Bab 8
“Nuar..gembiranya
Tasya malam ni!” kata Tasya sambil bersandar pada bahu Nuar. Nuar tersenyum
kecil. Dia turut rasa gembira melihat wajah Tasya yang ceria. Nuar berdoa di
dalam hati agar Tasya mendapat kesejahteraan dan apa yang diimpikan.
Sesekali
matanya tertancap ke arah jemari Tasya. Kelihatan cincin emas putih berkilauan
disinari cahaya lampu. Fikirannya beralih semula terkenangkan Akma. Rasa
bersalah dan menyesal mula terbit dari dalam hati. Cincin itu sebenarnya adalah
pemberiannya untuk Akma. Tetapi entah mengapa dia tidak dapat berfikir dengan
jelasnya sehingga sanggup dia menyerahkan cincin itu kepada Tasya pula. Nuar
mengeluh.
“Kenapa?”
tanya Tasya. Dia dapat mendengar dengan jelasnya keluhan yang terbit dari mulut
Anuar.
“Eh..tak
ada apa-apa.”
“Tasya
nak tanya sesuatu boleh tak?” Kepalanya yang disandar pada bahu Anuar diangkat
dan mereka berhadapan antara satu sama lain.
“Hmm..”
“Kenapa
tiba-tiba Nuar berubah fikiran? What I mean, Nuar menjauhkan diri daripada
Tasya selama ni. Tetapi sekarang seems like kita kembali macam dulu?” tanya
Tasya sambil memandang ke dalam mata Nuar meminta kepastian.
Nuar
jadi tidak senang dengan renungan itu. Dia terus memandang ke hadapan. Dia
tidak boleh memberitahu Tasya tentang apa yang diberitahu oleh Hani sebentar
tadi. Dia mencari alasan.
“Nuar
dah berfikir semula, tak ada gunanya Nuar buat ni semua. Tak ada siapa yang
gembira. Tasya mahupun Nuar.”
Nuar
memandang semula Tasya dihadapannya. Tasya tersenyum gembira.
“Nuar..I'm
really sorry. Apa yang Tasya dah buat dulu. Tasya..”
Belum
sempat Tasya menyambung kata, Nuar meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya.
“Shh..Tasya tak perlu minta maaf. Asalkan semua dah ok cukuplah. Y not Tasya
layan tetamu. Tak payahlah berkepit dengan Nuar aje. Nuar nak berbual dengan my
friends. Lagipun Nuar tak dine lagi.” katanya sambil mencubit pipi Tasya pula.
Tasya tersenyum dan mengangguk. Dia lantas menuju ke arah kawan-kawannya yang
lain.
Tanpa
membuang masa, Nuar berjalan pantas ke tempat dia meninggalkan Akma tadi.
Kerusi yang diduduki Akma tadi sudah kosong. Malahan kasut yang ditinggalkan di
atas kerusi tadi turut hilang daripada pandangan. Dia cuba mencari disekeliling
kawasan berdekatan hingga ke pintu pagar hadapan dan keretanya, tetapi kelibat
Akma masih tiada.
“Mungkin
dia kat dalam kot..” katanya di dalam hati.
Nuar
menerobos ke celah orang ramai, mencari disekitar halaman rumah Tasya yang luas
itu. Tetapi bayang Akma masih juga tidak kelihatan. Dimanakah dia? Rasa
menyesal terus membelenggu di dalam hati. Dia tidak sepatutnya membuat tindakan
melulu begitu. Dia memang tidak pandai menjaga hati Akma.
Sudah
beberapa kali dia mengelilingi kawasan halaman rumah Tasya, tetapi Akma masih
gagal ditemui. Nuar mula berasa bimbang. Kemanakah Akma?
Setelah
puas dia mencari, Nuar mengambil keputusan untuk duduk bersama dengan
rakan-rakan baiknya tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Mungkin mereka tahu
ke mana perginya Akma. Mike dan Yan sibuk berbual sesama sendiri di meja
berdekatan dengan kolam. Dia menarik kerusi dan duduk bersama mereka.
“Nuar..dah
tak ingat kitorang dah ye!” kata Mike sambil menyeringai. Anuar tahu Mike sudah
mula hendak mengenakan orang lagi. “Cinta berputik kembali. Mana nak ingat kita
ni, kan?” sambungnya lagi sambil tersengih bak kerang busuk.
Yan
disebelah tersenyum simpul. “Ko buat tindakan yang betul.” Dia menepuk-nepuk
belakang Nuar. Nuar membalas senyuman Yan, walaupun tidak sepenuh hati.
