak layak praktikal situ ke?” tanya Akma sengaja ingin melihat
reaksi Sham bila dianjurkan soalan tersebut. Uih! Fikir Akma didalam hati. Aku
dah menggelarkan diri aku Kak Long padanya.
Sham
kelihatan serba salah apabila soalan itu diajukan kepadanya. “Eh takdelah Kak
Long. Bu..bukan macam tu,” jawab Sham tergagap-gagap. Alamak terkantoi pulak
dengan kakak Nita ni. Mesti dah kena potong markah ni!
Akma
menekup mulutnya menahan tawa. Dia sudah dapat mengenakan Sham kali ini. Entah
mengapa dia seronok hendak mengenakan orang hari ni. Tadi Nita. Kali ini Sham
pula.
Sham
menyambung lagi, memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Akma
mula-mula tadi. “Kita lalu depan bangunan ProsMedya nanti. On the way ke tempat
makan. Kak Long nampak nanti. Bangunan tu ada tertulis ProsMedya. Betul-betul
sebelah Kak Long duduk. Perhati aje kat luar, mesti nampak punya!” Sham memberi
jaminan.
“Ok...”
jawab Akma. Dia mula meneliti bangunan disekeliling. Untung juga dia mengikut
kali ini. Boleh juga dia tahu dimana ProsMedya berada. Tak susahlah nanti
hendak ke sana praktikal nanti.
“Dah
sampai!” kata Anita apabila kereta Fiat yang dipandu oleh Sham tiba di suatu
kawasan kedai makan yang kelihatan mewah dari luar. Tidak banyak kereta yang
diparkir dikawasan sekeliling, tetapi lihat sahaja kepada semua jenis kereta
disitu dapat memberi tafsiran yang jelas hanya orang-orang tertentu sahaja yang
mampu untuk ke kedai makan mewah seperti itu.
Akma menelan air liur. Dia tidak dapat membayangkan harga makanan yang bakal mereka makan sebentar nanti! Tengok dari luar sahaja perutnya sudah merasa kecut, apatah lagi bila berada didalamnya terutama sekali apabila menu telah berada didalam tangan nanti.
Akma menelan air liur. Dia tidak dapat membayangkan harga makanan yang bakal mereka makan sebentar nanti! Tengok dari luar sahaja perutnya sudah merasa kecut, apatah lagi bila berada didalamnya terutama sekali apabila menu telah berada didalam tangan nanti.
Sham
memimpin tangan Anita ketika masuk ke dalam restoran. Akma mengikut daripada
belakang. Huh..dekorasi restoran sahaja telah membuatkan Akma terpegun. Konsep
yang dipaparkan tidak tertakluk kepada satu jenis dekorasi sahaja malahan
berbagai-bagai jenis konsep dapat dilihat disetiap penjuru restoran.
Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.
Sham
berhenti dan duduk apabila tiba di satu kawasan dengan dekor ala-ala arab.
Menurut Anita, Akma memang suka dengan bintang sejak kecil lagi. Jadi, ini
merupakan tempat yang paling sesuai untuk mereka menjamu selera. Bukan sahaja
dekorasinya, penataannya juga seperti dimalam hari di istana arab. Kalau mereka
memakai pakaian ala-la arab ketika itu, sudah tentu lengkap sebagai putera puteri
di istana.
Akma
memandang ke atas, kekiri dan kekanan mengagumi dekorasinya. Huh..siap ada
bintang-bintang di atas siling. Bibirnya mengukir senyuman paling manis kerana
dapat melihat keindahannya. Dia seolah-olah sedang melihat bintang
di alam nyata berkilaun di malam hari. Keasyikan memerhatikan bintang
menyebabkan Akma melangkah agak jauh ke hadapan meninggalkan mereka
yang lain.
“Kak
Long!” panggil Anita.
Akma
tersentak. Anita dan Sham yang berada dihadapannya tadi sudahpun hilang
daripada pandangan. Dia menoleh kebelakang mengikut arah suara yang
didengarinya dengan muka kemerahan menahan malu. Dia cuba menutup pipinya yang
terasa panas itu lalu menuju ke arah mereka bertiga. Mulut Akma terganga.
Bertiga??
