Bab 7
Presentation
tengahari itu berjalan dengan lancarnya. Anuar dan Akma cuba untuk menyampaikan
hujah-hujah dengan bersahaja. Mereka mahu profesor dan rakan sekuliah tidak
bosan dan mengantuk mendengar presentation mereka. Klip-klip video wawancara
yang ditangkap turut menjadi kekuatan pembentangan.
Selesai
sahaja presentation, tepukan gemuruh bergema. Akma dan Anuar mengucapkan terima
kasih sebagai mengakhiri pembentangan. Mereka kemudian berpisah, masing-masing
duduk semula di tempat mereka.
“Bagus
Akma Nuar. Inilah hasil yang saya mahu lihat. So kamu yang lain bagaimana?
Boleh buat presentation yang lebih menarik?” tanya Prof Hassan kepada mereka
yang lain sementara menunggu pembentang ketiga membuat persediaan.
Suffian
menepuk-nepuk bahu Anuar.
“Bagus
presentation ko. Macam mana boleh dapat idea macam tu?” tanya Suffian.
Belum
sempat Anuar menjawab pertanyaan Suffian, Mike menyampuk seperti biasa.
“Powerlah presentation ko Nuar. Lain kali korang ajelah yang present..ganti
lecturer. Taklah aku ngantuk sangat nanti.”
Anuar
ketawa kecil. Dia memang rasa bersemangat beberapa hari ini. Terutama sekali
kerana dapat meluangkan masa bersama Akma dalam tugas mereka. “Boleh. Tapi
dengan syarat, rakan setugas aku ialah Akma.”
Mike
dan Suffian seakan tidak percaya dengan pengakuan Anuar. Mereka berpandangan
sesama sendiri.
“Ha?
Y? Sudah jatuh cinta?” tanya Suffian ingin tahu. Dia cuba melihat reaksi Anuar
bila diajukan dengan pertanyaan itu.
“Betul
ke Nuar? Wah..baru putus sudah jumpa yang baru. Advance la ko!” sampuk Mike
lagi. Mike melompat ke tempat duduk dihadapan Anuar yang kosong untuk mendengar
cerita yang seterusnya.
“Heh.
Apsal korang ni? Bila pulak aku kata aku jatuh cinta?” tanya Anuar, jengkel
melihat perlakuan rakan-rakannya.
“Eh.
Yelah ko jugak yang kata kan, ko nak Akma? Hehehehe..” ketawa Mike agak kuat
sehingga didengari oleh Profesor dihadapan.
“Mr
Mike? Apa yang menarik sangat tu..? Presentation seterusnya nak bermula.”
Teriak Prof Hassan sambil merenung serius ke arahnya.
Mike
beralih semula ke tempat duduknya sambil mengangkat tangan pada Prof Hassan
tanda faham. Anuar dan Suffian tertawa melihat perlakuannya itu. Antara mereka
bertiga, Mike memang dikenali sebagai pak lawak kerana dia suka membuat perkara
yang menggelikan hati orang lain. Dia juga suka mengusik.
Setelah
selesai pembentangan hari itu, Anuar, Suffian dan Mike bercadang untuk makan
tengahari di Restoran Seri Mawar yang terkenal dengan masakan kampungnya yang
enak. Restoran itu terletak di kawasan pekan tidak jauh daripada universiti.
Seperti biasa, Suffian menjemput Hani terlebih dahulu. Mereka memang biasa
makan berempat.
Sementara
menunggu Suffian kembali, Anuar mencari-cari Akma di tempat duduknya. Dia ingin
mengajak Akma makan tengahari bersama untuk meraikan kejayaan pembentangan
mereka tadi. Tetapi kelibat Akma sudah hilang daripada pandangannya. Dia segera
mencapai telefon bimbit dan menghantar sms.
“Akma
di mana?''
”Akma
dalam perjalanan balik asrama”
“Nak
join lunch dengan kami tak?”
Lama
juga Anuar menunggu balasan daripada Akma. Setelah 3 minit sms daripada Akma
tiba.
“Tak
payah la. Akma dah beli makanan”
“Ok
kalau macam tu”
“Alamak..Laptop
lupa nak pulangkan. Nanti Akma pulangkan esok”
“Takpe.
Guna dulu. Akma boleh pulangkan Sabtu ni”
“Ok.Bye”
Mike
mengambil kesempatan menjenguk telefon bimbit yang dipegang Anuar. Setahunya,
Anuar jarang menggunakan khidmat sms. Dia lebih suka menelefon terus pemanggil
kalau ada-ada perkara penting yang ingin disampaikannya.
“Ko
sms sape tu? Buah hati baru eh?” tanya Mike dengan nada melawak. Anuar
menggelengkan kepalanya sambil melarikan hanphone daripada pandangan Mike.
“Apenye
buah hati. Aku cuma ajak Akma join kita lunch aje,” tanya Anuar acuh tak acuh.
Mike
mula menyeringai. Dia mula mencari idea untuk menyakat Anuar lagi. Tetapi belum
sempat mengusik, Anuar sudah terlebih dahulu memberi amaran.
“Ha..Mike.
Ko jangan nak mula. Nak kena penumbuk aku?” Terus terbantut niat
Mike ketika itu juga.
Mereka
diam seribu bahasa seketika.
“Comel
gak budak tu eh bila tak pakai spek. Apsal dengan mata dia? Buat laser
treatment ke?” tanya Mike secara tiba-tiba.
Pertanyaan
Mike itu membuatkan Anuar teringat kembali peristiwa Ahad lalu dimana dia
dengan tidak sengaja merosakkan cermin mata Akma dan bagaimana akhirnya Akma
memakai kanta lekap atas desakannya. Nuar tidak dapat menahan diri daripada
tersenyum apabila mengenangkan gaya dan wajah Akma yang terkulat-kulat memakai
contact lense yang dibeli.
“Hai..fikir
apa tu?” tanya Mike lagi. Anuar tidak mengendahkan pertanyaan Mike kerana dia
sudah masak dengan sikap Mike yang kuat bertanya. Nanti ada sahaja perkara yang
menjadi bahan gurauan buatnya selepas itu. Tak pasal-pasal ada yang benjol
kepala nanti. Anuar menarik nafas lega apabila Suffian tiba membawa Hani
bersamanya.
“Jom lunch..Yan dah sampai..” kata
Anuar, sambil membonceng Agusta kepunyaannya. Dia tidak mahu memanjangkan
perbualan mereka. Mike membontoti dan mereka berlalu dari situ.
Akma membuka pintu biliknya. Bila dipulasnya pintu, dia dapati pintu biliknya tidak berkunci. Pelik rasanya kerana dia yakin menguncinya sewaktu keluar dari bilik pagi tadi. Dengan perlahan-lahan, Akma membuka pintu sambil mengintai dari luar. Banyak kes yang didengarinya daripada asrama-asrama lain tentang tetamu yang tidak diundang masuk ke bilik atas niat tidak baik. Lebih baik dia berhati-hati sebelum terjadi apa-apa.
Dia
meneliti sekeliling bilik. Katilnya masih kelihatan kemas, tidak berusik.
Begitu juga dengan meja belajarnya. Masih tersusun rapi seperti sebelum dia
keluar dari bilik pagi tadi. Kalau pencuri, tentu biliknya sudah bersepah
sekarang ini. Akma meneliti pula katil disebelahnya. Kelihatan beberapa biji
beg terletak di atas katil tersebut. Tilam yang selama ini kosong telah
bersarung. Akma terfikir. Ada seseorang berpindah masuk ke sini ke?
Tanpa
Akma sedari, seseorang mengekorinya secara senyap-senyap dari arah belakang.
Dia sengaja ingin membuat kejutan untuk Akma. “Assalamualaikum!”
katanya agak kuat membuatkan Akma tersentak lantas berlari masuk ke dalam
bilik.
Terperanjat
Akma apabila ditegur begitu. Dia sudahpun terlompat ke atas katil. Dadanya
berombak laju. Kelihatan seorang wanita yang mungkin 3 tahun lebih tua
daripadanya sedang mengelap rambutnya yang basah. Dia baru sahaja selesai
mandi.
“Waakalaikumussalam..”
jawab Akma, masih memandang tepat ke wajah wanita tadi. Dia cuba untuk
menenangkan dirinya.
“Saya
Kak Sarah. Penginap baru bilik ni. Adik Akma kan?” katanya sambil tertawa kecil
melihat respon Akma yang kelam kabut tadi.
“Err..
ya. Akak ganti roomate saya ya?” tanya Akma lagi sambil turun dari katil.
Perasaannya yang kalut tadi, beransur tenang. Senyuman mula terukir pada
wajahnya. Kegembiraan itu jelas terpancar. Mana tidaknya, dia sudah ada teman
sebilik.
“Yes.
Akak dapat maklumat ada bilik kosong, so akak masuklah. Elok duduk berdua ni
kan. Ada gak teman berbual,” sambung Kak Sarah lagi.
Akma
mengangguk tanda bersetuju dengan kata Kak Sarah. Dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Kak Sarah. Kak Sarah menyambutnya, mesra.
“Akak
sebenarnya duduk menyewa kat luar, tapi jauhla. Kalau duduk sini dekat sikit
dengan fakulti. Minyak pun save.” jelasnya lagi sambil menyikat rambut pula.
“Seronoknya
saya kak. Sunyilah tak ada roomate ni.” kata Akma sambil meletakkan makanan
yang dibeli diatas lantai biliknya yang bertikar itu. Dia mengambil cawan di
atas meja lalu menuangkan air limau kedalamnya.
“Akak
dah makan? Jom makan,” pelawa Akma.
“Beli
apa tu? Cukup ke untuk kita berdua?” tanya Kak Sarah mengusik. “Y not akak
turun cafe beli makanan, then kita makan sesama?”
Akma
mengangguk. “Elok juga tu kak. Boleh kita sembang panjang-panjang.”
“Ok.
Wait for akak ye!”
Hati Akma gembira tidak terkira. Tidak
sabar rasanya ingin mengenali Kak Sarah dengan lebih dekat lagi. Walaupun baru
bertegur sapa, Akma sudah mula menyukainya kerana sifatnya yang mudah mesra
itu.
Orang
masih ramai berpusu-pusu membeli makanan di restoran, sehinggakan tiada tempat
duduk kosong yang tinggal. Ada yang terpaksa menunggu sementara mendapat meja.
Ada juga yang membawa balik makanan. Mujur ketika Anuar, Mike, Suffian dan Hani
tiba tadi, masih belum ramai orang membanjiri restoran. Jadi senang sahaja
mereka memilih tempat duduk.
Mereka
berbual sambil makan. Berbual membincangkan tentang perlawanan bola sepak yang
disaksikan semalam di kaca televisyen. Kemudian bertukar pula ke cerita tentang
perihal masing-masing. Hani hanya mendengar sahaja.
“Berapa
lama ko tak gi ofis, Nuar?” tanya Suffian sambil menghirup air nescafe tarik
yang baru tiba.
“Kira
dua minggu dah. Tak sempat..ko kan tahu kita banyak projek kena settlekan.”
jelas Anuar lagi sambil mengambil lauk yang terhidang dihadapannya.
