Bab 12
“Tak
mungkin….” bisik Akma perlahan, masih tidak percaya dengan apa yang terpampang
dihadapannya. Berkali-kali dia mengelip-ngelipkan mata untuk memastikan dia
tidak bermimpi. Benarkah dengan apa yang dilihatnya ketika ini?
Akma
mengerling ke arah jejaka yang berdiri bersebelahan dengannya, seolah-olah meminta
kepastian. Walaupun jejaka itu kelihatan lebih tenang, tetapi riak
wajahnya juga menunjukkan reaksi yang serupa. Mungkin dia juga tidak
menyangka dengan apa yang disajikan dihadapan mereka ketika ini.
“Akma..”
Secara tiba-tiba sahaja jejaka itu bersuara, lantas membalas pandangan Akma.
Akma
jadi gugup. Matanya dilarikan daripada terus merenung jejaka itu. Hatinya mula
berdegup kencang. Ah! Mengapakah aku masih lagi terus berkeadaan begini setiap
kali berada dekat dengannya?
"Ladies
and gentlemen..."
Pertanyaan
yang ingin ditujukan oleh jejaka disebelahnya terganggu dengan pengumuman yang
dibuat oleh pengacara majlis. Pandangan mereka berdua dialihkan kepada
pengacara majlis tersebut yang mula datang dan berdiri dihadapan mereka. Wajah
lelaki melayu itu begitu manis sekali tersenyum, menambahkan lagi debaran
dihati Akma. Apa lagi yang bakal berlaku seterusnya?
“Welcome
to our lovely couples, the winner of the competition 'The very moment' couples
on the ice!” pengacara itu memberi pengumuman dan kata-katanya itu disambut
dengan tepukan gemuruh oleh mereka yang berada disitu.
“They
have the most perfect memories and pictures taken during the competition. Sweet
are they?” lelaki itu menyambung lagi. Sorakan dan siulan daripada penonton
semakin kuat kedengaran. Pipi Akma merona merah apabila mendengar teriakan
mereka. Perasaan malunya tidak dapat dibendung lagi. Hendak rasanya dia
bersembunyi disebalik jejaka tinggi yang berdiri disebelahnya.
“They
will become our ambassador promoting our ice skating rink for one year. Please
welcome them on ice!”
Akma
seakan tidak percaya bahawa mereka yang terpilih antara ramai yang bertanding.
Apatah lagi memenangi pertandingan ini. Apa istimewanya ‘the very moment’ yang
mereka ada ketika bertanding tempoh hari? Mereka bukannya pasangan kekasih!
Akma
memandang Anuar lagi seolah-olah meminta kepastian buat kali kedua. Anuar
membalas pandangan itu dengan senyuman dan menganggukkan kepala mengesahkan
perkara itu. Dia tahu Akma masih lagi terperanjat dengan apa yang berlaku dan
pada yang sama terpaksa menelan semuanya dalam masa sesingkat ini. Salah dia
juga kerana meminta pihak pengurusan supaya merahsiakan maklumat terperinci
kepada Akma. Dia tahu Akma pasti akan menolak untuk hadir sekiranya dia tahu
tujuan sebenar dia harus ke majlis tersebut.
“Betul
Akma..kita menang..”
Beberapa
kakitangan kemudiannya menyerahkan pada Akma set skating dan meminta mereka
memakainya. Akma dan Anuar menurut sahaja arahan mereka. Masing-masing tidak
berbicara kerana tahu mereka bakal meluncur sekali lagi di gelanggang ais.
Setelah selesai memakai set tersebut mereka menunggu arahan seterusnya sambil
berdiri menghadap gelanggang ais yang besar itu.
Seketika
kemudian, lampu yang terang tadi terpadam. Gelap gelita tanpa secalit cahaya
yang menerangi. Suara yang riuh rendah tadi pun turut surut sehingga sunyi
gelanggang ais itu dirasakan. Debaran dihati Akma dan Anuar bertambah kuat.
Masing-masing tertanya-tanya sama ada ia merupakan suatu kejutan yang dirancang
ataupun memang tiada bekalan elektrik ketika itu!
Seketika
kemudian, terdengar bunyi muzik dari kejauhan. Perlahan pada mulanya, tetapi
nadanya semakin lama semakin kuat. Alunan muzik yang agak rancak itu membuatkan
hati Akma tersentuh. Pipinya terasa panas. Sesungguhnya Akma tidak menyangka
lagu yang dimainkan ketika itu merupakan antara lagu yang menjadi kegemarannya.
‘Love is in the air’ membuatkan Akma tersenyum dalam kegelapan.
“My
fav..” bisiknya didalam hati. Matanya dipejamkan sambil menikmati alunan muzik
tersebut. “Macam tahu-tahu aje…” fikirnya lagi.
Keadaan
yang gelap tadi kemudiannya disinari cahaya yang menyerlahkan suasana dimalam
hari, dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan. Di satu sudut, kelihatan
rembulan penuh menyinari tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Walaupun cahaya
lampu itu tidak begitu terang, sinaran itu mampu membuatkan Akma tersedar
daripada khayalannya. Dia terpaku melihat pemandangan yang menakjubkan itu.
Terasa seolah-olah berada diatas langit!
“Cantiknya!”
kata Akma mengagumi pemandangan disekeliling mereka. Mulutnya tidak henti-henti
menguntum senyum. Anuar memandang sekilas pada Akma dengan hati yang sama
gembira. Jiwanya terasa turut bahagia melihat keriangan yang jelas terpancar
pada wajah Akma.
Fikiran
Akma melayang teringat semula mimpi yang suatu ketika dahulu pernah mengindahi
malamnya. Akma rasakan seakan kembali semula ke saat itu. Walaupun dia tidak
memakai gaun ala Cinderella dan bersepatu kaca, tetapi perasaan yang dirasainya
sama.
“May
I?” tanya Anuar kepada Akma sambil menghulurkan tangannya. Tetapi belum pun
sempat Akma bersuara, Anuar sudah terlebih dahulu mencapai dan memimpin Akma
masuk ke gelanggang ais. Dia tahu Akma pasti menolak, jadi dia mengambil
keputusan untuk tidak menunggu jawapan daripada Akma.