“Hai
Akma.” Sapa jejaka kacak yang duduk bersebelahan dengan Sham dan kebetulan
duduk betul-betul bertentangan dengannya.
Akma
jadi gugup seketika. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Inikah announcement yang diceritakan oleh adiknya sebentar tadi? Inikah
sebabnya Nita beriya-iya mengajak dia untuk makan tengahari?
“Kak
Long, dudukla. Buat apa tercegat lagi kat situ.” Kata Anita lalu menarik Akma
duduk disebelahnya. Akma hanya mengikut sahaja. Lututnya terasa begitu lemah
ketika itu. Jarinya digenggam menahan rasa terkejut, geram dan bersalah
bercampur baur.
“Ini
ke announcement yang Nita nak sampaikan pada Kak Long? Pandai ye Nita?” tanya
Akma pada Nita. Tetapi nada suaranya diperlahankan hanya untuk didengari oleh
Anita sahaja.
“Kalau
Nita beritahu tadi, takdelah Kak Long nak ikut, kan?” kata Nita sambil menahan
ketawa. Dia masih tidak dapat menghilangkan bayangan reaksi kakaknya apabila
berhadapan dengan perkara itu sebentar tadi. Lagipun, dia faham benar dengan
perangai kakaknya yang satu ini. Dia paling tidak suka terperangkap dengan
situasi yang memaksanya berhadapan dengan lelaki.
“Betullah
Kak Long. Memang ada announcement nak buat ni. Itulah sebab ajak Kak Long dan
Abang Farid sekali ni.” kata Nita lagi, meyakinkan Akma.
Akma
memandang sekilas pada jejaka dihadapannya. Dia tahu Farid sedang memandangnya
ketika ini. Akma jadi rimas. Hendak sahaja dia berlalu meninggalkan tempat itu
pada saat itu juga.
Farid
mengambil peluang untuk menatap wajah Akma yang sedang mencuka itu. Walaupun
mencuka, Akma masih lagi ayu pada pandangan matanya.
“Hai
Akma. Remember me?” sapa Farid sekali lagi apabila dilihatnya Akma diam sahaja.
Akma
membalas renungan itu seketika, kemudian mengalihkan pandangannya ke arah
lukisan yang tergantung dibelakang Farid. Jejaka itu memang tampan, tinggi,
cukup pakej sebagai lelaki idaman wanita, tetapi ianya masih tidak dapat
menarik perhatian Akma untuk meneruskan perbualan dengannya.
“Ya,
ingat.” Pendek sahaja jawapan Akma.
“Nama
lain Akma, Najwa kan?” tanyanya lagi, seolah-olah meminta kepastian, sedangkan
semuanya telah terang bersuluh cahaya.
Dia
dah tahu? Arrgghhh! Anita! Ini semua mesti kerja Anita ni! Akma bersungut
sendiri sambil matanya memandang Nita, seolah-olah bersedia untuk menerkamnya
bila-bila masa sahaja. Oh! Keluh Akma. Kenapa aku mesti berada disini??
Patutnya aku tak ikut tadi. Ngomel Akma sendirian.
Seketika
kemudian Sham memesan makanan. Sempat lagi Farid bertanya pada Akma apa yang ingin
dipesan.
“Sama
macam Anita.” Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan oleh Akma.
Anita
dan Sham mengerling melihatkan pasangan disebelah mereka. “Cocokkan?” Bisik
Anita kepada Sham. Sham mengangguk tanda mengiyakan pendapat Nita tadi.
Sementara
menunggu hidangan tiba, Anita dan Sham sibuk berbual antara satu sama lain.
Akma pula hanya duduk menatap bintang-bintang diatas kepala Farid. Farid cuba
untuk memulakan perbualan, tetapi Akma kelihatannya tidak berminat langsung
untuk berbual. Oleh kerana tidak mahu menganggu Akma, Farid melibatkan diri
dengan perbincangan diantara Nita dan Sham.
Apabila
makanan tiba kemudiannya, Akma masih lagi membisu. Dia tidak langsung membuka
suara. Perasaan marah dan bersalah yang datang silih berganti cuba dipendamnya
selama yang mungkin.
“Ok.
Ada announcement.” Kata Anita apabila mereka selesai menjamu selera.