“Ayah
ko tak bising?” tanya Mike pula.
“Tentulah
aku dah explain. Dia fahamlah. Lagipun kita kan study full time. Bukannya part
time boleh cilok selalu.” tegas Anuar.
Hani
yang tadi cuba memahami butir perbincangan mula mencelah. “Apa korang cakap ni.
Hani tak fahamlah.”
Suffian
tersenyum melihat reaksi Hani yang kebingungan. Dia memang jenis yang lambat
pick-up.
“Nuar
ni. Setiap Sabtu dia mesti gi tolong bapa dia kat ofis.” terang Suffian. “Dah
faham?”
Hani
mengerut dahi. “Faham tu faham. Tapi, bukan korang dah ambil course ke?”
tanyanya lagi tidak puas hati.
“Yup
memanglah. Teory needs practical. Yan pun selalu gi ofis tolong ayah. Tapi tak
sekerap Nuar lah.” sambung Suffian lagi.
“Tak
letih ke? Weekdays study..lepas tu weekends keje.” ngomel Hani. Dia tidak
sanggup bekerja waktu cuti seperti itu. Waktu cuti adalah masanya untuk
berehat.
Mereka
menyambung makan lagi.
“Ko
gi tak birthday Tasya, Sabtu ni?” secara tiba-tiba sahaja soalan itu keluar
daripada mulut Mike. Dia lantas menutup mulutnya kerana tahu telah tersalah
soalan.
Anuar
berhenti mengunyah makanan. Lama dia merenung makanan dihadapannya. Seleranya
terbantut seketika. Kalau boleh dia tidak mahu berbicara tentang perkara ini.
Buat sakit kepala sahaja. Tetapi dia menyahut juga pertanyaan Mike.
“Kenapa
tanya?”
“Dia
call aku semalam. Terperanjat giler aku. Tak pernah dibuatnya selama ini.
Beria-ia dia mengajak,” sambung Mike lagi. “Dia ada bagi hint suruh bawak ko,
walaupun samar-samar. Hehe..Dia ada ajak ko tak?”
Anuar
menghela nafas memikirkan apa yang perlu dijawabnya. Suffian dan Mike memandang
Anuar tidak lepas menantikan jawapan.
“Ada.
Dia call aku Ahad lepas.” pendek sahaja jawapan Anuar.
“So,
ko pergi tak? Dia mengajak aku jugak.” sambung Suffian pula.
Anuar
membisu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau tidak. Tetapi apabila
mengingatkan kembali rancangannya, dia mengangguk.
“Pergi.”
Hani
mendengar perbualan itu dengan penuh minat. Dia tidak sabar hendak berkenalan
dengan Natasya. Dia sudahpun mengenali buah hati Mike, namanya Hana. Orangnya
memang secantik namanya. Memang sesuai sangat dengan Mike, bagai pinang dibelah
dua. Sama cantik sama padan.
Matanya
beralih ke arah Suffian yang duduk disebelahnya. Aku dan Suffian pun apa
kurangnya, desis Hani. Kalau tak cantik tentu dia tak pandang aku. Siap propose
jadi girlfriend lagi, bisiknya lagi dengan bangganya.
“Tak
sabar rasanya Hani nak jumpa Tasya. Macam mana orangnya?”
Mike
mengenyitkan mata. “What do you expect, Hani? Tengok Anuar je ko dah tahu
girlfriend dia macam mana,” Mike membalas dengan bersoloroh. Jawapan itu tidak
perlu diperjelaskan lagi. Hani faham maksudnya.
“Mesti
cantik!” jawabnya sambil memegang kedua-dua belah tangannya, cuba membayangkan.
“Sadly..dah
break up,” sambung Mike lagi. Suffian menolak tangan Mike memberi isyarat
supaya diam. Kesal dengan mulut lancangnya itu, Mike terus mengunci mulut.
Wajah Anuar pula terus berubah kelat. Terus termati selera makannya. Seperti
mahu dicincangnya mulut Mike ketika itu.
Suasana
hening seketika. Masing-masing membisu.
Walaupun
begitu, Hani yang tertarik dengan cerita tadi ingin tahu kisah seterusnya. Dia
bertanya lagi lantas memecahkan kesunyian antara mereka.
“Kenapa
break up?”
Cepat
sahaja Suffian memotong pertanyaan Hani. “Hani. Cerita dah lepas. Jangan
diungkit!” tegur Suffian, tajam membuatkan Hani terdiam.
Suasana
hening lagi.
Tidak
berapa lama kemudian, Anuar bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke
kaunter bayaran untuk menjelaskan harga makanan. “Aku blah dulu. Aku dah bayar
untuk semua.” katanya apabila lalu semula di hadapan kawan-kawanya dan menuju
ke motosikal. Serius sahaja wajahnya ketika itu sehingga menggerunkan Hani.
“Don't
forget, petang ni ada game. Especially ko Yan, dah lama tak nampak batang
hidung.” katanya lagi mengingatkan lalu terus berlalu.
Hani memandangnya penuh tanda tanya. Dia
mesti mencari jawapan kepada persoalan itu. Mengapa mereka break up??
Sudah dua hari Akma duduk bersama Kak Sarah sebagai roomate. Memang tepat telahan Akma, Kak Sarah memang baik dan mesra. Dia rasa terhibur sepanjang masa. Ada sahaja cerita yang dibualkan. Kak Sarah merupakan lulusan degree dalam bidang psikologi kini menyambung Master dalam bidang yang sama juga. Jadi, dengan ilmu dan kepakaran yang ada, dia mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Akma rasa tidak kekok bersamanya, malahan dianggap sebagai kakak angkat yang sangat memahami.
Akma
membuka laci mejanya yang berkunci dan mengeluarkan cincin emas putih yang
dibeli Anuar Ahad lepas. Dia membelek-belek cincin itu lama. Sejak dia pulang
Ahad lalu, dia tidak pernah memakai cincin tersebut. Dia rasakan seperti tidak
layak memakainya. Tambahan pula, cincin itu dibeli bukan atas niat yang baik,
tetapi atas agenda yang Akma rasakan tidak masuk akal langsung. Alangkah
gembiranya hati jikalau pemberian cincin itu datangnya dari hati yang ikhlas,
tentunya dia akan memakainya dengan senang hati.
Akma
membilang waktu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Hari ini dia akan
memakai cincin ini semula. Dia akan menjadi tunang palsu Anuar lagi. Walaupun
hatinya meronta tidak mahu, tetapi apabila mengingatkan jasa dan pertolongan
Anuar sebelum ini, dia rasa bersalah pula kalau tidak membantunya.
Dia
membaringkan kepalanya diatas bantal. Bayangan itu muncul semula. Bagaimana aku
ingin melarikan diri daripada bayangan ini? Kepalanya masih ligat berfikir
tentang mimpinya dan Anuar. Sudah berapa kali dia menafikan mimpi tersebut,
tetapi dia yakin Anuarlah putera raja yang muncul di dalam mimpinya. Sebelum
ini, dia cuma menganggap ianya sebagai mainan tidur, tetapi sekarang hatinya
tidak pasti.
Akma
bangun semula dan membuka almarinya. Dia menelek bajunya yang berlipat dan
bergantungan itu. Apa yang perlu dipakainya ke sana? Baju kurung? Atau kemeja
yang selalu dipakainya ke dewan kuliah? Dia jadi buntu. Dia tidak pernah ke
majlis harijadi selama ini terutama sekali yang dianjurkan oleh golongan berada
seperti Natasya. Lagipun, dia tidak ada baju yang sesuai untuk ke majlis
tersebut. Apa pandangan Anuar agaknya kalau dia memakai baju kemeja berpetaknya
seperti selalu?
Serentak
dengan itu pintu biliknya terbuka. Kak Sarah tersenyum bila melihat Akma. “Hai,
kenapa muka toya je ni?” tanyanya.
Tersentak
Akma apabila Kak Sarah menegurnya. Dia tidak sedar langsung Kak Sarah masuk ke
dalam bilik. “Err..Kak Sarah. Dah habis kuliah?”
“Kuliah
apanya Akma. Kak Sarah gi library tadi. Cari maklumat untuk tesis,” katanya
sambil meletakkan buku di atas meja. Dia mengelap peluh yang melekat pada
wajahnya.
Akma
duduk di atas katilnya semula. Perlukah aku memberitahu Kak Sarah tentang
perkara ini? Mungkin dia dapat membantu aku. Maklumlah dia kan berijazah dalam
bidang psikologi.
Akma
cuba menimbang tara sama ada ingin memberitahu atau tidak. Bukan dia tidak
percaya pada Kak Sarah, tetapi dia rasa belum masanya untuk menjelaskan perkara
ini.
“Eh
eh Akma. Cincin apa ni? Cantiknya!” teriak Kak Sarah sambil membelek cincin
emas putih yang terletak diatas meja Akma.
Darah
mula naik ke muka. Dia terlupa hendak menyimpan semula cincin tersebut ke dalam
laci. Macam mana dia boleh terlupa? Tentunya akan menjadi persoalan pada Kak
Sarah. Apa yang perlu dijawabnya nanti?
“Ermm...
Akma punyalah,” jawab Akma acuh tak acuh.
Kak Sarah
menyarungkan cincin tersebut di jarinya. Dia menggayakan tangannya seperti
model iklan. Akma tertawa.
“Ni
emas putih ni. Mahal ni. Takkan beli sendiri kot? Boyfriend bagi eh?”
Akma
terus memintas. “Eh tak tak…bukan bukan.” Kata Akma tergagap-gagap. Kak Sarah
tersenyum tidak percaya.
“Apa
Akma rahsiakan pada Kak Sarah ni. Memang boyfriend bagi, kan?”
“Uh..”
Akma terdiam, tidak dapat meneruskan kata-kata.
Kak
Sarah duduk disebelah Akma. “Or.. ada orang beri dan masih menunggu jawapan
Akma?”
“Bukan.
Akak anggap sajalah Akma dah terjebak dengan komplot.” pantas sahaja Akma
menidakkan.
Kak
Sarah mengerutkan dahi. Dia cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Akma. “Kak
Sarah tak fahamlah Akma. Cerita pada akak.” Pujuknya.
Akma
menahan nafas. Kepalanya ligat memikirkan jawapan yang perlu diberikan. “Cincin
ni bukan cincin Akma lah kak. Akma tolong pegang aje. Kawan minta Akma
simpankan sebelum diberi pada gadis idamannya.” Jelas Akma. Harap-harap Kak Sarah
tidak bertanya banyak lagi.
“Ohh...”
angguk Kak Sarah.
“Dia
nak bagi malam ni sempena birthday girl tu.”
“Akma
pergi?”
“Yup.
Akma kan jadi pemegang amanah?” kata Akma dengan rasa bersalah kerana dia
terpaksa berbohong kepada Kak Sarah. Maafkan Akma ya kak.
Kak
Sarah meneliti dalam-dalam wajah Akma. Dia dapat membaca riak muka Akma yang
sedang menyembunyikan sesuatu. Tetapi dia simpan sahaja rasa itu didalam
hatinya. Dia tidak akan memaksa Akma bercerita sekiranya tidak bersedia.
