Sudah lama..

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tak update blog ini. Dah bertahun lamanya. Sejak dari tahun 2013 sehingga Disember 2016, baru kini saya terbuka hati untuk menjenguk blog yang dah lama ditinggalkan ini 😅

InsyaAllah saya cuba update cerita semampu yang boleh, disebabkan sekarang sangat sibuk dengan kerja di pejabat dan juga kerja-kerja melancong. 😀

Cerita Kau Aku dan Dia dah lama terkubur dah. Memang tak dihabiskan lagi. Ada juga update di tempat-tempat tertentu, tetapi macam tak mendapat sambutan. 😆 Mula-mula post dicari.my memang ramai followers, ada yang memberi komen yang membina, ada yang suka dan sebagainya. Salah sendiri bila tak mampu nak teruskan penceritaan.

Dalam kepala dah banyak versi cerita yang nak ditulis, tapi sentiasa terbantut. Soon, InsyaAllah. Kuatkan semangat untuk terus menulis.

Oklah sampai disini omongan kosong. Jumpa lagi.