Akma
yang sedari tadi ingin tahu apakah yang ingin diumumkan oleh Nita, cepat-cepat
mencelah.
“Apa
dia Nita? Dah lama Kak Long tunggu ni.” Akhirnya Farid dapat mendengar suara
Akma yang disimpan dari tadi.
“Hmm…Nita
dan Sham dah buat keputusan nak melanjutkan pelajaran di UK selepas kitorang
kahwin nanti.” Kata Anita dengan nada yang gembira. Sham dihadapannya turut
tersenyum bahagia.
Akma
juga turut merasa gembira dengan berita yang disampaikan. Perasaan marah dan
bersalah yang tersimpan tadi terus hilang. Tidak disangka Anita akhirnya turut
mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran.
“Betul
ke Nita! Kak Long happy sangat. Ambil jurusan apa nanti?”
“Sham
nak ambil ijazah kedoktoran. Nita Business.” terang Sham pula.
“Wah..”
Akma betul-betul gembira ketika itu. Walaupun keputusan peperiksaan SPM Anita
kurang memberangsangkan, tetapi Akma tahu Anita boleh berjaya sekiranya dia
rajin berusaha. Bukannya dia tidak pandai, cuma terlalu sibuk bercinta sampai pelajaran
terbengkalai.
“Tahniah
Sham, Nita. I’m happy for both of you!” Farid mencelah sambil menepuk bahu
Sham. “Balik nanti boleh jadi doktor. Seorang lagi boleh manage klinik.”
Sambung Farid lagi.
“Kitorang
maybe akan bertolak seminggu lepas nikah. So honeymoon dekat sana terus
belajar.” Tambah Anita lagi seolah-olah tidak sabar hendak menjejaki kaki ke
UK. Akma tahu Anita memang telah lama menyimpan angan-angan untuk ke kota
London.
“Abang
Farid. Nita ada satu permintaan ni.”
“Apa
dia?”
“Tolong
jaga Kak Long bila Nita kat UK nanti.” Kata Anita sambil mengenyitkan mata.
Farid membalas kenyitan mata Anita dengan senyuman penuh makna.
“Nita!”
jerit Akma lantas menepuk peha Nita dengan kuatnya apabila dia dapat menangkap
apa yang cuba disampaikan oleh Nita kepada Farid.
Akma rasa ingin sahaja menarik telinga adiknya ketika itu. Sengaja dia ingin mengenakan dan menjodohkan dia dengan Farid. Sudahlah tadi meminta Farid menjaganya ketika dia tiada di Malaysia, sekarang menyuruh Farid menghantarnya pulang ke asrama pula.
“Sorry
Kak Long. Nita dan Sham ada perkara penting nak ke Shah Alam. Tak dapat nak
hantar Kak Long balik. Bye Kak Long!” jerit Anita dari dalam kereta yang
kemudiannya meninggalkan Akma dan Farid berdua di tempat parkir kereta. Alasan
sahaja tu, bentak Akma didalam hati. Dia sudah mendapat jawapan kepada
teka-teki yang bermain dimindanya sebelum ini.
“So,
Akma, jom.” Ajak Farid.
Akma
mengikut lemah langkah Farid dihadapannya. Kalau tidak kerana mengejar masa,
tentu dia tidak bersetuju dengan cadangan itu. Akma mengetap bibir menahan
geram. Nanti Nita. Kalau Kak Long balik kampung sekali lagi, tahulah apa yang
Kak Long nak buat dengan kamu ni, marah Akma didalam hati.
Derapan
kasut Farid terhenti apabila mereka tiba dihadapan sebuah kereta MPV Toyota
Harrier. Dia membuka pintu kereta untuk Akma.
“Jemput
masuk, Akma.” Dengan 'gentlemen' Farid menunggu Akma masuk ke dalam kereta.
“Tak
payahlah tutup pintu. Saya boleh buat sendiri.” kata Akma masih rimas kerana
diberi layanan sebegitu rupa. Ditambah lagi dengan onar yang ditimbulkan oleh
adiknya tadi memang bisa membuatkan hati Akma bernanah.
Walaupun
keberatan, Farid membiarkan Akma menutup pintunya sendiri.