Seketika Akma mula tersenyum.
“Akma
tak tahulah nak pakai apa kat majlis tu. Perempuan tu anak orang kaya, jadi
majlis tu mesti dihadiri orang kaya-kaya. Baju apa nak pakai ni?” Akma menukar
topik perbualan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
Kak
Sarah memegang bahu Akma sambil mengenyitkan mata. “Leave it to me. I know what
to do. See the leg, Akma. Akak memang terer benda-benda macam ni. So, bila nak
bersiap?”
Belum
sempat Akma membalas, tiba-tiba handphone Akma berbunyi. Lekas Akma mengambil
telefon bimbit dan menjawabnya.
“Hello..”
“Akma.
Nuar ni. Saya jemput pukul 8.00 malam nanti.” Entah mengapa dadanya
berdebar-debar mendengar suara itu.
“Ok..Nuar..Macam..?”
Anuar
mematikan telefon sebelum sempat Akma bertanya lebih. Terguris hati Akma,
tetapi dia pendamkan sahaja.
Jam
di atas meja Kak Sarah direnungnya. Sudah hampir pukul 5.00 petang. Tinggal 3
jam sahaja lagi sebelum dia bertemu dengan Anuar. Entah mengapa nama itu bisa
menjadikan dia tidak menentu.
“So
Akma, bila nak makeover nih?” tanya Kak Sarah apabila Akma tidak berganjak
daripada katilnya sejak panggilan tadi. Dia seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu.
“Eh..apa
kebendanya nak makeover ni kak?”
“Haha.
Sesekali nak cantik apa salahnya. Dia jemput nanti erk?”
“Sapa
dia tu?” Sengaja Akma bertanya begitu untuk menguji pemikiran Kak Sarah.
“Tuan
pembeli cincin tu lah.” Betul pula tekaan dia.
“Erm..agaknya..”
Kak
Sarah meraba dagunya. Matanya mengesyaki sesuatu. “Something fishy here.”
“Apanya
fishy? Kak Sarah ni saja aje tau!”
“Don’t
lie to me Akma. Akma sukakan dia kan?”
Marah
padam muka Akma apabila Kak Sarah berkata begitu. Dia masih belum begitu pasti
dengan perasaan itu. Dia tidak pernah jatuh cinta. Bagaimana dia dapat
memastikan?
“Kak
Sarah..apa akak cakap ni. Mana ada apa-apa. Kami kawan sajalah.”
“Oklah.
Akak gurau aje. Tapi kalau betul apa salahnya, kan?”
Akma
mengangkat bahu. Dia tidak mahu bertelagah lagi dengan Kak Sarah. Tak
pasal-pasal terbongkar rahsia ini.
“Ok,
apa kata kita cari baju dulu? Saiz kita lebih kurang aje. Akma tentu muat.
Jom!” ajak Kak Sarah, mula membuka pintu almarinya dan mengeluarkan satu persatu
baju didalamnya. Akma melihat sahaja. Dia tidak sangka Kak Sarah begitu banyak
koleksi baju yang cantik-cantik. Tetapi betul juga kerana Kak Sarah memang suka
bergaya.
Kak
Sarah memintanya memilih baju yang berkenan dihati. Akma memilih warna hitam. Itu
warna kegemarannya, pasti senada dengan kasutnya yang sedia berwarna sama.
“Nope.
Pilih kaler lain.” Kak Sarah tidak bersetuju.
Setelah
Akma mencuba baju-baju itu, Kak Sarah memilih baju warna krim dipadankan dengan
skirt coklat gelap berkedut khas untuknya.
“Yang
ni paling sesuai, Akma. Cantik dengan Akma. Tudung kita ada dua pilihan warna.
Sama ada nak plain atau bercorak.”
Akma
menggelengkan kepala. “Kak? Seluar tak ada ke?”
“Hey..Cukuplah
seluar yang dah pakai hari-hari tu. Sesekali cuba pulak pakai skirt. Kan lebih
feminin.”
“Tapi...”
“Tapi
apa Akma?”
“Akma
mungkin bawak motor. Tak terangkat ke kain ni nanti?”
Kak
Sarah ketawa terkekeh-kekeh apabila mendengar kata-kata Akma itu. Pipi Akma
merona merah kerana malu. Ada apa yang tidak kena ke dengan kenyataan yang dikeluarkan
tadi?
“Akma.
Akak tak peduli. Kalau kena naik motor jugak, Kak Sarah boleh bagi pinjam
kereta.” Kata Kak Sarah sambil menarik tangan Akma dan menyerahkan tuala mandi
kepadanya.
“Dah pergi mandi. Dah 6.30 petang ni.
Sembahyang tak lagi.” Kak Sarah mengingatkan. Akma menurut sahaja. Bahagia
rasanya dapat seorang sahabat yang amat memahami. Dia sudah dapat semula rasa
kasih dan sayang yang sudah hilang itu.
Anuar telahpun siap berpakaian. Dia memilih baju t-shirt putih berjaket hitam dan dipadankan dengan seluar khakis berwarna coklat muda untuk ke majlis tersebut. Rambutnya yang sedia lurus itu disikat ke belakang sementara yang dihadapan dibiarkan berjuntai ke dahi. Pewangi dunhill disemburkan ke bahagian leher. Bauan itu sungguh menenangkan.
Dia
melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 8.00 malam. Dia keluar daripada
bilik dan dilihatnya Suffian telah bersiap sedia di atas motor. Mike pula telah
pergi terlebih dahulu untuk menjemput Hana yang tinggal agak jauh daripada kediaman
mereka.
“Aku
nak bertolak dah ni. Janji untuk jemput Hani pukul 8.00 malam ni. Jumpa ko kat
sana.” Beritahu Suffian sambil memakai topi keledar. Dia masih lagi
tertanya-tanya apabila melihat kenderaan dihadapannya.
“Apsal
ko tak bawak motor?” tanyanya. Setahunya, Anuar lebih suka membawa motor ke
mana-mana kerana dia tidak perlu bersesak dalam traffic jam.
Anuar
tersenyum penuh rahsia. Dia mengunci pintu rumah dan lantas masuk ke dalam
kereta Porche kelabu kepunyaannya.
“Saja
nak tukar selera. Apa salahnya, kan?”
Dia terus menghidupkan enjin dan membawa
kereta keluar daripada kediaman. Suffian tersenyum sendiri. Tentu ada sesuatu
yang sedang disembunyikannya. Kalau tidak masakan dia membawa kereta pula.
“Ok..matanya
ni letak celak sikit.”
“Kak
jangan tebal sangat.”
“Akma..akak
tahulah. Mekap nipis jer. Nak naik seri muka tu ajer.”
“Lipstik
yang berkilau ni. Cantik, bibir tu nampak basah.” Ngomel Kak Sarah lagi. Macam
mak andam berpengalaman sahaja lagaknya.
Kemudian,
dia memakai tudung untuk Akma. Simple dan ringkas. Tudung dipusing kebelakang
dan dipin. Sementara yang dihadapan dipin berbentuk segitiga. Memang manis
gadis bertudung kalau memakai tudung sebegitu.
“Tadaaaa..dah
siap.” Kata Kak Sarah.
“Kak
Sarah tahu tak? Akma rasa macam pengantin jer hari nih..hehe.”
Wajah
dalam cermin direnungnya tidak lepas. Dia seolah-olah tidak percaya dengan
hasil kerja Kak Sarah. Memang ada bakat menjadi mekap artist, bisiknya. Akma
merasa sedikit teruja melihat dirinya didalam cermin. Sungguh tak disangka yang
dia boleh kelihatan cantik seperti orang lain. Dia tidak pernah melihat dirinya
berkeadaan begitu.
“Ha..cantik
kan? Siapa kata Akma tak cantik.” Bebel Kak Sarah tidak henti-henti. Suaranya
sudah menjadi muzik di telinga Akma dari tadi. Muka Akma di touch up buat kali
terakhir. “Mesti yang ada nak ikut balik nanti ni.”
“Issk..Kak
Sarah. Janganlah cakap camtu. Gerun Akma.”
Kak
Sarah ketawa kecil melihat reaksi Akma apabila diusik sebegitu. Dia
mengeluarkan pula kasut boot yang masih kelihatan baru dari bawah katil. Dia
mahu Akma kelihatan sofistikated hari ini.
“Nah
pakai ni.”
Tanpa
berkata banyak, Akma menyarungkan kasut boot tersebut pada kakinya. Tidak
menjadi masalah baginya memakai kasut itu. Saiz kakinya sama dengan saiz kaki
Kak Sarah. Kedua-dua mereka memakai saiz 7. Tetapi dia berasa tidak begitu
selesa kerana tapaknya yang agak tinggi.
“Tak
selesalah pakai kasut ni.”
“Sebab
Akma biasa pakai kasut flat. Pakai ajelah untuk malam ni. Bukan nak bergerak
banyak pun.” arah Kak Sarah.
Telefon
Akma berlagu untuk kali kedua kali ini. Ada sms masuk. Dia segera melihatnya.
“Nuar
dah sampai kat bawah. Turun cepat”
Hati
Akma mula berdebar-debar lagi. Dia segera mencapai kotak cincin dan dimasukkan
ke dalam beg sandang kepunyaan Kak Sarah yang dipinjamnya. Laptop Nuar juga
dibawanya turun. “Nuar dah sampai. Wish me luck.”
“Ohh..
Nuar ye namanya. Good luck, Akma.” Kata Kak Sarah sambil mengekori dari
belakang. Dia ingin mengetahui siapakah gerangannya pemuda yang berjaya
menangkap hati gadis ini. Walaupun Akma tidak memberitahu secara jelas, tetapi
dia dapat membaca hati Akma menerusi perbuatan dan respon yang ditunjukkan.
Akma
turun ke bahagian lobby dengan pantas. Dia tidak mahu Anuar menunggu dengan
lebih lama. Apakah pandangan Anuar padanya nanti? Bolehkah dia menerima
perubahan ini? Ataupun kena kutuk pula nanti?
Kaki
Akma bergerak dengan lajunya menuruni tangga yang memisahkan bahagian asrama
dengan tempat parkir. Sudah dua hari wajah Anuar tidak dilihat. Tidak sabar
rasanya untuk melihat wajah itu lagi. Adakah dia kelihatan seperti kebiasannya,
ataupun lebih tampan lagi malam ini?
Sementara
itu, Anuar menanti ketibaan Akma di dalam kereta. Waktu itu masih ramai lagi
orang yang beredar di sekitar asrama. Jadi lebih elok dia duduk sahaja di dalam
kereta daripada dilihat orang nanti. Tidak pasal-pasal menjadi buah mulut orang
jika dilihat mereka bersama. Matanya tidak lepas memerhati luar tingkap untuk menangkap
bayang Akma.
Tiba-tiba
dia menerima sms.
“Anuar
di mana? Akma tak Nampak”
Baru
dia teringat yang dia tidak memaklumkan kepada Akma dia membawa kereta.
“Cari
kereta Porshe”
“Alamak.
Macam mana bentuknya? Tak kenallah”
Anuar
mengelipkan lampu hadapan keretanya berkali-kali. Dia sendiri pun tidak tahu
dimana Akma berada. Sekurang-kurangnya dengan berbuat demikian, Akma akan tahu
kedudukannya.