“Nuar,
Akma tak pasti sama ada boleh skate ke tidak,” kata Akma separuh berbisik pada
Nuar.
“Dah
lama Akma tak skating..” sambungnya lagi. Walaupun tidak begitu yakin, tetapi
hati Akma berkobar-kobar untuk meluncur. Sudah lama rasanya dia tidak bermain
‘ice skating’. Rindu untuk menjejak kakinya di laluan berais tidak dapat
ditahan lagi.
“Trust
me,” Anuar memberi keyakinan. “You will be ok.”
Mereka
mula meluncur disekeliling laluan berais. Pada mulanya Akma kelihatan seperti
teragak-agak dan seringkali berhenti untuk memerhatikan keadaan disekeliling.
Akma merasa tidak selesa kerana dia tahu banyak mata yang memandang. Sejak
dahulu lagi, Akma sentiasa mengelak daripada terjerumus dengan perkara yang
satu ini. Tetapi ditahannya perasaannya itu daripada terus membelenggu apabila
melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Anuar.
Anuar
yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepadanya. Anuar yang sentiasa
mengukir senyuman sepanjang masa. Anuar yang memimpinnya ketika dia
memerlukan.
Sungguh
manis perasaan yang Akma rasakan ketika itu sehingga dia sendiri tidak dapat
mengukurnya. Dia kini dengan beraninya dapat bersemuka semula dengan jejaka
yang sentiasa muncul dalam fikirannya. Mungkin peluang yang ada ini cuma
seketika. Dia perlu menggunakannya sehabis daya sebelum dia menyesali. Entah
bila peluang begini akan tiba lagi.
Sudah
lama rasanya dia tidak berperasaan sebegini. Perasaan bebas daripada perkara
yang mengusutkan fikiran, lebih tenang. Entah mengapa, Anuar sentiasa rasakan
kelainan apabila bersama dengan Akma. Akma bisa membuatkan dia menjadi bukan
dirinya yang biasa. Walaupun Akma merupakan gadis yang pernah dilabelkan
sebagai ‘kolot’, tetapi dia mengakui sentiasa berasa ceria apabila bersama
gadis ini. Akma adalah satu-satunya wanita yang dapat menjadikannya begitu.
Apakah perasaan yang aku rasakan ini? Anuar tidak dapat menghuraikannya.
Anuar dan Akma mengambil peluang untuk keluar daripada gelanggang setelah orang ramai mula berpusu-pusu masuk untuk menyertai mereka. Akma menarik nafas lega kerana tidak menjadi tumpuan lagi. Mereka duduk di satu sudut berdekatan pintu masuk ke laluan berais itu. Masing-masing tidak bersuara, cuma menikmati suasana disekeliling.
Anuar dan Akma mengambil peluang untuk keluar daripada gelanggang setelah orang ramai mula berpusu-pusu masuk untuk menyertai mereka. Akma menarik nafas lega kerana tidak menjadi tumpuan lagi. Mereka duduk di satu sudut berdekatan pintu masuk ke laluan berais itu. Masing-masing tidak bersuara, cuma menikmati suasana disekeliling.
Gambar
besar yang tergantung ditengah gelanggang ais ditatap. Gambar itu jelas
menunjukkan kedudukan mereka yang saling berpandangan antara satu sama lain.
Anuar seolah-olah sedang menghulurkan tangan dan Akma seolah-olah tidak mahu
menyambutnya.
Mungkin
juga gambar ini ada nilainya yang tersendiri, fikir Akma sambil tersenyum
kecil. Dia sendiri tidak menyangka bahawa gambar ini telah berjaya mempertemukan
mereka semula.
Ingatan
Akma kembali semula pada saat manis yang pernah terjadi dalam hidupnya. Entah
mengapa akhirnya dia mengalah pada rasa hati. HATI. Hati yang telah berjaya
mengaburi fikiran rasional dan prinsipnya selama ini. Tetapi akhirnya apa yang
terjadi? Dia hanya membiarkan hati itu terkapai-kapai sendirian akibat sikapnya
yang suka berdiam diri, tidak bersuara.
“Stupid
me..” marah pada diri sendiri. Dia tidak sepatutnya terjerumus dalam kancah
ini.
Anuar
yang duduk disebelahnya sesekali memandang sekilas pada Akma. Dia dapat melihat
Akma sedang termenung panjang. Dia ingin sangat untuk memulakan perbualan.
Tetapi apabila melihat Akma terlalu asyik dengan apa yang berada di hadapan
mereka, dia menangguhkan hasratnya. Apa agaknya yang bermain difikiran gadis
itu ketika ini?
“Hmm..lama
dah kita tak jumpa,” Anuar memecahkan kesunyian di antara mereka setelah hampir
sepuluh minit mereka membisu.
Akma
tersentak daripada lamunannya yang panjang. Dia memandang Anuar sekilas dan
kemudian tersenyum. Anuar membalas senyuman itu sambil menanti jawapan.
“Hmm..lama
juga ya. Apa khabar Nuar sekarang? Macam mana dengan cuti semester?” tanya Akma
pula.
“Anuar
ok. Cuti sem macam biasa..tolong ayah kat ofis,” balas Nuar.
“Tolong
ayah? Rajinnya awak.”
“Dah
biasa macam tu Akma. Dengan adanya praktikal, kita boleh tahu keadaan dunia
sebenar macam mana.” terang Nuar.
“Hmm..betul
jugak. So cakap pasal praktikal, Nuar praktikal kat mana nanti?” Tanya Akma
lagi.
“Ada
beberapa tempat. Tapi Nuar tak confirm lagi.”
“Tak
confirm lagi? Kan dalam masa 2 minggu lagi kita nak praktikal? Confirm
lambat-lambat kang terlepas peluang,” kata Akma seakan tidak percaya. Tetapi
kemudiannya dia terfikir. Bukan susah untuk Anuar mendapat tempat menjalani
praktikal. Ayahnya ramai kenalan. Maklumlah orang ‘business’.
Terlepas
peluang? Kata-kata itu kini seolah-olah cuba memberitahu Anuar sesuatu.
Berkali-kali ianya bermain difikirannya. Dia terdiam sebentar sebelum membalas.