Farid
bergegas masuk ke tempat pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta. Kereta
Toyota Harrier itu kemudiannya menderu laju ke arah lebuhraya. Jam di kereta
telah menunjukkan pukul 2.30 petang. Akma mengerling jam itu beberapa kali.
Sempat ke ni?
“Jangan
risau, Akma. Sempat sampai,” Farid memberi jaminan apabila dilihatnya Akma
seringkali melihat jam yang terletak pada dashboard keretanya. Dia faham, Akma sudah
kesuntukan masa.
Akma
terus-terusan membisu. Dalam perasaan marah yang mula berkurangan, masih
tercuit rasa bersalah. Perasaan bersalah kepada Farid atas sikapnya yang dingin
dan cuba lari daripada kenyataan dengan menutup identiti sebenarnya sebelum
ini. Perasaan bersalah ini semakin membakar diri. Dia mengeluh. Apa yang perlu
aku lakukan? Aku sepatutnya berterus terang. Kalaupun aku tidak mahu teruskan
perkenalan ini, sekurang-kurangnya janganlah berbohong untuk mengelakkan diri.
Aku perlu meminta maaf atas kesilapan ini. Aku kena menghadapinya. Lagipun,
sudah dua kali Farid membantu aku. Ini bukan caranya untuk berterima kasih atas
jasa baik yang pernah ditaburkannya.
“Mmm..”
Akma cuba bersuara tetapi suaranya masih terlekat dikerongkong.
Farid
seolah-olah terdengar suara kecil Akma lalu menoleh kepadanya seketika. “Najwa
ada kata apa-apa ke tadi?” Dia bertanya.
“Err..”
Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Akma ketika itu. Dia memarahi dirinya
sendiri kerana tidak dapat bersuara. Lidahnya dirasakan tersangkut di dalam
mulutnya.
“Ya,
Akma?” Tanya Farid sekali lagi. Lembut sekali bicara tuturnya. Terubat sedikti
perasaan marah yang membara tadi.
Akma!
Ko boleh lakukan ini. Jia You Akma. You can do it.Ganbatte! Go Go Akma! Aja Aja
fighting! Bertalu-talu perkataan dalam pelbagai bahasa keluar dari dalam benak
Akma. Dia mengulangi perkataan itu didalam hati berkali-kali sambil menutup
matanya dan mengenggam tangannya.
“Akma,
are you ok?” Tanya Farid apabila dilihatnya Akma menutup matanya kejap dengan
tangannya digenggam kuat. Dia bimbang sekiranya Akma mengalami masalah dengan
kesihatannya ketika itu. Dia cuba menggerakkan bahu Akma dengan sebelah
tangannya.
“SayamintamaafsebabmenipuEncikFarid”
Gerakan itu menyebabkan Akma mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya secara
tidak sengaja pantas tanpa noktah.
“Ha?
Apa dia Akma?” Tanya Farid lagi. Dia tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan
oleh Akma.
Akma
terdiam seketika mencari kata setelah ditanya sekali lagi oleh Farid.
“Kenapa
tadi? Sakit perut? Sakit kepala? Saya bawa laju sangat ke?” Tanya Farid pula
bertubi-tubi, masih bimbang dengan apa yang berlaku.
“Tak.
Bukan. Saya tak apa-apa, cuma .. erm.. Sayanakmintamaaf” beritahu Akma sekali
lagi dengan agak laju, tetapi sedikit perlahan daripada tadi.
“Minta
maaf? Kenapa?” Tanya Farid, masih tidak faham.
Akma
menarik nafas cuba menenangkan dirinya semula. Jia You Akma!
“Saya
minta maaf sebab merahsiakan identiti saya.” Jujur Akma memberitahu.
Farid
tersenyum kecil. Najwa sudah mengakui kesilapannya. Tetapi dia dapat mengagak
mengapa Akma mengambil tindakan sebegitu rupa berdasarkan apa yang pernah
dicungkilnya daripada Anita tempoh hari.
“It’s
ok. Saya rasa saya tahu kenapa Akma bertindak sedemikian.”
“Farid
tahu? Eh..En. Farid tahu?” Tanya Akma seperti tidak percaya. Dia membetulkan
panggilan daripada Farid kepada En Farid apabila tersedar silapnya.