“Yang
lampu tengah berkelip-kelip. Nampak tak?” SMS Akma dibalasnya.
“Ya.
Dah Nampak”
Dia
melangkah ke arah kereta yang dimaksudkan. Suasana bising diluar seolah-olah
sepi ketika itu, apa yang dapat didengarnya cuma derap kasut boot sepanjang dia
melangkah. Rupa-rupanya orang disekeliling sedang memerhatikan dirinya ketika
itu. Ada yang tidak kena dengan penampilan aku ke? Tudung aku herot ke? Baju
aku glamor sangat ke? Bertubi-tubi persoalan bermain difikirannya. Tetapi
diteruskan juga melangkah.
Dia
berselisih dengan beberapa orang gadis yang sedang berbisik sesama sendiri.
Walaupun berbisik, dia dapat mendengar dengan jelas butir percakapan mereka.
“Mak
ai..kete sape tuh? Bapak dia ke?”
“Takkan
bapak pakai kete macam tu. Orang muda-muda je pakai kete dua pintu.”
“Pakwe
dia kot. Fullamak..kalaulah aku dapat pakwe kaya macam ni..syoknya!”
“Entah-entah
sugar daddy. Mana ko tau?”
Pada
mulanya, Akma pekakkan telinga sahaja mendengar kata-kata mereka. Tetapi dia
tidak dapat menahan perasaan apabila mendengar barisan terakhir perbualan
mereka. Dia berhenti dan memandang gadis-gadis itu.
“Apa
yang bisik-bisik tu?” Sengaja dia kuatkan nada suaranya. Tercengang mereka. Mereka
ingat aku tak dengar ke?
Dadanya
masih terasa bahangnya. Akma melangkah dengan marahnya ke arah kereta Anuar.
Dia mengetuk tingkap sebelah penumpang dengan kuat. Tersentak Anuar yang berada
di dalam kereta. Anuar melabuhkan cermin tingkap untuk melihatkan siapa orang
itu.
Pandangan
mereka bertaup seketika. Anuar cuba mengamati wajah itu, siapakah gerangan
gadis ayu dihadapannya ini? Wajah dan senyumannya kelihatan memancar seperti
bulan purnama. Seperti pernah kulihat.
Akma
membalas pandangan itu penuh bermakna. Rasa marahnya tadi terus surut. Adakah
Nuar rasa seperti yang kurasa? Adakah dia tahu isi hatiku?
“Akma
ke ni?” masih mengamati wajah gadis itu.
“Ye
la. Sapa lagi,” balas Akma, tersedar dari lamunannya. Dia masih lagi berdiri di
tepi pintu.
“Kenapa
tercegat lagi. Masuklah.” Arah Anuar.
Akma
lantas membuka pintu dan duduk. Kedinginan penghawa dingin kereta dapat dirasai
sehingga ke tulang.
“Kenapa
ketuk cermin tingkap kuat sangat? Saya ni bukannya pekak.”
“Sorrylah
ye. Tak sengaja.” Balas Akma dengan semanis-manis senyuman. Harap-haraplah
janganlah Nuar naik darah.
Tiba-tiba
ada orang mengetuk cermin tingkap disebelah Anuar pula. Tersentak mereka
berdua. Akma lantas menutup mukanya dengan beg sandang Kak Sarah.
Anuar menahan perasaan marah yang mula hendak muncul. Siapa lagi ni?
Hendak kena lekuk agaknya. Dia membuka tingkap separuh sahaja. Kelihatan
seorang perempuan yang sangat dikenali Akma sedang membongkok sambil tersenyum
lebar. Kak Sarah rupanya.
“Jaga
adik kakak baik-baik ye, Nuar.” Pesannya. Bila masa pula Kak Sarah turun
mengekori aku ni? Aduh, malunya. Macam budak kecil pulak rasanya.
Anuar
mengangguk. “Tahulah saya.”
Kak
Sarah mengenyitkan matanya pada Akma. “Kawai!”
Akma
memberi isyarat pada Kak Sarah supaya segera berlalu dari situ. Senyuman
mengusik Kak Sarah keluar lagi.
“Kak
Sarah. Kami nak pergi ni. Jumpa akak balik nanti.” Kata Akma sambil melambai
tangannya. Anuar membawa kereta keluar meninggalkan perkarangan asrama. Kak
Sarah membalas lambaiannya dari kejauhan.
“Siapa
pula tu?” tanya Anuar bila kelibat Kak Sarah hilang daripada pandangannya.
“Roomate
baru Akma. Namanya Kak Sarah. Happy go lucky. Seronok kawan dengan dia.”
“Tak
berhubung dengan Hani lagi?”
“Err..ada
tapi jarang dah. Dia bz. ” bohong Akma.
“Bz
dating dengan Yan lah tu.” Kata Anuar. Memang dah jadi kebiasaan, Yan sendiri
pun jarang lekat di rumah.
Akma
tersenyum pahit mendengar kenyataan Anuar itu. Kalaulah Anuar tahu apa yang
sebenarnya berlaku. Tetapi bagi Akma, biarlah ia menjadi rahsia antara
dia dan Hani.
Anuar
menjeling sekilas ke jari Akma beberapa kali. Dia ingin memastikan cincin itu
dipakai. Tetapi jari jemarinya kosong sahaja. Tiada kilauan yang menyinari.
“Mana
cincin? Tak pakai?” soal Anuar cuba mengingatkan.
Baru
Akma teringat yang dia masih belum menyarungkan cincin itu ke jarinya. Kotak
kecil cincin yang berada didalam beg dicapai keluar. Dia mengeluarkan cincin
tersebut dan memakai di jari manis sebelah kiri.
“Sudah
dipakai boss.” Kata Akma dengan nada bergurau.
Anuar
tersenyum. “Ingat tertinggal dah. Ok..Here we go..”
Pedal
minyak ditekannya kuat. Kereta Porshe membelah lebuhraya dengan lajunya
sehingga Akma jadi kecut perut.
“Perlahan
sikit boleh tak? Nak mati ke?”
Anuar
menyindir. “Hai..Baru 150km/j. Tu pun dah takut?”
Anuar tidak mengendahkan kata-kata Akma
itu terus memecut dengan lajunya sambil memotong kenderaan lain dihadapannya.
Akma hanya dapat memejamkan mata berdoa agar mereka selamat sampai ke tempat
yang dituju.
Kediaman Natasya yang tersergam indah bertambah cantik lagi dengan sinaran lampu berbagai warna disekeliling. Majlis harijadinya diadakan betul-betul di kawasan kolam mandi. Tetamu khas yang dijemput sudah mula menghiburkan tetamu. Dia sengaja menjemput kumpulan Ruffedge dan VE untuk memeriahkan majlis kerana majoriti rakan-rakannya amat meminati kumpulan tersebut.
Sesekali
Natasya merenung jam tangannya dan pintu pagar rumah. Hatinya dilanda resah.
Sejak pertemuan hari itu, rindunya terhadap Anuar semakin menjadi-jadi. Dia
kerap memarahi diri sendiri kerana meninggalkan Anuar dahulu. Layanan Norman
padanya memang baik dan begitu gentleman, sehingga dia dibuai keasyikan cinta
baru. Lagipun, memang menjadi cita-citanya dulu untuk berdampingan dengan mat
salleh. Tetapi kini dia sedar betapa bodohnya dia!
Natasya
akui tiada siapa yang dapat menggantikan Anuar dihatinya ketika ini. Bukan
sehari dua dia mengenali Anuar. Sudah lama. Daripada kawan yang rapat, akhirnya
mereka bercinta. Itupun setelah berhempas pulas Tasya mencuri hatinya yang
sekeras batu itu. Mungkin sekeras batu jugalah cinta Nuar terhadapnya, payah
untuk diretakkan.
Tasya
yakin Anuar masih lagi menyayanginya. Dia tekad untuk memiliki Anuar semula,
tidak kira sama ada dia sudah berpunya ataupun tidak. Itu azamnya malam ini.
Dari
kejauhan dia ternampak Suffian bersama pasangannya. Lamunannya terhenti
seketika. Sudah entah berapa kali Suffian bertukar teman wanita, kali ini yang
lain pula. Setiap kali sambutan majlis harijadinya, tentunya dia membawa wanita
yang berlainan. Entah apa yang dicari oleh Suffian hinggakan tidak boleh setia
pada seorang.
Suffian
memimpin Hani pergi menemui Natasya. Natasya masih lagi cantik, seperti kali
terakhir dia menemuinya. Cuma dia kelihatan lebih matang kali ini.
“Hai,
Tasya. Meet Hani.” Suffian memperkenalkan Hani kepada Tasya. Hani senyum dengan
manisnya pada Tasya.
“Hai,
nice to meet you. Hope you like my present.” Mereka berlaga pipi. Hani
menyerahkan hadiah yang dipilihnya kepada Tasya. Tasya mengucapkan terima kasih
kepada Hani atas pemberian itu.
“I’ve
heard a lot about you.” Kata Hani lagi. Dia mahu terus berdampingan dengan
wanita ini. Tidak kira apa rintangan yang mendatang. Sungguh teruja kerana
dapat berada di dalam golongan elit seperti ini.
Hani
merenung setiap inci wajah Natasya. Tasya memang cantik dan wanita yang
sempurna. Wajahnya klasik. Dia sebagai sorang perempuan pun sudah mengagumi.
Apatah lagi bagi seorang lelaki. Pasti terpikat pada pandangan pertama.
Mungkinkah Suffian juga pernah suka kepadanya?
“Jemput
makan. Nanti kita jumpa lagi.” kata Tasya sambil menunjukkan tempat duduk.
Suffian dapat melihat wajah resah Tasya. Dia dapat meneka apa yang bermain difikirannya
ketika itu.
“Waiting
for Anuar? Dia datang .. don’t worry too much.”
Wajah
Tasya yang sedikit muram tadi kembali ceria. “Betul ke Yan? I tak sabar nak
jumpa dia. Miss him a lot.” Sambungnya.
“Excuse
me.” Tasya kemudian dibawa pergi oleh kawan-kawannya yang lain.
Hani
mengambil tempat. Perasaannya melonjak ingin tahu mengapa Anuar dan Tasya
berpisah. Kalau aku jadi lelaki, tentu aku takkan biarkan Natasya
terlepas dari genggaman, bisiknya.
“Kenapa
diorang break up Yan? Sepadan betullah diorang tu.” tanya Hani buat kali kedua.
Suffian
terpana. Hani masih belum berpuas hati dengan jawapannya kali itu. “Mungkin
bukan jodoh diorang. Tapi who knows mungkin mereka bercinta lagi.”
“Sayang
rasanya.” keluh Hani.
“Dahla.
Jom makan.” ajak Suffian sambil memimpin tangan Hani ke tempat makan. Pada masa
yang sama Mike dan Hana tiba. Setelah mengambil makanan, mereka duduk makan bersama.
“Mana Nuar ni? Lambatnya..” rungut Mike.
“Selalunya dia yang sampai dulu.”