“By
the way, ko ada nampak Akma tak?” Terpacul soalan itu daripada mulutnya.
Perkara itulah yang sebenarnya ingin ditanya kepada mereka. Wajah Yan berubah
tiba-tiba.
“Nope.
Kenapa tanya?”
Nuar
mengerutkan dahi apabila melihat perubahan pada wajah Suffian. Dia kelihatan tidak
senang dengan soalan itu.
“Aku
datang dengan dia. So memang tanggungjawab aku ambil tahu. Takkan aku nak
biarkan dia sorang-sorang kat sini. Lain la kalau dia ada kenal sesapa kat
sini. Hani, ko nampak tak?” tanya Anuar, memandang tepat ke arah Hani. Entah
mengapa, sejak dulu lagi dia rasakan seperti ada sesuatu yang berlaku antara
Hani dan Akma yang membuatkan mereka tidak rapat lagi. Betulkah mereka tidak
serapat dahulu? Entahlah dia pun tidak pasti dengan perasaan itu.
“Entah.
Tak tahu. Tadi ada borak ngan dia. Lepas tu dia gi mana ntah.” jawab Hani
dengan berhati-hati. Tolonglah jangan berbicara lagi tentang Akma, bisiknya.
“Oklah.
Aku dah lapar ni. Aku amik makanan dulu.” kata Nuar lalu bangun daripada
kerusi. Hidangan ala carte berdekatan masih banyak lagi walaupun ramai tetamu
yang hadir. Chef yang dijemput memang tidak lalai dalam melaksanakan tugas.
Makanan masih kelihatan panas. Anuar mengambil sahaja makanan yang ada didepan
matanya, walaupun seleranya agak terbantut ketika itu. Sesekali dia melirik
disekeliling mencari Akma. Tetapi masih hampa, bayang Akma masih belum ditemui.
Kemanakah hilangnya?
“Mungkin
aku patut call dia..”
Nuar
meletakkan semula makanan yang diambil dimeja berdekatan dan mencapai telefon
bimbit di dalam poket seluarnya. Dia mendail nombor telefon Akma. Setelah
mendail beberapa kali, panggilannya masih tidak diangkat. Dia mula risau.
“Mana
Akma ni?”
Dia
cuba pula menghantar pesanan ringkas sms kepada Akma. Harapannya semoga Akma
membalasnya.
“Nuar.
Lamanya ko ambik makanan. Ko masak sekali ke?” tanya Mike apabila Anuar kembali
semula ke meja rakan-rakannya. Terasa seperti hendak 'smack' sahaja Mike ketika
itu. Sudahlah hatinya tidak menentu. Buat lawak lagi yang menambahkan sakit di
hati.
“Ko
ni kan Mike, melawak tak kira tempat! Ko ni pernah bercita-cita nak jadi badut
ke?” komen Nuar sambil mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Rakan-rakan
yang lain ketawa mendengar kata-kata daripada Anuar. Mike mendengus kecil kerana
terkena kali ini.
Walaupun ketawa melihat Mike memanjang
muka, fikiran Nuar masih menerawang teringatkan Akma. Sesekali telefon bimbit
dijelingnya. Namun sms yang dihantar masih belum dijawab.
Sebuah kereta Mercedes masuk ke perkarangan rumah Tasya. Kelihatan seorang jejaka tampan keluar daripada kereta tersebut. Orangnya berumur dalam lingkungan lewat 20-an, tinggi dan tampan orangnya. Rambutnya ikal, dipotong pendek dan kemas. Dia kelihatan seperti mencari seseorang.
“Hello..my
darling...” katanya apabila sudah menjumpai orang yang dicari-cari. Tasya
menoleh ke belakang apabila terdengar suara menegurnya. Wajahnya berubah kerana
terperanjat dengan kehadiran jejaka dihadapannya. Dia tidak menyangka bahawa
dia akan hadir ke majlis harijadinya sedangkan dia berada di luar negeri ketika
ini. Dia mengamati wajah itu dengan penuh debaran dihati.
“Abang!
Tasya rindu!” tiba-tiba Tasya menjerit apabila diyakini bahawa abang sulung
yang dikasihi berdiri betul-betul dihadapannya. Dia lantas memeluk Farid
serat-eratnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti Natasya, klasik.
Farid
mengambil kesempatan membelai rambut adik kesayangannya dengan lembut. Rindu
pada Tasya memang tidak dapat dibendung lagi. Sudah lama dia meninggalkan
Malaysia demi cita-citanya. Kini dia kembali dengan segulung ijazah dan akan
meneruskan kehidupan yang mendatang di Malaysia.