Farid
mengangguk. “Ya. Saya dah dapat mengagak. Najwa, tolong panggil saya
Farid sahaja. Tak payah berencik.”
“Ok”
“Saya
pun nak minta maaf pada Najwa.” Farid menyambung lagi.
“Kenapa
pulak?”
“Sebab
saya dah cungkil rahsia Najwa dengan Sham dan Anita. Mungkin saya tak patut
buat begitu. But I can’t help it.”
“Why?”
Tanya Akma lagi kali ini keluar pula loghat Inggerisnya .
“I
can’t help myself to stop knowing you. Berkawan rapat dengan Akma.” Jawab Farid
berterus terang.
Akma
terdiam. Farid ingin mengenalinya? Kenapa? Apa yang menarik minat Farid untuk berkenalan
dengannya? Pelik sungguh Akma rasakan. Inilah kali pertama orang berminat untuk
berkawan rapat dengannya. Dia tidak pernah merasai pengalaman begini sebelum
ini.
Akma
tidak dapat meneruskan kata-kata selepas itu. Dia terus membisu. Farid pula sama.
Dia memberi laluan kepada Akma untuk menelan sedikit demi sedikit apa yang
dikatakannya sebentar tadi.
Tidak
berapa lama kemudian, kereta yang dipandu oleh Farid tiba diperkarangan
universiti. Farid tidak bertanya apa-apa kepada Akma, cuma terus memandu
sehingga sampai ke asrama. Pada fikiran Akma, dia mahu turun sahaja di asrama
Cendiakawan yang terletak bersebelahan dengan Pendita. Tetapi belumpun sempat
dia berkata apa-apa, Farid sudahpun memberhentikan keretanya diperkarangan
Asrama Pendita.
“Macam
mana…?” Akma ingin bertanya tetapi soalannya terputus dipertengahan.
“Here
we go.” Kata Farid sambil tersenyum. “Oh..lupa pulak. Anita yang beritahu Akma
duduk di sini. Saya pernah ke sini, jadi saya tahu tempatnya.” Jelas Farid.
“Ohh..Oklah.
Thanks.” Kata Akma lantas keluar daripada kereta. Dia baru sahaja ingin menutup
pintu kereta apabila Farid memanggil.
“Akma..”
Akma
menoleh.
“Boleh
saya panggil Akma, Najwa?” Tanya Farid. “Saya sukakan nama tu,” jelasnya lagi.
“Suka
hati En Faridlah.” jawab Akma acuh tak acuh.
“By
the way, we will meet again.” Sambung Farid lagi sambil tersenyum lebar.
‘Again?’
Akma berbisik. Tidak cukup lagi ke pertemuan mereka kali ini? Cukuplah sampai
disini sahaja, dia tidak mahu pertemuan ini diteruskan sekiranya tiada apa yang
perlu dibincangkan. Dia sudahpun meminta maaf kepada Farid atas kesilapannya,
jadi rasanya dia tidak berhutang apa lagi. Cuma, dia masih lagi berterima kasih
atas jasa baik Farid padanya selama ini.
Akma
tidak membalas kata-kata Farid itu. Apa yang dilakukannya cuma menutup pintu
kereta dan terus berlalu naik ke lobi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Farid mengeluh. “We will meet again...”
Dia mengulangi ayat itu perlahan lalu memandu keluar daripada perkarangan
asrama pulang ke pejabatnya.
*
Rita meneliti dokumen yang diterima pagi tadi dengan teliti. Dia perlu memastikan bahawa dokumen tersebut lengkap sebelum dihantar kepada ketuanya. Setelah penyemakan selesai dan dia turut berpuas hati, Rita masuk ke pantri dan membancuh secawan kopi panas.
Rita meneliti dokumen yang diterima pagi tadi dengan teliti. Dia perlu memastikan bahawa dokumen tersebut lengkap sebelum dihantar kepada ketuanya. Setelah penyemakan selesai dan dia turut berpuas hati, Rita masuk ke pantri dan membancuh secawan kopi panas.
“Thanks,
Rita,” kata Farid setelah Rita menyerahkan dokumen tersebut berserta secawan
kopi kepadanya. “By the way Rita, I tak mahu diganggu sekarang. Please take my
calls.”
“Baiklah En Farid,” jawab Rita, setiausaha kepada Farid lalu menutup pintu pejabat dengan perlahan.