Kereta Porshe menyusur di kawasan Bukit Tunku, kawasan yang didiami ramai orang yang berada dan berharta. Di kiri dan kanan Akma dapat melihat rumah yang begitu besar dengan halaman yang luas. Setiap rumah pasti mempunyai tidak kurang daripada 3 jenis kereta yang bukannya murah. Akma mengeluh, bilalah agaknya dia dapat mendiami rumah yang besar begini? Dia terpaksa bekerja keras untuk mencapai impiannya ini.
Tidak
berapa lama kemudian, kereta Anuar berhenti berhampiran sebuah rumah yang
tersergam indah. Banyak kereta yang besar dan mahal-mahal parkir di kiri dan
kanan jalan. Inilah agaknya rumah Natasya. Terpaku Akma seketika melihat rumah
yang seakan-akan istana. Dia kagum dengan keindahan rumah tersebut.
“Kita
dah sampai.” terang Nuar sambil mematikan enjin keretanya.
“Nuar.
Macam ni ke rumah awak?” soal Akma.
“Kenapa?”
“Besarnya.
Saya pun tak tahu nak buat apa rumah besar-besar macam ni.” jelas Akma.
Pandangan matanya masih tidak lepas daripada rumah itu.
“Well..lebih
kurang macam ni lah rumah keluarga saya. Nak maintain kenalah ada banyak
pembantu rumah. Tak terkemas kalau sorang-sorang.” Anuar menjelaskan lagi. Dia
sudah membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta.
Akma
masih tidak berganjak daripada tempat duduknya. Dia memejamkan mata dan menarik
nafas.
“Taknak
keluar lagi ke?” tanya Anuar.
“Nuar..Akma
ada satu permintaan.”
“Apa
dia?”
“Erm..Kalau
boleh jangan pegang-pegang ye.” kata Akma dengan mukanya tertunduk mengadap
lantai kereta, malu menuturkan kata-kata itu.
Anuar
ketawa sekuat hatinya mendengar ayat yang keluar dari mulut Akma itu. Lucu
rasanya dengan permintaan yang satu ini.
“Kenapa
gelak? Serius ni. Kalau tidak saya duduk dalam kereta ajelah.”
“Ok
Ok..Boleh keluar sekarang?”
Akma
keluar daripada kereta. Jantungnya berdegup pantas bila mengingatkan apa yang
bakal dihadapi di dalam rumah agam itu nanti. Harap-harap semuanya berjalan dengan
lancar, bisiknya.
Mereka
masuk ke perkarangan rumah Tasya bergandingan. Akma mengekalkan jarak yang agak
jauh daripada Anuar. Dia takut Anuar akan mencapai tangannya lagi nanti. Tetapi
semakin dia menjauhi, semakin dekat Anuar dengannya. Anuar memberi isyarat
supaya Akma berjalan disebelahnya. Dengan hati yang berat, Akma mengikut juga.
Mata-mata
disekeliling mereka memerhati. Bukankah itu Anuar, teman lelaki pada gadis yang
menyambut hari jadi? Siapakah pula gadis yang berjalan seiringan dengannya?
Adiknya? Tapi tak serupa langsung. Mungkinkah kekasihnya yang baru?
Suffian
dan Mike serta pasangan masing-masing yang sedang enak menjamu selera turut
terpaku memandang mereka. Seolah-olah tidak percaya melihat Anuar membawa
seseorang yang mereka tidak kenali ke majlis harijadi Tasya. Sudahkah Anuar
menemui pengganti?
Mike
jadi keliru. Sepanjang masa ini, Anuar tidak pernah bercerita tentang gadis
lain dalam hidupnya.
Sementara
itu, Suffian sudah jelas mengapa Anuar keluar membawa kereta tadi. Seperti yang
dijangka.
“Mana
Tasya? Kita sepatutnya jumpa dia dulu.” tanya Akma apabila Anuar membawanya ke
tempat makan. Akma rasa bersalah juga kerana dia tidak membeli sebarang hadiah
untuk diberikan pada Natasya. Kenapa dia tidak terfikir perkara yang mudah itu?
“Nuar!
Here!” panggil Mike dari tempat duduknya.
Anuar
lantas bergerak ke meja makan rakan-rakannya. Akma mengekori. Dia dapat melihat
riak wajah Hani dan seorang gadis lagi yang penuh dengan tanda tanya.
“Who
is this girl of yours?” tanya gadis itu, seakan-akan tidak puas hati. Matanya
memeriksa Akma dari atas hinggalah ke bawah.
“This
is Akma.” Nuar memperkenalkan. “A friend of Hani, betul kan Hani?”
Hampir
terkeluar makanan daripada mulut Hani apabila mendengar nama itu. Dia cuba
mengamati wajah gadis disebelah Anuar. Berbeza sungguh dengan apa yang biasa
dilihatnya sehingga hampir tidak mengenali. Tetapi bila diamati matanya, memang
tidak syak lagi. Akma Najwa.
“Wow..”
Mike bersiul kecil. “Very impressed.” Hana merenungnya tajam.
“Yang
ni Hana. Teman Mike.”
Akma
menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia sudah tahu perkara sebegini pasti
akan terjadi. Biarpun dia tidak selesa dengan keadaan itu, Akma tetap memaksa
dirinya untuk bersabar. Dia dapat merasakan bahawa ada rintangan yang lebih
besar bakal mengujinya selepas ini.
Dari
kejauhan, Tasya dapat melihat Anuar. Sungguh tampan jejaka itu, seperti yang
biasa dilihatnya beberapa bulan dahulu. Perasaan gembira tidak dapat dibendung
lagi. Tidak sangka pujukannya dan sms yang berulang kali dihantar membawa
hasil. Dia pasti masih berpeluang merebut hati jejaka itu kembali.
Dia
berjalan dengan pantas menuju ke arah Anuar. Senyuman tidak lekang daripada
bibirnya sehinggakan panggilan rakan-rakan lain tidak diendahkannya.
Tetapi
langkahnya tiba-tiba mati apabila melihat seseorang disisi Anuar. Mengapa dia
ada disini? Kenapa Anuar perlu membawanya? Perasaan yang berbunga tadi terus
hilang digantikan dengan perasaan berapi yang meluap-luap. Sungguh benci dia
melihat Akma. Dia tidak peduli apa lagi. Dia akan membuat apa sahaja untuk menyakiti
gadis ini.
“Hai
Nuar. Thanks for coming.” Kata Tasya dengan menggoda lantas melagakan pipi kiri
dan kanannya dengan Anuar sambil memegang kedua tangan Nuar yang tegap itu.
Tersentak
Nuar dengan tindakan mengejut daripada Tasya. Akma pula tergamam melihat tindak
tanduk Tasya sehingga matanya tidak lekang memandang aksi mereka. Perit dada
Akma rasakan. Tersentap hatinya melihat drama didepannya.
Anuar
masih mendiamkan diri seolah-olah merelakan sahaja perbuatan Tasya terhadapnya.
Sempat dia memandang Akma sekilas. Dia tahu Akma pasti tidak selesa dengan
keadaan itu.
“I
told you, I have a fiancee. Tolong jangan buat perkara macam ni.” Kata Nuar
dengan tegasnya sambil meleraikan pegangan tangan Natasya.
Air
mata Tasya mula bergenang mendengar kata-kata Anuar. Dia rasakan dunianya
seakan berputar. Benarkah aku tiada makna lagi dihatinya? Aku tak percaya!
Jeritnya didalam hati. Air matanya cuba ditahan supaya tidak jatuh, tetapi
tidak berjaya. Dia terus berlari meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.
Hana
menjeling tajam pada Anuar.
“Look
what you have done!” katanya terus mengikut Tasya. Hani mengekorinya. Akma
termangu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Suffian dan Mike mengeluh tidak
percaya.
“Apa
ko buat ni Nuar? Bila masa pulak ko bertunang dengan Akma?” tanya Suffian,
suaranya meninggi. “Takkan seminggu dah bertunang. Ridiculous!”
Mike
pula tidak bersuara. Perang dingin nak bermula dah ni. Dia menelan air liur.
“Akma.
Betul ke?!” tanya Suffian lagi. Dia menarik lengan Akma ke arahnya dan merenung
mata Akma mencari kepastian.
Akma
mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu. Renungan Suffian
sungguh menakutkannya.
“Yan..Apa
ko buat ni?!” balas Nuar sambil menarik Akma ke sisinya semula. “Don’t you ever
dare touch my girl!”
Benarkan
apa yang kudengari ini?
“Huh!”
Suffian terus berlalu dari situ.
Anuar
turut pergi membawa Akma meninggalkan Mike yang masih termangu melihat
pertengkaran kedua teman baiknya. Inilah kali pertama Mike dapat melihat Nuar
marah sebegitu. Sehingga kecut juga perutnya. Mereka memang jarang bergaduh
selama ini.
Akma mengekori Anuar sambil
memerhatikannya tidak lepas.
“Tasya!” jerit Hana dari kejauhan. Tasya melangkah ke dalam bilik tanpa mempedulikan tetamu yang berada disekelilingnya. Dia sudah tiada mood untuk menyambut harijadi walaupun dalam masa setengah jam lagi mereka akan memulakan acara memotong kek.
Hana
dan Hani membontoti Tasya dari belakang masuk ke dalam biliknya. Inilah peluang
yang dinantikan oleh Hani. Dia memang tidak sabar hendak melihat bilik Natasya.
Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, hatinya jadi teruja. Sungguh luas kalau
hendak dibandingkan dengan biliknya di rumah. Alangkah bagusnya kalau aku dapat
bilik besar macam ni! Bisik Hani di dalam hati.
Sementara
itu, Hana mengambil tempat duduk di sisi Tasya, cuba menenangkan perasaannya.
“I
still love him!” teriak Tasya sekuat hatinya. Nasib baik suasana di luar hingar
bingar. Kalau tidak semua orang tentu akan mendengar jeritannya yang kuat itu.
Air mata terus-menerus membanjiri pipi. Dia meraup mukanya.
Hana
memegang bahu Tasya. Dia memahami gelodak perasaan Tasya ketika ini. Tasya
telah menceritakan semuanya kepadanya semalam. Dia sanggup menolak Norman
daripada hidupnya untuk bersama Anuar semula.
“Hana..I
kesal Hana. Kesal kerana clash dengan dia dulu!” tangisnya lagi.
Luahan
hati Tasya itu berdesup masuk ke dalam telinga Hani dengan jelasnya.
Rupa-rupanya bukan Anuar yang meninggalkannya. Apa yang menyebabkan berlakunya
perpisahan itu? Hani memasang telinga.
“Jangan
menangis lagi, Tasya. U ingat kan apa yang U kata pada I semalam kan?” Hana
memujuk.
Dia
menyambung. “U kata U takkan putus asa walaupun apa yang terjadi. Kalau U terus
menangis macam ni, bila masa U nak tackle dia balik? U need to get him now! Say
you love him! Kata yang U perlukan dia! Lagipun siapa Akma tu? Tak terbanding
dengan U!” katanya memberi perangsang buat Tasya.
“I
tak tahu nak buat apa Hana. Tiba-tiba I hilang semangat.” Balas Tasya tersedu
sedan.