“How
is my baby sister?”
“Fine.
Ingatkan dah lupa pada birthday Tasya. Hadiah tak sampai-sampai!” rajuk Tasya.
Dia kelihatan begitu manja dengan Farid.
“Here
is your present.” jawab Farid sambil mendepakan tangannya.
Tasya
memuncungkan mulutnya memprotes. “Ini hadiahnya ke? Tak payahla macam tu.
Hadiah ni memang dah kekal ada pun.”
Farid
menggeleng-gelengkan kepala melihatkan perlakuan Tasya itu. Tasya memang wanita
yang sofistikated, tetapi bila berhadapan dengan Farid, hilang segala ciri-ciri
itu dalam dirinya. Dia seakan-akan kanak-kanak kecil yang memerlukan perhatian.
“Ini
surprise untuk Tasya ke?” tanya Tasya. “Tiba-tiba jer balik.”
“Abang
dah habis study. Memang nak surprise Tasya malam ni.”
“So..tak
balik England dah?”
“Yup.
I will stay here from now on!” jawab Farid dengan gembiranya sambil memeluk
Tasya. Tasya membalas pelukan itu dengan eratnya.
“Abang..mari
ikut Tasya.”
Tasya
memimpin Farid ke arah Anuar yang masih lagi sedaya updaya menghabiskan makanan
yang diambilnya. Dia ingin menemukan Farid dengan Anuar. Mereka berdua pernah
menjadi kawan rapat sewaktu kecil walaupun jarak umur mereka agak jauh.
“Nuar!
Guess who is here!” kata Tasya dengan agak kuat. Nuar tersentak apabila
disergah begitu. Tetapi kemudiannya tersenyum dengan lebar apabila melihat
Farid berdiri disebelah Tasya.
“Lama
tak jumpa!” kata Nuar sambil berpelukan dengan Farid. Sudah lama rasanya Farid
berada di luar negara menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Master. Hampir
6 tahun. Jarang rasanya dia pulang ke tanahair. Mereka pernah berjumpa dalam
setahun lepas walaupun cuma seketika. Itupun kerana menghantar Farid pulang
semula ke England.
“Yup.
I'm back for good. Bolehlah I duduk rumah sekarang. I dah habis Master. Boleh
start bantu ayah I dengan business.” kata Farid sambil berjabat tangan dengan
mereka yang lain.
“This
is the best birthday, ever!” laung Tasya masih lagi memeluk Farid.
“Tasya.
Abang nak naik atas dulu. Sekejap lagi abang turun. I need to take my shower.
Party Tasya lambat lagi nak habis, kan? Please excuse me guys.” kata Farid,
mula hendak melangkah meninggalkan mereka.
Mereka
yang lain mengangguk. “See you soon!”
Farid
melangkah masuk ke dalam rumahnya yang tersergam indah itu. Banyak
pengubahsuaian dapat dilihat di sana sini. Perabot pun sudah bertukar kepada
yang baru. Sudah lain benar rumahnya berbanding setahun yang lalu. Farid
tersenyum sendiri apabila mengingatkan ibunya yang memang suka mengubahsuai
rumah. Tetapi, malam ini ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana urusan perniagaan
di Korea.
Farid
membetulkan duduknya diatas katil. Dia memejam mata cuba menikmati aroma di
dalam bilik yang dirindui selama ini.
“It's
nice.. I'm home!” bisik Farid apabila matanya dibuka. Akhirnya dia pulang juga.
Walaupun England merupakan negara yang cantik, tetapi Malaysia masih tetap
dihati. Farid lantas membaringkan diri di atas katil king size kepunyaannya
sambil melepaskan lelah setelah berjam-jam duduk di dalam kapalterbang.
Perjalanan daripada England bukannya dekat. Dia akui memang penat.
Farid
mengamati biliknya. Masih lagi seperti dulu, tidak berubah. Cuma langsirnya
sudah bertukar warna. Kedudukan perabot masih kekal, buku-buku masih teratur
rapi ditempat asalnya. Walaupun ibunya memang suka menghias rumah, tetapi dia
menunaikan janji supaya tidak mengubah apa-apa yang berada di dalam biliknya.
Farid
bangun daripada katil dan pergi ke tepi tingkap. Pemandangan diluar yang meriah
dapat dilihat menerusi cermin tingkap. Entah mengapa hatinya tergerak untuk
memandang ke pintu pagar rumahnya. Tiba-tiba ingatannya kembali semula menerawang
memikirkan sesuatu.