“Baiklah En Farid,” jawab Rita, setiausaha kepada Farid lalu menutup pintu pejabat dengan perlahan.
Matanya
memandang tepat tajuk fail yang diserahkan padanya tadi. Dia berharap sangat
agar apa yang dirancangkannya kali ini berjalan dengan lancar. Dia memejam
matanya menahan debaran didada. Setelah agak tenang, jari-jemarinya mula
membuka dan menyelak helaian kandungan fail tersebut satu persatu. Dia membaca
isinya, cuba mengingati setiap satu isi kandungannya. Senyuman mula terukir
dibibirnya yang merah itu. Lama juga dia meneliti fail tersebut sebelum
menutupnya semula.
Selalunya,
dia akan meminta Rita untuk menaip surat untuknya. Tetapi kali ini, dia ingin
menulis surat pengesahan itu sendiri kerana dia terpanggil untuk melakukannya.
Dia membuka Microsoft word yang sudahpun siap formatnya dan mula mengarang.
Dia
tersenyum gembira. Jiwanya agak merundum beberapa hari ini apabila Plan B yang
dirancangkannya bersama Sham tidak begitu mendatangkan hasil. Rancangan ketiga
yang dirancangkan dengan teliti walaupun secara ‘last minute’ ini nampaknya
berada dilandasan seperti yang diharapkannya.
Dia
mengangkat telefon dan mula mendail.
Semoga usahanya ini mendatangkan
kejayaan..
Nuar berpusing mengelilingi ruang tamunya berkali-kali. Sekejap ke depan, kemudiannya ke belakang semula. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi ditimbang tara. Perlukah aku menerimanya?
Perbualan
antara Dia dan Prof Ali terngiang-ngiang di telinganya semula. Prof Ali
merupakan pensyarah yang paling rapat dengan Nuar. Sekiranya ada perkara yang
ingin disampaikan oleh pihak fakulti kepadanya, mesti ianya akan melalui Prof
Ali.
Jikalau
dia bersetuju dengan tawaran itu, dia akan dapat bekerjasama dengan Akma
semula. Sudah lama rasanya dia tidak menghubungi Akma dan mengusik gadis itu.
Dari sudut hati kecilnya, Anuar merasa amat gembira sekiranya berpeluang untuk
terus menjalinkan hubungan persahabatan antara mereka. Harinya dirasakan
sungguh ceria walaupun hanya dengan melihat gadis itu. Entahlah mengapa
agaknya, tetapi itulah yang dirasainya apabila bersama dengan Akma.
“Huh..”
Mengeluh lagi.
Tetapi
bagaimana pula dengan Natasya? Apa pula kata Natasya sekiranya dia bersetuju
dengan tawaran itu? Adakah Natasya mampu menerimanya setelah pujukan demi
pujukan yang cuba diusahakan olehnya sebelum ini tidak mendatangkan hasil?
Anuar
memicit-memicit kepalanya. Dia perlu membuat keputusan dengan kadar
segera. Hatinya terbelah dua sekarang ini. Mana satu yang perlu
dipilih? Apakah pilihan terbaik yang perlu diputuskannya?
Percaturannya
terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Anuar mengambil telefon yang
berada diatas meja lalu menjawabnya.
“Hello.”
“May
I speak to Mr. Anuar?”
“Yes,
speaking..”
“Congratulations
Anuar! You have been selected…”
***
Akma
baru sahaja merebahkan dirinya diatas katil apabila telefonnya menyanyi lagu
kesukaannya. Dia lantas mengambil telefon, menekan kekunci hijau, lalu menjawab
panggilan tersebut. Dia mendengar setiap kata yang ditujukan oleh pemanggil
dengan teliti. Sesekali mukanya berkerut dan sesekali mengangguk. Sebelum
meletakkan telefon, dia sempat menjawab.
“I'll
let you know”
Akma berpusing-pusing dihadapan kompleks membeli-belah itu berulang-ulang kali. Sudah hampir setengah jam dia menunggu kehadiran Kak Sarah. Mereka telah berjanji untuk berjumpa disini pada pukul 2.00 petang. Tetapi batang hidung Kak Sarah masih lagi tidak kelihatan. Akma diburu resah.