“Mana
tahu kita dapat praktikal tempat yang sama ke?” Tanya Anuar kemudiannya, memancing
reaksi Akma.
“Hmm..mungkin.
Tapi rasanya kebarangkalian mungkin 1 dalam seribu,” jawab Akma sambil
mengeluarkan jari telunjuk dekat dengan wajahnya.
Anuar
kemudian ketawa sambil menganggukkan kepala.
“Yup.
Kemungkinannya mungkin begitu. Tapi mana tahu?” Dia mengangkat bahu.
Akma
tersenyum kecil sambil menundukkan kepala. Dia bermain-main dengan jarinya
kerana termati kata. Dia mengelus jari hantunya. Pernah dahulu ada sebentuk
cincin putih tersarung di situ. Seperti yang ada di dalam gambar mereka di atas
sana.
“Alangkah
baiknya kalau kenyataannya begitu..” keluh Akma.
Mereka
terdiam seketika.
“Sorry
sebab lama tak hubungi Akma. Handphone Nuar rosak. Nombor pun hilang..” Anuar
sekali lagi memecah keheningan antara mereka.
“Oh..”
jawab Akma, agak terkilan dengan alasan yang diberikan. Seperti alasan yang
tidak boleh dipakai. Bukannya tiada cara lain untuk menghubungi, desis hati
Akma. Walaupun begitu, dia akhirnya akur kerana permasalahan hari itu
sebenarnya berpunca daripada dirinya juga. Dia yang mengelak dan naik darah.
Bukannya salah Anuar pun.
Mereka
terdiam lagi. Terlalu banyak yang ingin diberitahu dan dicungkil. Cuma
masing-masing terbelit lidah, tidak tahu bagaimana ingin menyusun kata.
“Anuar..”
“Akma..”
Serentak
mereka memanggil nama masing-masing. Pada mulanya mereka saling berpandangan.
Menyedari perkara itu, mereka berdua akhirnya ketawa sehingga hampir mengeluarkan
air mata.
“Akma
dulu..” kata Anuar kemudiannya. Pandangannya melekat pada gadis itu, bersungguh
ingin mengetahui apa yang ingin disampaikan.
“Takpe..Anuar
dulu..” Akma memberi laluan pula untuk Anuar. Terasa berat pula untuk menutur
kata.
Anuar
menggelengkan kepalanya. “Ladies first..” pintanya pula.
Akma
menarik nafas. Nampaknya dia terpaksa mengalah dengan ketegasan Nuar. Apa yang
perlu dikatakan? Terlalu banyak yang ingin disampaikan pada Anuar. Tetapi dia
tahu tidak mungkin dia akan meluahkan kesemuanya. Ada yang terlalu peribadi,
hanya dia dan tuhan sahaja yang mengetahui.
“Macam
mana hidup sekarang. Maksud Akma, hubungan..Nuar faham maksud Akma?” tanya
Akma, seolah-olah tidak dapat meneruskan pertanyaan. Dia jadi gugup.
Anuar
tersentak dengan soalan itu. Dia tidak menyangka sama sekali itu merupakan
perkara yang ingin diketahui oleh Akma. Wajah Natasya mula terpampang dalam
mindanya.
“Kami
ok. Natasya pun nampaknya dah sihat sekarang.”
“Sihat?
Apa maksud Nuar? Tasya sakit ke?” tanya Akma lagi dengan dahi yang berkerut.
Dia mula terbayang semula aksi Anuar yang tidak berapa normal pada malam
kejadian. Mungkin inikah sebabnya?
“Ya.
Dia sakit. Tapi nampaknya dah ok. Dia pun dah macam dulu..” jawab Nuar tenang.
Anuar
mula menceritakan tentang penyakit yang dihidapi Natasya dan sebab musabab
mengapa Natasya bertindak menyakiti hatinya dahulu secara terperinci.
“Nuar
tak boleh tinggalkannya..” jawab Anuar perlahan lalu tertunduk.
Akma
tersenyum kelat. Begitu besar pengorbanan Natasya pada Anuar sehingga sanggup
membuat tindakan yang sebegitu rupa. Begitu juga dengan Anuar. Cintanya
terhadap Natasya sungguh dalam. Siapakah aku? Pelakon sampingan yang hanya akan
dibenci sekiranya menganggu kehidupan mereka berdua.
Dalam
diam Akma menyimpan rasa pedih dan sedih dengan pengakuan daripada Anuar. Tapi
apakan daya, itu yang terpaksa sitempuhinya. Lebih baik dia memikirkan
cita-cita dan masa depannya terlebih dahulu.
“Akma
doakan yang terbaik buat korang berdua,” katanya ikhlas memberi perangsang.
“Thanks,
Akma.” Lemah sahaja nada suaranya.
Akma
menatap kembali gambar yang berada di hadapan mereka kemudian gambar-gambar
lain disekeliling gelanggang. Terlalu banyak sehinggakan hati Akma tidak
senang.
“Anuar..Nuar
rasa elok ke gambar kita terpampang dekat sini. Apa pendapat kawan-kawan kita
terutama sekali Tasya kalau dia nampak?” tanya Akma.
Anuar
tidak menjawab terus. Dia seolah sedang berfikir.
“Akma
takut nanti perkara ni akan menjejaskan hubungan Nuar dan Tasya. Tasya tahu tak
tentang perkara ni?” Tanya Akma sekali lagi, inginkan kepastian.
Anuar
menggelengkan kepala. “Nuar tak sempat beritahu..” jawab Anuar, jujur.
“Nuar
kena beritahu. Nanti dia salah faham.” nasihat Akma lagi.
“I
will.”
“Akma..”
Anuar menyambung.
“Hmm..”
“Anuar
nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah..”
“Erm..”
Anuar teragak-agak untuk bertanya.
“Apa
dia?”
“Anuar
dah lama nak tanya Akma. Erm..kenapa Akma macam mengelak daripada berjumpa
dengan Nuar? Sorry kalau Nuar yang silap faham.”
Akma
terpempan mendengar soalan itu. Rupa-rupanya Anuar juga dapat merasakan
kedinginan yang ditunjukkan. Seingatnya, Anuar tidak menyedari itu semua kerana
‘siapalah aku’ dimatanya?