*
* *
Sudah
beberapa kali, Nuar menelefonnnya dan menghantar sms. Tetapi Akma diamkan
sahaja tidak membalas langsung. Dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakan
sekiranya dia membalas pesanan Anuar itu. Dia hanya membaca sms yang dihantar
kemudian membuangnya.
Dia
tiba di asrama kira-kira pukul 10.15 malam. Suasana di asrama masih lagi meriah
dengan pelajarnya. Ada yang bermain ping-pong di bilik gerakan di bahagian
atas, ada yang duduk bersembang di tepi koridor dan ada yang masih lagi ber
'dating'. Akma mengambil tempat di kerusi rehat agak jauh daripada mereka semua
supaya dia dapat menenangkan diri dengan keadaan sekeliling yang agak sunyi.
Hatinya
masih sebak mengingatkan peristiwa tadi. Sekiranya dia tidak pergi ke majlis
harijadi Tasya, tentunya tidak begini kepedihan yang dirasainya. Air mata mula
bergenang sekali lagi di kelopak mata. Diseka air mata itu daripada terus
mengalir. Tetapi siapalah dirinya untuk terus menahan kesedihan dihati. Dia
meraup mukanya dengan esakan kecil. Fikirannya tidak dapat melupakan bayangan
wajah Hani yang masih mentertawakannya. Bayangan Nuar yang menyarungkan cincin
ke jari manis Tasya dengan senyuman manis dibibirnya.
Akma
mengeluh lagi. Kenapa perasaan itu perlu wujud? Kenapa dia mesti jatuh cinta
pada Nuar? Selama ini dia menahan dirinya daripada dikuasai perasaan itu kepada
sesiapa jua. Dia berjanji pada diri sendiri untuk menumpukan perhatian pada
pelajaran. Kenapa kini dia sudah mengingkari janjinya sendiri? Mengapa aku
perlu terperangkap dengan ikrar sendiri?
Dipandangnya
bintang dilangit. Serentak dengan itu, dia teringat kembali saat-saat dia
bersama Nuar ketika berbicara tentang hati dan perasaan. Walaupun ketika itu
cuma sementara, tetapi sungguh manis buatnya.
“Walaupun
dia tidak lagi bersama awak, tetapi awak tahu kan, bintang-bintang di atas
tidak akan berubah. Sentiasa menemani kita.”
Jelas,
masih jelas lagi kata-kata yang pernah dituturkan pada Nuar ketika itu. Tidak
salah rasanya kalau aku menujukan pada diriku sendiri? Betulkan?
“Bintang-bintang..terima
kasih kerana masih sudi menemani Akma disini. Akma tidak akan rasa kesunyian..”
bisik Akma didalam hati. Matanya dikatup rapat. Telapak tangannya kiri dan
kanannya digenggam bersama. Lama juga dia berada dalam keadaan itu. Dia
mengumpul kekuatan. Begitulah keadaan dirinya apabila dilanda masalah yang
berat. Dia pasti mengumpulkan tenaga untuk memberikan galakan dan motivasi pada
dirinya sendiri. Tidak berapa lama kemudian, wajahnya yang muram tadi mula
bercahaya seakan cahaya bintang yang menyinari dilangit.
“Aku
tidak akan berpaling. Semua ini tidak akan mematikan harapan dan impianku,
janjiku pada diri sendiri.” kata Akma lagi, seolah-olah berbisik, berkata-kata
pada dirinya sendiri. Dia cuba mengeluarkan kekuatan yang terbenam dalam diri.
Dia tidak boleh terus lemah. Tangannya digenggam bertambah kuat. “Aku kan teguh
berdiri!” jeritnya.
Laungan
Akma itu membuatkan orang ramai disekitar tercari-cari gerangan siapakah yang
empunya suara. Tetapi disebabkan tempat yang Akma duduki jauh daripada sinaran
cahaya lampu, tiada siapa yang perasan akan kelibatnya.
“Hani!
Terima kasih kerana mengajar Akma supaya lebih tabah menghadapi hidup ini.”
“Nuar?
Anuar bukan teman lelaki aku. Apa hebatnya dia sampai aku perlu bersedih
begini?” Akma berkata pada dirinya sendiri. Cuba menasihati diri sendiri,
walaupun payah hati itu sebenarnya untuk menidakkan perasaan yang ada.
Akma
memejamkan matanya lagi membulatkan tekad. "Walaupun perit aku akan lalui
segala rintangan yang mendatang. Pasti. Hidup ini masih panjang. Dugaan yang
sedikit ini tidak akan menjadi penghalang."