“Huh..”
keluh Hani perlahan. Letih betul dia rasakan bila melihat adegan menangis tak
henti-henti ini. Macam cerita hindustan. Dia mengambil kesempatan untuk
mencelah supaya ia dapat ditamatkan dengan segera.
“Betul
kata Hana tu Tasya. Kalau U tak cuba mana U tahu? Mungkin dia juga masih
sayangkan U.”
Kata-kata
Hani itu membuatkan Tasya terdiam seketika. Ada benarnya. Entah mengapa dia
dapat rasakan begitu juga. Tetapi, sikap Nuar terhadapnya tadi membuatkan dia berpaling
tadah semula.
Hani
memandang ke arah Tasya yang masih lagi cuba untuk menenangkan diri. Pada masa
yang sama, fikirannya ligat memikirkan peristiwa tadi. Dia yakin Anuar sedang
mempermainkan Tasya pada ketika ini. Anuar dan Akma tidak pernah bertegur sapa
sehinggalah ke hari mereka ditugaskan menyiapkan projek bersama. Takkan dalam
masa seminggu itu, mereka bersepakat untuk bertunang pula. Memang tidak masuk
akal. Apa sebenarnya yang mendorong terjadinya pertunangan? Dimana logiknya?
Bila
teringatkan semula Akma, perasaan bencinya membara lagi. Dia tidak sepatutnya
mendapat jejaka gilaan ramai ini. Takkan aku perlu bersaing dengan dia lagi?
Aku sudah kalah dengannya dalam persaingan mengejar ilmu. Takkan aku ingin
biarkan dia mendapat jejaka idaman wanita pula? Aku tidak boleh biarkan. Aku
perlu mengakhiri semua ini. Aku perlu memisahkan Akma daripada Anuar.
Hani
mengetap bibir. Kalau aku dapat menyelamatkan percintaan Tasya kali ini, ia
mungkin akan memberi peluang yang besar kepadaku untuk bersahabat dengan Tasya,
fikiran jahatnya menguasai. Dia telah dapat memikirkan sesuatu.
“Tasya.
Kenapa break up dengan Nuar?” tanyanya. Sudah beberapa kali soalan itu
ditujukan pada Suffian tanpa sebarang jawapan. Mungkin kali ini dia boleh
ketahui sebabnya daripada mulut Tasya sendiri.
Tasya
tertunduk. Kalau boleh, dia tidak mahu mengungkit perkara itu kerana ia amat
menyakitkan untuk diingati. Tetapi, digagahinya juga menjawab persoalan
tersebut. “Tasya jumpa orang lain yang Tasya ingat lebih membahagiakan.”
Setelah
Tasya selesai memberi jawapan, bertubi tubi pula soalan yang keluar daripada
mulut Hani.
“Tasya
silap memilih?”
“Siapa
lelaki itu?”
“Nuar
kenal dia?”
“Dia
datang malam ni?”
Tasya
mengeluh. “Bukan salah pilihan. Tasya tak mencintainya seperti Tasya cintakan
Nuar. Namanya Norman, Australian. Mereka pernah jumpa. Baru-baru ni. He's back
to Australia for couple of months. Kerja.” Tasya menjawab soalan daripada Hani
tu seringkas yang boleh.
“Macam
mana dengan hubungan korang. U dengan dia on lagi ke?” tanya Hani lagi.
Terpempan
Natasya dengan soalan yang terakhir itu. Dia diam membisu. Semakin sukar ingin
menjelaskan.
Hani
tersenyum nipis. “Itu last question.”
Tasya
menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengangguk lemah mengiyakan pertanyaan Hani
tadi. Dia masih lagi belum mengucapkan kata-kata perpisahan buat Norman. Status
Norman masih lagi kekal sebagai tunangnya. "I want to focus on Anuar
tonight. The rest put aside." ujarnya lemah sahaja.
Hani
memegang tangan Tasya sambil tersenyum.
“I
know what to do. Don't worry semuanya akan ok.” Hani memberi harapan.
Tasya
melihat ke dalam wajah Hani. Dia dapat membaca kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan
oleh Hani.
“U
nak buat apa Hani?”
“Tentulah
nak bantu, U Tasya. Diorang tu bukannya bertunang pun.” cerita Hani cuba meyakinkan
Tasya dan Hana.
“What?
Betul ke Hani? Diorang tak bertunang?” tanya Tasya seakan tidak percaya.
“Betul
Tasya. Akma tu sebenarnya suka pada Anuar. Dia admit pada Hani beberapa hari
lepas. Tapi Nuar tak suka kat dia. Nuar masih sayangkan Tasya. Jadi Akma minta
nasihat Hani. Dia kata dia akan buat apa sahaja untuk buat Nuar suka pada dia.”
“Jadi?
Apa kena mengena cerita U dengan apa yang berlaku tadi?” tanya Hana pula, masih
tidak faham.
“Dia
ajak Nuar untuk attend majlis ni. Dia kata orang macam U perlu diajar. So, dia
buat semua rancangan ni untuk menyakiti hati U Tasya. Dia kata ini akan memberi
peluang untuk dia lebih rapat dengan Nuar dan cuba untuk memikat dia. I minta
maaf tak beritahu U dari awal. Mulanya I ingat dia cakap aje. Tak sangka dia
maksudkan kata-kata dia tu. I tak sanggup nak tengok dia buat perkara macam ni
pada U Tasya. U kawan Hana dan kawan I.”
“If
I need to sacrifice our friendship, pun takpe Tasya. As long I did the right
thing.” sambungnya lagi sambil menunjukkan mimik muka yang penuh kesedihan.
Tasya
dan Hana mendengar dengan tekun setiap butir percakapan Hani, malah
mempercayainya sepenuh hati. Lakonan Hani memang memberi kesan pada mereka.
Mereka kemudian memeluk Hani dengan eratnya.
“You
do the right thing,” bisik Hana kepadanya. Tasya mengangguk. Kepercayaan yang
ditunjukkan oleh mereka membuatkan Hani tersenyum puas.
“Hani
minta satu je dengan U all. Jangan inform sesiapa perkara ini. Even Anuar dan
Mike. Ini rahsia kita bertiga. I tak tahu apa yang mungkin terjadi kalau dia
tahu. Zipped.” Ujar Hani bersungguh-sungguh.
Tasya
dan Hana mengangguk faham. “So Tasya. Ok dah? Chances are big.” Kata Hana
sambil membuat gerakan membulat dengan tangannya. Senyuman mula terukir pada
bibir Tasya. Dia menyeka air mata yang tertinggal.
Hani tersenyum puas. Tasya dan Hana
ditariknya keluar dari bilik. “So, jom turun. Sekejap lagi U nak potong kek kan
Tasya. Let me do the rest.”
Rasa bersalah masih bersarang dihati Akma. Dialah menjadi punca perbalahan antara dua sahabat karib ini. Kalau dia tidak terlibat daripada awal, tentunya persahabatan mereka akan berjalan dengan baik. Apa aku nak buat ni? Fikirnya. Macam mana nak memulihkan keadaan ini?
Anuar
masih lagi berjalan dihadapannya tanpa memperlahankan gerakannya. Akma cuba
mengikut gerak langkah Nuar sehingga Akma terpaksa berlari-lari anak. Dia cuba
memintas, tetapi tidak berjaya. Kakinya sudah mula terasa sakit. Rasa menyesal
pula pakai kasut boot ni, keluhnya.
Daripada
gagah berlari-lari anak tadi, jalannya mula terhencot-hencot. Dia rasa
seolah-olah tidak dapat terus berjalan lagi. Nasib baik matanya dapat menangkap
kerusi berdekatan. Dia menarik nafas lega dan segera duduk di kerusi tersebut.
“Huh.
Lega sikit.” bisiknya. Tetapi, lain pula dengan Nuar. Dia pula masih lagi gagah
berjalan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Akma terpaksa memanggilnya
dengan kuat supaya dia berhenti seketika.
“Nuar,
stoplah kejap. Nak ke mana ni?” teriak Akma sambil membuka kasut boot yang
dipakainya.
Pertanyaan
Akma itu menyebabkan langkah Anuar terhenti. Lama juga dia berdiri disitu
sehingga Akma menjadi pelik dengan kelakuan Nuar.
“Saya
rasa mission kita dah accomplished. Baik kita balik sekarang.” tiba-tiba sahaja
dia bersuara.
“Nak
balik sekarang?” tanya Akma seakan tidak percaya. Mereka baru sahaja berada
disitu tidak sampai satu jam.
“Nak
buat apa lagi duduk kat sini?” suara Anuar sikit meninggi. Rasa marahnya belum
lagi hilang sepenuhnya.
Akma
terdiam. Walaupun kata-kata Anuar itu ada benarnya, tetapi meninggalkan majlis
dengan cara sebegitu menunjukkan mereka tidak menghormati tuan rumah.
Sekurang-kurangnya maklumkan kepada Natasya terlebih dahulu. Ini tidak, balik
macam tu aje. Kalau aku jadi tuan rumah pun aku pun terasa, bisik Akma.
“Kalau
ya pun, kita jumpa Tasya dulu. Inform dia kita nak balik.”
“Tak
payah.” Pintas Anuar. Dia benar-benar tidak mahu melihat Tasya lagi. Anuar
sudah nekad. Ini adalah kali terakhir dia akan bertemu Natasya.
Akma
mengeluh. Nuar memang degil. Hendak rasanya Akma meleku kepala jejaka itu saat
ini. “Nuar. Akma rasa bersalah dalam perkara ni. At least Akma boleh jumpa
Tasya dan minta maaf.” tutur Akma cuba memberi dorongan pada Anuar untuk
bertemu Natasya.
“Bukannya
salah Akma. Ini semua rancangan Nuar kan? Jadi tak perlu Akma minta maaf.” ujar
Anuar dengan tegasnya. Masih tidak berganjak daripada keputusannya.
Walaupun
Anuar memberi jaminan itu bukan salahnya, tetapi Akma masih tidak tenang. Dia
memang terlibat secara langsung dalam perkara ini. Melukakan hati orang lain
merupakan perkara terakhir yang ingin dilakukannya terhadap seseorang. Satu
lagi, merosakkan hubungan antara dua pihak. Contohnya, apa yang berlaku antara
Nuar dan Yan.
“Tak
Nuar. Akma tetap salah. Akma kena minta maaf. Ok ok. Kalau tak pun Akma kena
minta maaf dengan Yan at least. Akma tak sanggup tengok korang kawan baik
bergaduh. Lagipun..”
Anuar
memintas lagi. “Tak apa. Itu hal Nuar dengan dia. Tak ada kena mengena dengan
Akma.” jelas Anuar, masih tidak berganjak daripada pendiriannya. “Kalau minta
maaf pun, apa Akma nak cakap? Minta maaf sebab saya tunang palsu Anuar?!
Begitu?”
Kata-kata
Anuar itu membuatkan Akma membisu. Memang benar apa yang dikatakan oleh Nuar.
Dia sebenarnya tidak tahu alasan yang paling baik patut diberi kalau dia
meminta maaf.