“Ada
kena mengena dengan apa yang berlaku pada majlis harijadi Tasya? Ataupun Akma
tersinggung dengan kata-kata Nuar masa Nuar call hari tu?”
“Eh..takde
apa-apalah Nuar. Akma memang ada hal hari tu.” Akma cepat-cepat menidakkan.
“Then
kenapa tak beritahu Nuar Akma nak balik?”
“Ermm..Akma
taknak ganggu Nuar...” Bukan alasan yang baik.
“Akma..at
least Akma kena beritahu..puas Nuar cari Akma..Kalau terjadi apa-apa macam
mana?”
“Sorry..”
“It’s
ok. Perkara dah lepas. Jangan buat lagi macam tu, bukan dengan Nuar aje. Orang
lain jugak!”
“Ok,
boss!” balas Akma sambil memberi ‘salute’.
Anuar
kembali tersenyum, menambahkan ketampanan wajahnya.
“Anyway,
Nuar yang patut minta maaf sebab marahkan Akma kat telefon hari tu. Nuar tak
sepatutnya buat macam tu, entah apa yang buat Nuar marah sangat.”
Akma
menggelengkan kepalanya. “Akma yang salah Nuar. Akma tak patut tinggalkan Nuar
macam tu. At least kena inform. Akma yang tak berfikir. Kalau tak takdelah Nuar
nak marahkan?” kata Akma bersungguh-sungguh.
Anuar
tersenyum sahaja mendengar Akma menasihati diri sendiri. Mereka diam lagi menikmati
suasana dan memerhatikan gelagat orang ramai yang berada disekeliling mereka.
“Nuar...”
Kali ini Akma pula yang memulakan.
“Hmm..”
“Akma
nak Nuar tahu yang Akma amat menghargai persahabatan kita. So, kalau ada
apa-apa yang ingin Akma tolong, I am willing to be there for you.”
Anuar
menoleh ke arah Akma, terharu dengan apa yang diberitahu oleh Akma kepadanya.
“Thanks
Akma..Sama macam Nuar. Kalau Akma memerlukan apa-apa, just call me. I’ll be
there.” balas Nuar sambil menujukkan isyarat telefon dengan tangannya.
“Apa
nombornya?” Tanya Akma cuba untuk menceriakan suasana.
“Takkan
dah lupa kot. Nombornya serupa, tak berubah pun.” Kata Anuar lantas memegang
tangan kiri Akma. “Boleh?”
Akma
menganggukkan kepala. Anuar mencoretkan nombor telefonnya di atas telapak
tangan Akma menggunakan pen yang sentiasa dibawanya. Kemudian Anuar menyerahkan
tangan kirinya meminta Akma menulis nombor telefonnya pula.
“You
have always been a best friend to me,” kata Anuar secara tiba-tiba membuatkan Akma
mengangkat kepala.
“You
too..” balas Akma sambil tersenyum pahit.
Majlis
yang berlangsung selama tiga jam akhirnya selesai. Akma dan Anuar mendapat cek
bernilai RM2500 dan sejambak bunga setiap seorang. Ramai orang berpusu-pusu
untuk mengambil gambar mereka dan bergambar dengan mereka.
“So
this is it..” kata Akma sebelum mereka berpisah.
“Jumpa
lagi Akma..” kata Anuar menghadiahkan bunga yang diterimanya kepada Akma.
“Eh..Nuar
patut beri pada Tasya!” Akma mengingatkan. “Akma dah ada ros ni kan?”
“Ohh..ok!”
“Ok,
‘friend’...” kata Akma kemudiannya. Tangannya dilambaikan. Dia lantas
meninggalkan Anuar dan menuju ke arah Kak Sarah yang sedang menunggu.
“Bye Akma.. my friend..” bisik Nuar
berat, sambil matanya memerhatikan langkah Akma yang menjauh.
Akma
sedang sibuk menyusun barang-barang yang ingin dibawanya ke rumah sewa yang
didiami oleh Kak Sarah apabila terdengar ketukan kecil pada pintu biliknya. Dia
mengerling ke arah telefon bimbitnya memerhatikan waktu.
Ai..cepat
betul Kak Sarah ni. Janji nak datang pukul 5, ni baru pukul 2. Boringla agaknya
tu. Nak tolong aku mengemas agaknya..ngomel Akma sendirian, sambil tersenyum
nakal.
Dia membuka pintu perlahan-lahan. Pada fikirannya elok juga dia menyembunyikan diri dibelakang pintu. Boleh juga memeranjatkan Kak Sarah. Setelah menyembunyikan diri beberapa ketika, dia lantas keluar dari balik pintu sambil menyergah orang yang berada dihadapannya.
Dia membuka pintu perlahan-lahan. Pada fikirannya elok juga dia menyembunyikan diri dibelakang pintu. Boleh juga memeranjatkan Kak Sarah. Setelah menyembunyikan diri beberapa ketika, dia lantas keluar dari balik pintu sambil menyergah orang yang berada dihadapannya.
“Haaahhhhhh”
jerit wanita dihadapannya kerana terperanjat. Pada mulanya Akma ingin ketawa,
tetapi apabila suara itu seperti asing daripada pendengarannya, dia hanya
berdiri sambil memerhatikan wanita tersebut.
“Kenapa
buat macam tu?” wanita itu mengurut dada. “Nasib baik akak tak ada sakit jantung.”
Marahnya.
Marah
padam muka Akma. Dia lekas-lekas meminta maaf. “Kak Sorry kak. Saya tak
sengaja. Saya ingat kawan saya tadi.” Jelas Akma sambil mengurut-ngurut
belakang Kak Zan. Kak Zan merupakan ketua dorm asrama.
Setelah
semuanya kembali tenang, Kak Zan memulakan bicara.
“Adik
Akma kan?” tanyanya.
“Ya.
Saya Akma.” Jawab Akma dengan perasaan bersalah yang masih bersisa. “Ada apa
Kak Zan nak jumpa saya ni. Ermm..Saya ada buat salah ke?”
“Bukan.
Ada orang nak jumpa kat bawah,” kata wanita itu.
“Siapa
Kak Zan?”