“Isk
mana Kak Sarah ni?” tanya Akma pada diri sendiri. Dia masih tidak lagi boleh
duduk diam. Dalam pukul 3.00 petang, semuanya akan bermula. Kalau Kak Sarah
masih belum tiba sehingga ke tiga petang, dia terpaksa pergi sendiri. Ini amat
merisaukan hatinya. Mungkin juga dia tidak perlu menghadirkan diri. Mungkin dia
perlu balik sahaja.
Sedang
dia sibuk memikir sebarang kemungkinan, seseorang menepuk belakangnya. Hampir
terlompat Akma kerana terperanjat.
“Dah
lama tunggu?”
“Kak
Sarah!” jerit Akma sambil memeluk Kak Sarah. Sudah lama mereka tidak bertemu.
Terbit rasa rindu didalam hati. “Rindu dengan Kak Sarah..lama tak jumpa. Kenapa
lambat?” tanya Akma sambil mencekak pinggang setelah selesai mereka selesai
berpelukan.
“Sorry
Akma. Tahulah kan, Kak Sarah bawak kereta. Jalan jem. Nasib baik Kak Sarah
keluar awal sikit. Kenapa last minute baru nak call?” Giliran Kak Sarah pula
memulang paku serpih.
“Sorrylah
Kak Sarah. Sebab Akma baru je terima jemputan tu. Bukannya sengaja.” kata Akma
lalu menarik tangan Kak Sarah mengikutnya. “Jom, lagi setengah jam je lagi.”
Dalam
perjalanan naik ke tingkat atas, sempat lagi Akma bertanya tentang perancangan
semester hadapan kepada Kak Sarah. Dimana dia akan menyewa dan sebagainya.
“Kak
Sarah dah jumpa rumah sewa dekat-dekat U. Akma pula praktikal dekat mana?”
“Saya
dah dapat kat KL. Eh Kak Sarah..kalau saya menyewa sekali ok tak?” tanya Akma.
Kak
Sarah mengecilkan matanya. “Maksud Akma, nak menyewa dengan Kak Sarah?”
Akma
mengangguk. Elok rasanya dia menyewa sekali dengan Kak Sarah. Lagipun kedudukan
universiti tidaklah jauh sangat dengan KL. Kalau dia tidak mempunyai kenderaan
sekalipun, dia masih boleh menaiki kenderaan awam kerana ProsMedya berdekatan
dengan kemudahan awam.
“Elok
jugak tu. Kak Sarah memang nak cari housemate.” kata Kak Sarah.
“Thanks
Kak Sarah,” jawab Akma dengan gembira. Tidak perlu lagi dia mencari rumah sewa
dikawasan KL yang harga sewa tentunya dua kali ganda. Bagaimana pula dengan
perbelanjaan lain? Dia akan memikirkan perkara itu kemudian.
***
Kawasan disekeliling telah dipenuhi oleh orang ramai. Walaupun bukan hari minggu, tempat ini masih lagi dapat memikat pengunjung. Sesekali dia melirik matanya ke arah jam tangan yang dipakainya. Masa terasa lambat sangat berlalu. Dia memerhatikan sekeliling. Kawasan itu dihias indah dengan belon-belon dan kain-kain yang bergantungan pelbagai warna. Irama muzik kedengaran menambahkan keceriaan majlis yang bakal bermula sebentar lagi.
Dia
berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dia kelihatan tenang,
tetapi hanya dirinya sahaja yang tahu apa yang bergolak dihatinya dia ketika
itu. Sekejap-sekejap dia menukar posisi tempat duduknya. Sekejap-sekejap dia
bangun sambil matanya lurus memerhatikan ruang lapang dihadapannya.
Dia
teringat kembali tawaran yang diperolehi daripada ProsMedya. Walaupun dia
sudahpun membuat keputusan, perasaan sangsi masih ada. Adakah dia telah membuat
keputusan yang tepat?
“Huh..”
keluhnya didalam hati. Fikirannya masih kusut. Wajah kedua-dua gadis datang
silih berganti.
“Mr.
Anuar. Everything is ready. Please come with us..”
Lamunan
Anuar terganggu dengan kehadiran Ms Cheong. Dia perlu bergerak sekarang.