Apabila
tiada respon daripada Akma, Anuar menoleh. Dia dapat melihat Akma sedang tekun
mengelus tumit kakinya. Dia berjalan ke arah Akma sambil meneliti apa yang
dilakukan oleh Akma. “Kenapa pula ni?” tanyanya.
“Aa?”
Terkesima Akma seketika apabila melihat Anuar menuju ke
arahnya. “Takde. Kaki Akma lenguh sikit. Tu la Nuar jalan cepat
sangat. Macam lipas kudung. Kaki Akma ni bukannya panjang macam kaki
Nuar tu.”
Nuar
berhenti dihadapan Akma sambil memeluk tubuh. “Eh. Apsal salahkan Nuar pulak.
Awak tulah pakai lagi kasut tu. Kenapa pakai kasut tinggi kalau tak pandai?”
Dia menjuihkan bibirnya pada kasut boot yang dipakai Akma.
Akma
menjeling tajam pada Nuar. “Sesekali nak try tak boleh ke?” marahnya.
Anuar
tersenyum melihat Akma yang mula menahan marah. Dia lantas mencangkung di
hadapan Akma dan melihat kaki Akma yang sedia merah itu. “Meh. Nuar tengok.”
“Eh..tak
pe. Akma ok aje.” kata Akma sambil melarikan kakinya daripada pandangan Anuar.
“Biar Nuar tengok.” ujar Nuar sekali lagi.
“Tak
ada apa. Lenguh aje. Biar Akma duduk kat sini sekejap. Nanti ok lah ni.” tegas
Akma sambil menepis tangan Nuar yang sudah menghampiri. Dia tidak akan memberi
peluang Nuar untuk memegang kakinya. Berani betul mamat ni.
Anuar
mengangkat kedua belah tangannya mengalah.“Ok..saya tak sentuh.” katanya lantas
memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket dan duduk disebelah Akma.
Masing-masing kemudiannya membisu, tidak bersuara. Cuma kedengaran suara
nyanyian daripada kumpulan VE. Ayu tajuk lagunya.
Sedap
juga lagu ni. Romantiknya! Kata Akma di dalam hati. Dia terkenang semula mimpi
tempoh hari dimana dia dan sang putera menari di dewan tari menari. Dia
tersenyum sendiri. Bayangan itu seolah-olah nyata, bukannya mimpi. Secara
sepintas wajah Nuar muncul menari dengannya. Aii..gembiranya hati ini.
Mereka
kemudian berhenti menari. Nuar mengeluarkan sesuatu daripada poketnya dan
membuka bekasnya. Terpampang jelas sebutir cincin emas putih yang berkilauan.
Nuar lantas mengeluarkan cincin tersebut daripada kotaknya dan menyarungkan ke
jari manis Akma.
“Sudikah
Akma menjadi teman Nuar, buat selamanya?” tanya Nuar sambil tersenyum dengan
manisnya.
Senyuman
Akma kian melebar. “Yes. Akma sudi.” jawabnya tanpa berlengah lantas memeluk
Nuar. Biarlah mereka begini buat selamanya....
“Akma!
Akma?” Terasa bahunya digoncang kuat. Goncangan itu membuatkan Akma tersedar
daripada lamunannya. Mukanya memerah bila dilihatnya Nuar merenung. Alamak
kantoi!
“Kenapa
ni? Apa yang sudinya?” soal Nuar, penuh tanda tanya.
“Takde
apa-apalah. Err...nak tanya boleh tak?” Akma menukar topik perbualan.
Fikirannya ligat memikirkan apakah yang hendak ditanya.
“Hmm..apa
dia?”
“Macam
tu ke Tasya layan Nuar?” Secara automatik fikirannya teringat peristiwa tadi.
“Maksud
Akma?” Anuar memandang Akma inginkan penjelasan selanjutnya.
“Tu
yang laga-laga tu..”
“Laga-laga
apa?” tanya Nuar dengan muka berkerut. Dia masih tidak dapat memahami apa yang
cuba disampaikan oleh Akma.
“Pipi
ler..Tanya lah pulak.” Akma mendengus kecil. Buat-buat tak faham pulak.
Anuar
tersenyum simpul kemudiannya, bila sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Akma.
“Harap
Akma dapat menyesuaikan diri. Ada gak perkara yang mungkin Akma tak biasa.”
Katanya.
“Macam
laga pipi tu kan? Memang Akma tak biasa.” celah Akma.
“Itu
special case.”
Jawapan
daripada Anuar itu membuatkan Akma tertanya-tanya.
“Apa
maksud? Terang sikit. Oooo tau! Mungkin sebab Tasya tu special?”
“Kalau
tak ada apa-apa jom balik ..” kata Anuar sambil bangun daripada kerusi. Dia
mahu mengelak daripada terus dihujani soalan. “Boleh jalan tanpa kasut ni kan?”
sambungnya lagi lalu mengambil kasut Akma dan membawanya pergi. Akma mengekori
dari belakang tanpa memakai kasut. Nasib baik halaman rumah itu dipenuhi rumput
karpet.
Setibanya
mereka di pintu pagar rumah, secara tiba-tiba seseorang menjerit memanggil nama
Nuar dari arah belakang. Mereka berdua menoleh.
“Nuar! We need to talk.”
Hani meninggalkan Tasya dan Hana setibanya mereka di tingkat bawah. Dia lantas mencari Suffian di tempat tadi untuk mengkhabarkan berita sedih tentang Tasya. Tetapi dia cuma nampak Mike disitu sedang menjamu selera. Suffian hilang entah ke mana.
“Mike!
Mana Yan?” tanyanya.
“Entah.
Aku tak tau. Ko carikla..tadi dia pergi ke arah sana.” Balas Mike sambil
menuding jarinya ke arah kanan. “Mana Hana?” dia bertanya pula.
“Hana
ada dengan Tasya. Diorang dah bersiap sedia nak potong kek sekejap lagi.”
Mike
mengangguk sambil menuding jarinya sekali lagi ke arah kanan semula.
Mata
Hani liar mencari kelibat Suffian. Dimanakah agaknya kekasih hatinya itu? Dia
menerobos antara orang ramai yang masih lagi menjamu selera dan bergembira.
Kumpulan Ruffedge masih lagi menyanyikan lagu rancak mereka,
Tipah Tertipu. Atau Tertipu dek Tipah?
Tidak
berapa lama kemudian, Hani ternampak Suffian duduk di tepi pagar jauh sedikit
dengan para tetamu yang lain. Dia kelihatan termenung jauh. Seperti ada sesuatu
yang menganggu fikirannya. Wajahnya tidak ceria.
“Abang.
Kenapa duduk di sini?” tanyanya lembut sahaja apabila tiba di sebelah Suffian.
Yan
yang mengelamun tadi, tersedar apabila ditegur Hani. Wajahnya serius.
“Saja
ambil udara segar kat sini. Kat sana ramai sangat orang. Pening.” jawabnya
sambil buat-buat tersenyum.
Hani
lantas duduk disebelahnya sambil mengusap lembut telapak tangan Suffian. Wajah
yang kelat tadi, kendur sedikit. Terdetik perasaan gembira apabila dia berjaya
melembutkan ketegangan yang wujud pada wajah Suffian tadi.
“Abang.
Hani ada berita penting nak disampaikan pada abang. Tentang Tasya.”
Wajah
Yan yang mula tenang tadi, mula berkerut semula. Hatinya tiba-tiba jadi tidak
menentu. Takut sekiranya berita yang ingin dikhabarkan bukannya sesuatu yang
sedap untuk didengar.
“Berita
baik atau buruk?” tanyanya inginkan kepastian.
Hani
mula menceritakan semua perkara yang bermain dikepalanya satu persatu kepada
Suffian. Tangan Suffian digenggamnya erat seolah-olah dia turut bersedih atas
apa yang berlaku. Perkhabaran itu membuatkan Yan tidak senang duduk. Mukanya
yang berkerut tadi menjadi pucat. Hani dapat melihat perubahannya dengan
ketara.
“Please
Abang. Jangan reveal perkara ni pada Tasya yang abang tahu. Dia akan marah pada
Hani. Tapi, Hani tak sanggup nak tengok Tasya berada dalam kesakitan begitu.
You need to tell Anuar. Tapi jangan sekali-kali pecahkan rahsia ini pada
sesiapa even to Tasya. Dia tentu akan salahkan Hani nanti.”
Suffian
mengangguk. Dia tidak dapat bertahan lagi. Dia harus memberitahu perkara itu
kepada Anuar dengan segera. Sampai bila mereka berdua akan terus menderita.
Suffian segera bangun dan mencari Anuar.
“Abang
nak cari Anuar.” katanya lalu berlalu pergi.
Hani
tidak mengikut cuma tersenyum puas kerana dapat menjayakan
rancangannya itu. Dia tidak sabar hendak lihat reaksi Akma bila
berhadapan dengan perkara yang bakal berlaku sekejap lagi.
Kau
takkan menang kali ini Akma. Bukan kali ini sahaja, sampai bila-bila.
“Nuar.
We need to talk.” Dengan secara tiba-tiba sahaja Suffian muncul dari arah
belakang mereka. Dia mengarahkan Nuar untuk mengikutnya. Pada masa yang sama,
terdengar pengumuman yang Tasya akan memulakan majlis meniup lilin dan membelah
kek.
Nuar
berhenti seketika dengan serba salah. Melihatkan keadaan Anuar itu, Akma lantas
memujuk supaya Nuar mendengar apa yang ingin dibicarakan oleh Yan. Setelah puas
diyakinkan oleh Akma, Nuar meletakkan semula kasut boot yang dibawanya di atas
kerusi tadi dan meminta Akma menunggunya. Anuar lantas menuju ke arah Suffian
dengan perasaan marah yang masih bersisa. Tetapi ditahannya juga. Dia tidak
mahu mereka bergaduh lagi.
Akma
duduk semula di kerusi tadi. Apa yang penting sangat hendak dibicarakan oleh
Suffian? Nampak serius sahaja rupanya. Mungkin hendak meminta maaf dan berbaik
semula?
Sekilas,
Akma terpandang cincin dijarinya. Entah mengapa hatinya berdoa agar cincin itu
akan menjadi miliknya, ikhlas dari hati si pemberi. Dia mengeluh. Alangkah
bahagianya kalau ceritanya begitu? Bayangan mimpi beberapa hari lepas muncul
semula. Hentikan Akma. Hentikan gambaran itu.
“You
need to apologise to Tasya.” kata Suffian apabila Anuar tiba disebelahnya.
“Beritahu
aku, kenapa aku perlu buat begitu?” tanya Anuar, keras.
Suffian
merenung mata Nuar, tajam. Dia betul-betul tidak tenang sekarang ini. “Nuar.
Aku tanya ko betul-betul ni. Ko sebenarnya bertunang dengan Akma ataupun
tidak?”
Anuar
mengeluh. Soalan ini lagi. Dia sudah malas hendak menjawabnya. “Aku taknak
jawab soalan tu.”
“Ko
jangan buat perkara macam ni Nuar. Mana SENSE ko?”
“Aku
tanya ko balik. Sapa yang sebenarnya bersalah dalam hal ni? Aku atau Tasya?”
tanya Anuar lagi sambil membalas renungan Suffian tanpa berkedip.