“Akak
tak tanya pulak. Tapi macam kenal..”
“Lelaki
ke perempuan?” Tanya Akma lagi. Dia menggaru-garu kepalanya. Kalau perempuan,
tentunya Kak Sarah. Siapa lagi yang berjanji dengannya hari ini. Tapi pelik
betul. Kenapa tak naik macam biasa? Mungkin Kak Sarah malas kot.
Tetapi,
kalau lelaki tetamunya? Anuar ke? Atau Farid?
“Perempuan..Oklah
Kak Zan pergi dulu,” balas Kak Zan seraya menjawab teka-teki yang bermain
dikepala Akma.
Akma
menutup pintu semula setelah Kak Zan berlalu. Dia menampar-nampar pipi sendiri
kerana tidak memeriksa terlebih dahulu sebelum menyergah orang. Baru tahu. Dah
terkena dekat orang lain. Tahu malu.
Tanpa
melengahkan masa, Akma menukar pakaian dan memakai tudung kepala sebelum turun
ke bawah. Dia menjenguk kawasan sekitarnya untuk memastikan siapakah orang yang
ingin bertemu dengannya.
“Akma…”
Terdengar suara memanggil dari arah belakang.
Akma
segera menoleh untuk memastikan gerangan orangnya. Suara itu biasa
didengarinya.
“Hani?”
terperanjat besar Akma kerana orang yang paling tidak disangka berada di
belakangnya ketika ini. Akma memusingkan badannya supaya dapat melihat Hani
dengan jelas. Wajah Hani kelihatan sinis.
“Terperanjat?”
tanyanya sambil memintal-mintal rambut.
“Ada
apa hal nak jumpa?” Tanya Akma tidak berminat. Kedatangan Hani tentu hendak
membawa seribu masalah kepadanya. Itu yang dapat Akma rasakan setelah Hani
‘menikamnya dari belakang’ dahulu.
“Ai
Akma. Takkan tak nak jumpa kawan lama?” kata Hani lalu berjalan ke arah Akma.
“Aku nak tunjukkan sesuatu.” Sambung Hani lalu menarik tangan Akma supaya
mengikutnya.
“Nak
pegi mana ni?” Tanya Akma lalu menarik tangannya daripada genggaman Hani. “Aku
sibuk.”
Tanpa
berkata apa-apa, Hani mencapai tangan Akma dengan kasar dan memaksa Akma
mengikutnya. Hendak tak hendak, Akma terpaksa menurut. Hani mencengkam kuat
pergelangan tangannya.
Hani
membawanya ke kawasan lapang tidak jauh daripada blok asrama. Akma perhatikan
ada dua orang wanita sedang menunggu ketibaan mereka. Wajah jelita kedua-duanya
dingin, seakan-akan ingin menerkam sesiapa sahaja yang menganggu laluan mereka.
Salah
seorang daripada mereka datang ke arah Akma dan kemudian berhenti betul-betul bertentangan
dengannya.
Belum
sempat Akma berfikir panjang, tiba-tiba pipinya ditampar dengan kuat. Akma
terperanjat kerana dia tidak bersedia dengan keadaan itu. Akma memegang pipinya
yang terasa pijar itu. Dia memejam mata menahan kesakitan.
“You
deserved it!” teriak wanita itu dengan wajah yang bengis. Dia kemudiannya
memegang wajah Akma supaya Akma dapat memandangnya tepat.
“Akma!
Kenapa masih tak faham-faham lagi! Nampak macam budak baik, tapi hati busuk!”
jeritnya lagi.
Akma
hanya mendiamkan diri. Dia hanya mampu mendengar luahan hati Natasya. Dia masih
terperanjat dengan apa yang berlaku.
“Jangan
cuba nak mendekati Anuar lagi. Kau buat aku bertambah benci dengan kau, tahu
tak?”
“Nah..”
celah Hani sambil mencampak beberapa keeping gambar kepada Akma. “Aku tak
sangka ko macam ni. Bertambah teruk! Aku taknak cakap banyak. Baik ko explain
kat Tasya!”
Akma
mengutip beberapa keping gambar yang telahpun jatuh ke tanah. Dia meneliti satu
persatu gambar itu dengan debaran dihati. Adakah perkara yang ditakutinya
terjadi menjadi kenyataan kini?
“Anuar
tak ada beritahu apa-apa ke?” Tanya Akma pada Natasya dengan suara yang seakan-akan
tenggelam.
“Beritahu
apa?” Tanya Natasya pula dengan kasar. “Beritahu yang korang sekarang tengah
bercinta?!”
Akma
terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh Natasya. Fahamlah dia kini.
Anuar tidak memberitahu Natasya tentang pertandingan yang dimenangi oleh mereka
tempoh hari. Mengapa Anuar menyembunyikan perkara tersebut? Bukankah dia telah
berjanji untuk memberitahu?
“Tasya.
Saya rasa awak dah salah faham. Gambar ni tak ada makna apa-apa…”
“Apa
yang cuba kau bagitahu pada aku? Tak ada meaning? Jadi apa ni? Berpegangan
tangan? Not meaning anything to you??” teriak Natasya lagi sambil menunjukkan
gambar mereka ketika Anuar menarik tangan Akma masuk ke gelanggang ais. Mana tidak
Natasya naik angin.
“Tasya.
We are just friends. Kitorang menang pertandingan. He is just being a
gentlemen. Tak lebih daripada itu!” balas Akma lagi berusaha untuk meyakinkan
Natasya.
“I
doubt it!”
“It’s
true, Tasya!”
“Call
me by my full name! How dare you! Try to steal him from me now pandai nak panggil
nama I macam tu?”
“Natasya..Saya
cakap yang betul.”
“Then
kenapa Anuar nak menyembunyikan? Why he is not telling me anything?!”
Akma
terdiam. Sesungguhnya dia tidak tahu mengapa. Dia bukannya boleh membaca
fikiran Nuar.
“Saya
tak tahu. Kenapa Cik Natasya tak pergi Tanya dia sendiri?” tanya Akma pula.
“I
bet you are the one not letting him to tell me!”
“Tasya!!”