Jantungnya berdegup bertambah pantas sehingga dia dapat merasakan getarannya.
Kalau Ms Cheong mendengarnya, tentu dia turut merasai apa yang dilalui ketika
ini. Anuar bangun lalu mengekori Ms Cheong ke tempat yang telah
dijanjikan.
***
Akma terperanjat besar apabila kedatangannya disambut ramai. Flash kamera bertubi-tubi menerjah mukanya. Matanya berpinar. Dia cuba mencari Kak Sarah, tetapi Kak Sarah telahpun dipimpin ke tempat lain berjauhan dengannya. Kak Sarah mengangguk dan menunjukkan isyarat menandakan tiada apa yang berlaku, semuanya ok.
Akma
dipimpin oleh seorang perempuan melayu kehadapan. Ms Zana namanya. Dia mengikut
sahaja dengan perasaan yang penuh dengan tanda tanya. Apa semua ini? Dia
bukannya artis ataupun orang kenamaan sehingga perlu disambut begini.
Ataupun..ataupun..aku ada buat jenayah ke? Oh tidak! Aku tak bersalah! Dengan
tiba-tiba Akma menarik tangannya semula untuk keluar daripada orang yang
mengelilinginya. Tetapi dia tidak dapat keluar daripada situ kerana ramai orang
yang menganggu perjalanannya. Lagipun, Ms Zana lantas mencapai tangannya
semula.
“It
is ok Ms. Akma. Just follow me.”
Panggilan
telefon yang diterima 3 hari lepas betul-betul membuatkan hatinya gusar.
Pemanggil memberitahu bahawa dia telah memenangi satu pertandingan yang
dianjurkan oleh syarikat mereka. Pemanggil itu yang membahasakan dirinya
sebagai Ms Zana tidak memaklumkan lebih terperinci pertandingan apa, cuma
menyatakan dia perlu datang untuk mengambil hadiah dan memberikan alamat tempat
yang perlu dituju. Akma sebenarnya ragu-ragu dan hampir menolak pelawaan tersebut,
tetapi apabila alamat yang diberikan padanya merupakan tempat awam yang biasa
dia lalui, dia mengambil keputusan untuk menghadiri. Tetapi tidak tanpa teman.
Jadi, setelah berfikir selama sehari suntuk, dia menghubungi Kak Sarah yang
kebetulan duduk di kawasan Utara Selangor untuk menemaninya.
Akma
dibawa naik oleh Ms Zana melalui escalator. Lega Akma rasakan kerana flash
kamera sudah tidak lagi menerjah wajahnya. Tetapi, dia dapat merasakan sesuatu.
Seolah-olah dia tahu kemana dia ingin dibawa. Hanya dia dan Ms Zana yang
menaiki escalator tersebut, sementar yang lainnya masih duduk di bawah,
seolah-olah memberi laluan kepada Akma untuk naik terlebih dahulu.
Akma
tercari-cari apakah yang bakal dijumpai dan ditemui ditingkat atas nanti.
Matanya memandang ke depan, dengan debaran dihati. Dia sudah dapat mengagak
kemungkinan yang berlaku, cuma kepastian sahaja yang bisa mengesahkan apa yang
bermain dikepalanya. Bayangan seseorang semakin jelas pada pandangannya. Dia
cuba mengamati sehinggalah bayangan itu datang dekat padanya dan tersenyum
manis, menyorokkan wajahnya yang kelihatan turut resah. Longgar lutut Akma
rasakan, tetapi digagahi juga berjalan ke arahnya dan kemudian berhenti
disebelahnya.
Lampu
yang terang mula menyuluh mereka. Akma terkebil-kebil seketika dengan silaun
lampu tersebut. Matanya perit dibias cahaya.
Serentak
dengan itu, kain-kain yang bergantungan tadi semua jatuh ke lantai. Alangkah
terperanjatnya Akma apabila melihat apa yang terpampang dihadapannya. Akma
terkaku. Kakinya seperti telah dipaku dilantai. Dia tidak dapat menyorokkan
perasaan terkejutnya ketika itu. Dia membalas pandangan dengan jejaka yang
berada disebelahnya cuba mencari jawapan. Namun, dia tidak dapat bersuara.
No comments:
Post a Comment