Suffian
terdiam. Dia tahu, Tasya yang memulakan semua ini terlebih dahulu, tetapi
semuanya atas sebab-sebab tertentu.
“Dah
habis? Aku nak balik kalau takde perkara penting ko nak cakapkan.” kata Nuar,
sudah mula hendak melangkah pergi.
“Nuar.
Nanti dulu. Aku memang ada perkara penting yang nak aku beritahu.”
Nuar
berpaling semula pada Suffian, menanti. “Apa dia?”
“Tentang
Tasya. Dia sakit Nuar.”
Berdesup
jantungnya mendengar berita itu. Terngiang-ngiang semula kata-kata Yan
tadi. Dia sakit Nuar. Tetapi Anuar menahan diri supaya kelihatan
tenang.
“Dalam
masa 3 bulan ni, dia attend operation di Australia untuk brain surgery.” jelas
Suffian, tersekat-sekat.
“Apa?!”
Wajah Nuar berubah. Kerisaun jelas terpancar pada wajah tersebut.
“Dia
tak mahu menyusahkan ko Nuar. Itu sebab dia minta clash dengan ko dulu.
Sekurang-kurangnya ko tak akan nampak kesakitan yang dia tanggung. Dia tak mahu
menyusahkan ko Nuar.”
“Kenapa
dia tak beritahu aku?” tanya Anuar dengan perasaan bersalah. Bahu Suffian mula
dipegang dan digoncang dengan kuat.
Suffian
memegang dahinya. “Nuar. Aku beritahu ko ni pun atas pertolongan Hani. Tasya
memang tidak akan beritahu ko perkara ni.”
Anuar
terduduk. Dia sama sekali tidak menjangkakan ini semua.
“Satu
aje. Aku harap ko simpan kemas-kemas cerita ini. Jangan cerita pada sesiapa
pun, even pada Tasya. Dia mesti tak suka kalau tahu rahsia dia ni pecah. Hanya
ko, aku, Hani, Hana dan Norman, one of Tasya's friend dekat Australia sahaja
yang tahu.”
Anuar
terkesima. Wajahnya tegang dan pucat. Dia jadi tidak senang berdiri, hanya mundar
mandir di situ.
“Norman?
A friend?” tanya Nuar lagi.
“Kenapa?
Ko kenal dia ke?”
Anuar
menggelengkan kepalanya. “Tak ada apa.” Dia teringat kembali peristiwa di KLCC,
dimana Tasya memperkenalkan Norman sebagai tunangnya. Adakah ini sebahagian
daripada rancangan Tasya untuk menjauhkan diri daripadanya?
“Nuar.
Aku tahu ko akan buat pertimbangan yang paling baik dalam perkara ni.” Dia
menepuk bahu Nuar, cuba mententeramkan perasaan Nuar yang kelihatan berserabut.
“Aku
pergi dulu. Hani dah menunggu.”
Nuar
mengangguk. Dia tidak dapat berfikir dengan jelas pada ketika ini. Rasa
bersalah yang amat dalam terus menguasai. Kenapa dia tidak pernah tahu perkara
ini? Kalau inilah sebabnya, dialah orang yang paling berdosa ketika ini.
Menyakiti hati Tasya sebegitu rupa. Rupanya semua perkara yang Tasya lakukan
berpusat pada dirinya, kerana perasaan kasih dan sayang yang tidak
bertepi.
“Ok
semua. Let's gather and sing a happy birthday song for Tasya.”
Sekejap-kejap
Akma melihat Anuar dan Suffian yang rancak berbincang tentang sesuatu. Entah
kenapa Akma rasa begitu resah pada ketika itu. Nalurinya berkata, perkara yang
dibincangkan bukannya sesuatu yang menggembirakan. Apa ya? Anuar pula kelihatan
mundar mandir tidak menentu. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Adakah apa yang
kurasakan ini bakal menjadi kenyataan?
Matanya
beralih pula kepada Tasya yang sudahpun dikelilingi sahabat handai. Tasya
kelihatan gembira. Adakah kegembiraan itu cuma mainan diwajahnya?
Apabila
dia menoleh semula ke arah Anuar, dia tidak lagi berada disitu. Rupa-rupanya
dia telah berdiri betul-betul disebelah Akma.
“Nuar.
Terperanjat Akma. Nak balik dah ke?” katanya cuba menarik nafas.
Kenapa
dengan Nuar ni? Wajahnya seperti tidak bermaya. Apa yang menyebabkan dia berubah
sebegitu sekali?
“Akma.
Berikan cincin tu pada Nuar. Cepat.” kata Nuar sambil mata lelaki tersebut
memandang tidak lepas pada jari Akma.
Akma
kebingungan. Dia hanya tercegat disitu tanpa membuat apa-apa. Dia cuba menangkap
maksud Anuar.
Oleh
kerana tiada respon daripada Akma, Anuar lantas memegang jari jemari Akma dan
mengeluarkan cincin itu dari jari manisnya. Akma melihat sahaja perlakuan Nuar
itu. Semuanya berlaku secara pantas.
“Mana
bekasnya?” tanya Anuar lagi menyebabkan Akma tersedar daripada lamunannya.
Lantas
Akma mengambil bekas dari dalam begnya. Dia masih buntu dengan kelakuan pelik
Nuar itu.
Anuar
segera mengambil dan memasukkan cincin ke dalam kotak cincin tersebut. Akma
menurutinya dari belakang. Orang disekeliling sedang menyanyikan lagu harijadi
kepada Tasya.
“Tasya
akan belah kek!” kata salah seorang daripada ahli kumpulan Ruffedge.
Tasya
mengambil pisau kek dan mula hendak memotong kek yang setinggi tiga tingkat
itu. Macam rupa kek kahwin sahaja gamaknya, fikir Akma di dalam hati.
Dengan
secepat kilat itu juga, Anuar mencapai pisau itu bersama dengan Natasya. Semua
orang berteriak seronok melihatkan adegan itu. Cahaya daripada kamera bersinar
di sana sini. Mereka membelah kek bersama. Wajah Anuar yang kelabu kelihatan
ceria. Apa yang berlaku ini? Akma cuba menenangkan dirinya yang seakan goyah
sekarang ini.
Selesai
sahaja memotong kek, Anuar dengan sengaja mengambil sedikit krim daripada kek
tersebut dan mengoleskan pada hidung Tasya yang mancung
itu. Kemudian, Tasya membalas dengan perkara yang sama. Wajah
keduanya kelihatan begitu gembira. Akma jadi keliru. Apa yang berlaku ini?
Bukankah mereka bertelagah selama ini. Apa yang membuatkan Anuar berubah
fikiran pula?
Seketika
kemudian, Anuar menyeluk poketnya dan mengeluarkan sesuatu. Baru Akma
teringatkan cincin tadi. Dia mahu memberi hadiah cincin itu kepada Tasya.
Kenapa dia tidak dapat menangkap daripada perlakuan Anuar tadi? Perkara mudah
begini pun tidak dapat ditangkap oleh seorang pelajar yang dikatakan cerdik.
Tiba-tiba dia teringatkan kata-katanya pada Kak Sarah petang tadi. Mulutnya
memang masin. Adakah kata-katanya kini menjadi kenyataan? Dialah pemegang
amanah itu?
Tetamu
bersorak riang apabila Anuar menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Tasya.
Tasya memeluknya erat, seperti tidak mahu melepaskan.
Pandangan
Akma seakan kabur. Dia cuba bertenang. Dia dapat menangkap kelibat Hani yang
sedang tersenyum mengejek ke arahnya seolah-olah gembira melihat keadaanya
sekarang. Dia menggengam tangannya dan mengeluarkan ibu jari. KO.
Akma
berpusing ke arah lain. Hatinya sudah mula terasa sakitnya. Dia terasa seperti
sedang dipermainkan oleh semua orang. Benarkah agaknya selama ini Anuar sengaja
mempermainkannya dengan kata-kata dan perlakuannya?
“Hai
Akma. Semacam je nampak!”
Akma
kenal suara itu. Bila pula dia berada di sini?
“Apa
yang ko nak Hani?” Akma berpusing dan melihat ke dalam wajah Hani yang sedang
tersenyum mengejek ke arahnya. Terbakar rasanya melihat perlakuan Hani semula.
Sampai bila dia harus berkelakuan begini terhadapnya.
“Sakit?”
“Apa
yang sakit?” tanya Akma sambil berpeluk tubuh.
“Yelah.
Kekasih nak dirampas orang.” kata Hani sambil memintalkan rambut dengan jari.
Dia memandang ke depan supaya orang tidak tahu mereka sedang berbicara di
antara satu sama lain.
“Apa
maksud? Apa kekasih?” tanya Akma lagi meninggi.
“Janganlah
jerit macam ni. Ko nak Nuar tengok sikap ko yang panas baran ni ke?” kata Hani
lagi sambil ketawa kecil. Bertambah mendidih hati Akma dibuatnya. Tetapi, dia
masih lagi cuba bertahan.
“By
the way, Cik Akma. Jangan perasan ko boleh merampas Nuar daripada Tasya. He is
head over heels dengan perempuan tu tau.” sambungnya lagi sambil menolak bahu
Akma.
“Ko
takkan menang Akma!” katanya lagi lalu berlalu dari situ.
Akma
tidak sanggup berhadapan lagi dengan semua ini. Hani mempermainkannya. Nuar pun
begitu. Tasya? Kenapa semua ini berlaku? Akma memandang sekali lagi ke arah
merpati dua sejoli di hadapannya. Kemesraan itu nyata. Anuar memang cintakan
Tasya.
Akma
merasa sungguh sedih ketika itu. Dia dapat rasakan hatinya seperti
dicarik-carik. Mengapa dia perlu rasa begitu? Melihat kemesraan mereka
menjadikan hatinya tidak keruan. Merasa pedih. Dia terasa seperti kehilangan
dirinya sendiri.
Mengapa
aku perlu mesa seperti ini? Bukankah Anuar tidak pernah mengucapkan apa-apa
kepadaku? Anuar tidak pernah berjanji apa-apa atau meluahkan rasa hati
kepadaku. Kenapa aku perlu merasa sedih seperti ini? Akma sedar siapa dirinya
pada pandangan Anuar. Dia tidak mendatangkan apa-apa makna kepadanya. Sedangkan
dia? Dia sesungguhnya sudah jatuh cinta.
Dia
menatap pasangan dihadapannya. Luka dihatinya tidak dapat ditahan lagi. Dia
cuba tersenyum tetapi hanya riak kecewa yang terbit daripada bibirnya. Kelukaan
hatinya telah meranapkan segalanya.
Dia
merenung jarinya yang kosong. Cincin itu bukan untuk dirinya. Dia memang tahu
sebelum ini, kenapa dia tidak dapat menerimanya kini?
Entah
mengapa kakinya terus melangkah meninggalkan perkarangan rumah yang masih lagi
meriah dengan sorakan meraikan dua pasang kekasih itu. Dia ingin membawa hatinya
pergi sejauhnya daripada situ.
Please,
don't let me walk alone..........
Wuu, sedihnya~T_T~
ReplyDelete