Akma membalas balik. “Saya tak faham dengan awak ni. Kenapa tuduh yang
bukan-bukan? Kenapa tak tanya Anuar dulu dapatkan penjelasan. Kenapa nak
menyerang orang tanpa bukti??” balas Akma, hatinya sudah mula mendidih.
“Akma....bukti
dah ada depan mata. No need to ask. Tengok sahaja gambar ni. I knew you feel
something for him!”
Akma
terpempan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Natasya. Dia memang merasai sesuatu.
Sesuatu yang mendalam terhadap jejaka tampan itu. Terlalu jelaskah pada
pandangan orang lain? Kalau begitu, adakah Anuar dapat menyaksikannya juga?
“Kenapa
diam? Betul apa yang I kata?” Tanya Tasya lagi.
“It’s
up to you. Tasya fikirlah apa yang Tasya nak fikir. Saya taknak cakap apa-apa
lagi.” Jawab Akma.
“Akma.
Don’t play games with me! Tell me right now!” Natasya terus mendesak.
Akma
membelakangi mereka dan berjalan masuk ke asrama. Dia tidak tahu bagaimana
hendak menjawab pertanyaan Natasya. Dia tidak mahu berbohong, tetapi dia tidak
perlu memberitahu perkara sebenar. Dia mahu lari dari situ sebelum segalanya
terbongkar.
“Akma.
Jawab aja pertanyaan Tasya. Susah sangat ke?” Kali ini Hana pula bersuara.
Sakit hati melihat kawan baiknya dipermainkan.
“Apa
susah, Akma? Jawab ya atau tidak, kan senang jer tu?” Sambung Hani pula sambil
memeluk tubuh. Senyuman jahatnya memang jelas terpancar.
“You
like him do you?!” teriak Natasya lagi lalu berjalan menuju ke arah Akma dan
menarik lengannya supaya wajah mereka dapat bertentangan antara satu
sama lain. Matanya memandang tajam tanpa berkedip ke arah Akma.
“Tasya.
Kenapa dengan awak ni? Awak tak yakin dengan Nuar ke?” Tanya Akma kemudiannya.
Dia membalas pandangan Natasya dengan panahan yang serupa.
“Answer
me!” jerit Tasya sambil menggoncang-goncangkan badan Akma dengan sekuat hati.
Akma
sudah tidak dapat bertahan lagi. Mungkin Natasya akan rasa puas hati sekiranya
dia terus memberitahu perkara yang sebenar.
“Yes.
I like him a lot!” laung Akma pula memecah rahsia yang disimpannya selama ini.
Pengakuan Akma jelas pada pendengaran Natasya.
Natasya
terkaku. Walaupun dia terusan mendesak hendak mengetahui perkara sebenar,
jawapan yang diberikan oleh Akma benar-benar membuatkan dia terkejut. Dia cuma
berharap agar Akma terus terusan menafikan perasaannya terhadap Anuar supaya
dia yakin tiada hubungan antara duanya.
Natasya
terus meleraikan pegangan tangannya tadi. Ia seolah-olah tamparan yang paling
hebat yang pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dia cuba untuk menelan perkara
tersebut.
“Don’t
worry Tasya. Walaupun saya sukakan dia, the one that he loves is YOU.” Kata
Akma kejap lantas meninggalkan Natasya kebingungan.
Sedari
tadi, Natasya hanya berdiam diri. Puas Hana memujuknya supaya bertenang dan
befikir semasaknya. Tetapi Natasya hanya membisu, dia seolah-olah berada di dalam
dunianya sendiri.
“I’m
worried, Hani..” kata Hana dengan wajah yang berkerut, jelas bimbang
terhadap perubahan Natasya.
Hani
menjeling tajam pada Natasya. Padan muka, dulu diri sendiri yang cari pasal,
sekarang baru terhegeh-hegeh, detiknya didalam hati. Walaupun dia sentiasa
berdiri dibelakang Natasya dalam apa jua perkara, tetapi dia jadi meluat
melihat perlakuan Natasya apabila berhadapan dengan masalah cinta. Seolah-olah
cinta merupakan segala-galanya. Itu sebab dia lebih senang dengan Hana.
“Hana,
ko jangan risau. Dia tak akan apa-apa. Sekejap jer tuh.” Hani memberi jaminan.
“Bukan
apa Ni, tak pernah aku tengok dia macam ni..”
Hani
hanya mampu mengangkat bahu. Dia malas hendak memujuk Natasya. Biar dia sendiri
sahaja yang menyelesaikan masalah yang dicarinya sendiri.
“Girls..”
Tiba-tiba sahaja Natasya bersuara. Kemudian diam lagi, seperti sedang berfikir.
“Aku runsing tentang sesuatu. Tetapi sekarang bertambah pening kepala aku,”
jelas Natasya.
Hana
mendengar pengakuan Natasya itu dengan kusyuk. Hani pula buat tidak tahu
sahaja.
“Malam
semalam aku terima panggilan. I can’t concentrate..” luah Natasya lagi. Dia
menutup muka dengan kedua belah telapak tangan.
Hani
mengangkat kepala. Ada sesuatu yang menarik disini. Rupa-rupanya Natasya
mungkin ada masalah lain. “Apa dia?” Hani menyoal, berminat.
“Norman..he
is coming back..in three days ..” balas Natasya tersekat-sekat. “I guess..it’s
fate..I have been destined to be with Norman…” keluhnya.
“Tasya..”
Hana cuba memujuk sambil menggenggam erat tangan Natasya.
“Ko
tak selesaikan lagi masalah dengan dia?” Tanya Hani pula. Sangkanya Natasya
telahpun memutuskan hubungan dengan Norman lama dahulu. Takkan itupun nak
tunggu aku beritahu? Desisnya di dalam hati.
“No..”
pendek sahaja jawapan daripada Natasya. Dia seakan menyesal kerana tidak
melakukan perkara tersebut dengan lebih awal.
“Y
noy U balik aje dengan Norman. He is not bad. Good looking..kaya, mat saleh..”
cadang Hani. Baginya elok juga Natasya pulang sahaja ke pangkuan Mat Saleh itu.
Tidak perlu lagi dia mendengar luahan hati Natasya saban hari berkenaan dengan
masalahnya dengan Anuar. Sakit jiwa Hani mendengarnya.