Azamnya
termati apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi sekali lagi.
Argghhh...
Akma menjerit di dalam hati. Siapa lagi yang menganggunya di kala ini?
Dia
lantas mengambil telefon bimbit yang disimpan di dalam beg. Matanya melekat
pada nama yang keluar daripada skrin. Akma menarik nafas. Anuar lagi. Sejak
sejam yang lalu, sudah lebih sepuluh kali dia menelefon. Hatinya digenggam rasa
sedih semula. Tetapi kali ini Akma sungguhkan hati menjawab panggilan tersebut.
Dia perlu mengakhiri semua ini.
“Hello.”
Akma menjawab panggilan.
“Akma..Nuar
bercakap. Akma dimana ni? Dah pukul 10.30 ni. Akma nak balik?” Kedengaran suara
Nuar di talian sebelah, nada suaranya jelas kebimbangan. Akma menarik nafas.
“Nuar.
Tak payah risau. Akma dah sampai di asrama.” jelas Akma serba salah.
“Dah
sampai? Akma. Kenapa tak beritahu pada Nuar? Kenapa Nuar call tak angkat?”
tanya Nuar lagi. “Balik dengan siapa? Macam mana?” Bertubi-tubi soalan yang
keluar daripada mulut Anuar. “Akma buat Nuar ri..” Kata-kata itu hanya termati
disitu. Nuar seolah-olah menahan dirinya daripada terus bersuara.
“Nuar.
Akma ada hal, balik dulu.” jawab Akma menahan pedih dihati. Kali ini dia
terpaksa berbohong, dia tidak mahu Nuar tahu apa yang bergolak di dalam
hatinya.
Nuar
memintas kerana tidak puas hati dengan jawapan yang Akma berikan. “Akma. You
are my responsibility. Akma datang dengan Nuar. Nuar berhak jaga Akma sepanjang
Akma di majlis. Akma kena beritahu ke mana Akma pergi.” nasihat Nuar, ada
kemarahan terbit melalui nada suaranya. Bukan Niat Nuar hendak memarahi Akma,
cuma dia mahu Akma tahu bahawa dia mengambil berat terhadap Akma. Lagipun dia
telah berjanji dengan Kak Sarah untuk menjaga Akma dengan baik.
“Nuar.
Akma bukannya adik Nuar ke, girlfriend ke, kenapa upset sangat ni?!” balas Akma
membalas kata-kata Nuar tadi dengan kemarahan yang membara. Entah mengapa
perkataan GIRLFRIEND itu ditekannya. Hatinya yang sakit bertambah sakit lagi
dengan kata-kata Nuar yang agak tinggi itu. Anuar terdiam.
“Oklah.
Akma salah. Akma minta maaf. Akma letih nak berehat. Bye.” sambung Akma lagi
lantas mematikan talian. Tangannya menggigil.
“Tolong..jangan
call Akma lagi. Akma tidak mahu hati terus cair..” kata Akma sambil merenung
telefon bimbitnya. Dia cuba menahan airmata daripada terus keluar daripada
matanya.
Dengan
longlai, Akma melangkah masuk ke bilik. Dia akan buang perasaan sayang itu
jauh-jauh. Adakah mungkin dia mampu untuk melakukannya?
* * *
“Hello..hello?!”
teriak Nuar apabila disedari yang Akma sudahpun meletakkan telefon. Dengan
tidak semena-mena, dia menghempaskan telefon yang dipegangnya ke lantai.
Terburai keluar isi telefon ke atas rumput. Tasya yang berada berdekatan agak
terperanjat dengan perilaku Anuar lantas menghampiri.
“Kenapa
ni Nuar? Are you ok?” tanyanya bimbang.
“Tak
ada apalah. Handphone ni terjatuh. You go on.. Sekejap lagi Nuar datang.” kata
Nuar, tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memberi isyarat supaya
Tasya berlalu melayan rakan-rakannya yang lain.
Tasya
pelik melihat kelakuan Nuar itu. Dia melihat telefon bimbit Nuar yang berada di
atas rumput. Melihatkan keadaan telefon tersebut, tidak mungkin ia boleh
digunakan lagi.
“Apa
yang aku buat ni?” kata Nuar sambil mengutip semula serpihan telefonnya. Dia
tidak peduli apa yang berlaku kepada telefonnya ketika itu. Dia cuma ingin tahu
apa yang membuatkan Akma bertindak sebegitu rupa.
"Apa
sebenarnya yang berlaku, Akma?" keluhnya.
No comments:
Post a Comment