“What?”
Terjegil biji mata Natasya mendengar cadangan Hani. Dulu dia yang bersungguh-sungguh
membantu memperbaiki hubungan antara dia dan Anuar. Sekarang lain pula
ceritanya.
“Bukan
apa..tak payah ko nak pening kepala dengan Anuar lagi.” jelas Hani.
“I
can’t do that..” jawab Natasya pula.
“Y
not? Bukan ke ko jugak ada perasaan dengan Norman?”
“Hani.
It’s not that strong the way I feel towards Anuar!” tegas Natasya. Hampir
tangan kanannya dihempaskan ke atas meja.
“Then..apa
susah. Cakap dengan Norman U dengan dia dah habis..” terang Hani lagi. “Kurang
masalah kau kan.”
“I..”
Natasya tidak mampu menyambung. Dia rasa sungguh tertekan ketika ini. Hani
seolah-olah tidak mahu membantu meleraikan permasalahan yang melanda dirinya,
malahan menambahkan sakit hatinya.
“Better
do it now or never! Kalau terus macam ni, buat sakit jiwa aja..” sambung Hani
lagi. “Betul tak cakap aku?”
Hana
mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Hani. Ada kebenarannya juga cadangan
Hani itu. Dia rasakan Hani memang seorang kawan yang amat bijak dalam menangani
masalah ini. Sejak dahulu lagi segala buah fikirannya pasti menjanjikan
keputusan yang memberangsangkan.
“Betul
Tasya. Tak payah nak pening kepala lagi.” Sokong Hana.
Hani
lantas bangun daripada tempat duduk dan mengambil beg sandangnya. Elok juga dia
segera berlalu daripada terus mendengar luahan hati Natasya. Bertambah buruk
‘mood’ dia nanti. Lagipun ada hal penting yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu.
“Aku nak balik dulu. Ada hal penting.”
Kata Hani lalu meninggalkan Natasya dan Hana yang masih lagi duduk memikirkan
perkara tersebut.
“Kak
Sarah ada surprise untuk Akma, tau?”
“Surprise
apa pulak ni? Bukannya birthday Akma pun.”
“Jom,
ikut Kak Sarah.” Ajak Kak Sarah.
Akma
mengikut Kak Sarah sambil kepalanya ligat berfikir apakah kejutan yang ingin
ditunjukkan kepadanya. Kak Sarah akhirnya berhenti di hadapan pintu depan
apartment sambil membuka tombol pintu. Tiba-tiba sahaja hati Akma
berdebar-debar. Dia merasakan perasaan itu seolah-olah ingin memberitahunya
sesuatu.
Akma
memanjangkan kepala untuk melihat apa yang ingin ditunjukkan oleh Kak Sarah.
Air mukanya berubah secara automatik apabila melihat kejutan yang berada di
hadapannya.
Patutlah
dia rasakan bagaikan ada sesuatu.
“Kenalkan,
housemate kita..”
Bukan
sahaja Akma seorang yang terkaku disitu, tetapi begitu juga orang yang berada
dihadapannya. Masing-masing memandang tepat ke dalam mata sesama sendiri,
seakan cuba untuk mempercayai perkara yang berada dihadapan mereka kini. Akma
mengelip-ngelipkan mata dan mencubit pipinya untuk memastikan dia bermimpi
tetapi orang dihadapannya masih lagi berdiri disitu tanpa berganjak sedikit
pun. Mungkin inilah kenyataannya.
“Hani..”
sebut Akma seolah berbisik, tetapi dapat ditangkap oleh Kak Sarah yang berada
di hadapan Akma ketika itu.
“Eh
korang berdua kenal ke?” tanyanya, ingin tahu.
Hani
cepat-cepat membalas pertanyaan Kak Sarah itu dengan wajah yang seolah ceria.
Umpama sangat gembira dengan pertemuannya dengan Akma. Tetapi dalam hati sudah
cukup sumpah seranah yang dikeluarkan.
“Kak
Sarah. Sapa kata tak kenal. Ini ex-roomate Hani dulu.”
Kali
ini giliran Kak Sarah pula kelihatan terperanjat. Nampaknya kini kedua-dua
bekas teman sebilik Akma duduk serumah pula! Kak Sarah tersenyum lebar. Ini
pasti menjanjikan sesuatu yang menarik ni. Banyak perkara yang boleh dikongsi
bersama.
“Biar
benar. Ini ex-roomate Akma ya. Wah..kita sama-sama kongsi rumah pulak ya!”
katanya gembira. “Buat apa tercegat lagi kat situ, Hani. Jomlah masuk!”
Akma
hanya mampu tersenyum pahit. Dia tidak menyangka akhirnya takdir menentukan
mereka berkongsi rumah pula walaupun itu merupakan perkara yang ingin
dielakkan. Lagipun, banyak peristiwa pahit yang masih kuat terpahat dalam
memori yang tidak memungkinkan untuk mereka berhubungan seperti dahulu.
Barang-barang
yang dibawa oleh Hani diangkut satu persatu masuk ke dalam bilik yang dibiarkan
kosong khas untuknya. Walaupun Kak Sarah merupakan ketua rumah, Hani yang
mendiami bilik paling besar. Ini adalah kerana dia mampu untuk membayar sewa
yang lebih tinggi daripada mereka berdua.
Perlakuan
Akma dan Hani sedari tadi menjadi tanda tanya pada Kak Sarah. Mereka
hanya membisu, tidak bercakap sepatah pun. Dia dapat merasai kedinginan yang
wujud antara mereka berdua. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
Mungkinkah ada sebabnya Hani keluar daripada terus duduk sebilik dengan Akma
suatu ketika dahulu? Adakah wujud permasalahan di antara mereka?
Kak
Sarah cuba untuk menceriakan suasana dengan mengajak mereka untuk keluar makan
malam bersama malam itu. Tetapi Hani menolak kerana menurutnya dia telah
berjanji untuk keluar bersama Suffian, menghabiskan separuh malam bersama
kekasih hatinya itu.
***
Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 12 malam, Akma masih tidak dapat melelapkan mata. Terlalu banyak perkara yang berlaku hari ini. Daripada pertemuannya dengan Natasya hinggalah ke ‘perjumpaan semula’ dirinya dengan Hani tidak putus berlegar-legar difikiran. Apakah makna semuanya ini? Adakah rencah hidupnya akan bertambah rumit selepas ini?
***
Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 12 malam, Akma masih tidak dapat melelapkan mata. Terlalu banyak perkara yang berlaku hari ini. Daripada pertemuannya dengan Natasya hinggalah ke ‘perjumpaan semula’ dirinya dengan Hani tidak putus berlegar-legar difikiran. Apakah makna semuanya ini? Adakah rencah hidupnya akan bertambah rumit selepas ini?
Hani
yang dulu merupakan teman baik kini sudah menjadi musuh utama. Dia sentiasa
mencari jalan untuk menyakitkan hati. Apakah salah aku? Tanya Akma sendirian.
Adakah sebab kecemerlangannya di dalam pelajaran menjadikan dirinya dibenci
begitu rupa? Itu yang pernah dikatakan oleh Hani dahulu. Dia tidak faham.
Adakah perkara itu mendatangkan masalah kepada sesiapa? Atau adakah perkara
lain yang membuatkan Hani membenci tetapi tidak diberitahu kepadanya?
Sejurus
kemudian, kata-kata Natasya pula datang bermain-main dikepalanya. Dia tahu
Natasya marah dengan perkara yang berlaku. Kalau dia berada di tempat Natasya,
mungkin juga dia akan dapat merasai perasaan yang serupa. Lebih baik sejak awal
lagi dia tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah tersebut. Kalau tidak pasti
semua ini tidak akan terjadi. Kalau tidak tentunya hidupnya kini mungkin akan
bebas daripada semua masalah.
Tetapi..Alangkah
bagusnya dia tidak melalui perkara ini lebih awal lagi. Alangkah bagusnya kalau
dia tidak penah bertemu dengan Anuar, melakukan banyak perkara bersamanya.
Memasuki pertandingan skating tempoh hari merupakan satu kesilapan. Kalau tidak
tentu dia tidak terjerumus dengan perkara yang melibatkan hati..
Akma
merenung telefon bimbit, masih was-was sama ada dia perlu menghubungi Anuar
ataupun tidak. Dia ingin mendapat penjelasan daripada Anuar tentang perkara
yang berlaku. Tetapi, fikirannya menegah daripada berbuat demikian.
Mata
Anuar sedari tadi mengerling ke arah telefon bimbitnya. Entah mengapa, hatinya
kuat mendesak untuk menghubungi Akma. Sejak pertemuan terakhir mereka di
gelanggang skating beberapa hari lalu, hampir setiap hari Anuar teringin untuk
menghubungi Akma. Mungkin sekadar untuk berbual-bual bertanyakan hal
masing-masing walaupun dia rasakan lebih dari itu. Tetapi entah mengapa,
ditahan sahaja kemahuan hati itu daripada terus membelenggu.
Anuar
tidak dapat bertahan lagi malam itu. Dia rasa tiada salahnya untuk bertanya
khabar. Bukankah mereka sudah berjanji untuk menjadi kawan baik. Salahkah kawan
baik saling menghubungi?
Belum
sempat telefon panggilan yang dibuat kepada Akma berdering untuk kali kedua,
pintu biliknya dibuka. Terjegil Suffian dimuka pintu. Riak wajahnya seakan-akan
gusar. Menahan marah pun ada. Anuar segera meletakkan telefon bimbit di atas
meja.
“Nuar,
aku ada benda nak cakap dengan kau.”
Suffian
bergerak menuju ke arah Anuar. Anuar dapat melihat Suffian sedang memegang
sesuatu. Dia cuba meneka apakah itu disebalik ekor matanya.
Suffian
cuba untuk kelihatan tenang, tetapi wajahnya yang merah padam itu tidak dapat
menutup gelodak yang melanda dirinya. Anuar dapat membaca sesuatu yang tidak
menyenangkan hasil daripada gerakan tubuh dan wajahnya itu.
“Ada
apa ko nak cakap dengan aku ni, Yan?” Tanya Anuar selembut mungkin. Mana tahu
dapat meredakan perasaan marah rakan baiknya itu.
Suffian
tidak menjawab pertanyaan Anuar. Dia hanya mencampakkan benda yang berada di
dalam pegangannya kepada Anuar dengan kasar.
“Explain..”
katanya dengan nada menahan marah.
Anuar
segera mengambil benda yang dicampakkan kepadanya lalu meneliti satu persatu.
Kini fahamlah Anuar dengan perkara yang membuatkan Suffian tidak tentu arah.
Anuar menarik nafas.
“Mana
ko dapat gambar ni?” tanya Anuar.
“Aku
rasa elok aku yang bertanya dan ko yang menjawab.” pintas Suffian. Dia tidak
mahu berteka-teki. Dia mahu jawapan secara terus. “This is a public issue you
know. Lambat laun semua orang akan nampak gambar ni. Am I right?”
“Betul.
Tak ada apa yang perlu disorokkan. Buat pengetahuan ko Yan, we win a competition.
Jadi duta..”
“Macam
mana ko boleh masuk contest ni for first time?” pintas Suffian lagi.
“It
is just a coincidence. Kenapa?”
“Are
you sure?”
“Of
course, Yan. What do you have in mind?”
“Aku
tak rasa it is just a competition. Aku rasa lebih daripada itu.”
“What
do you mean?”
“Tengok
gambar ni. Mesra semacam aje. Betul cakap aku?”
“Kenapa
Yan? Dia kan kawan aku. Takkan aku nak layan macam musuh? Apa masalah kau ni,
Yan?”
“Ko
yang bermasalah Nuar. Habis Natasya macam mana?”
“Apa
kena mengena dengan Natasya?”
“Nuar.
Boleh kau serius sikit tak? Ko tak reti nak jaga perasaan Natasya ke?”
“Please
stop, Yan. Kau tak tahu cerita jangan nak membuat kesimpulan..”
“Then,
tell me.”
“Kan
aku dah beritahu tadi.”
“Aku
tak percaya. Aku tahu Nuar. Cara kau layan dia tak sama dengan perempuan lain.
This must be something else.”
“Kau
pun tahu kan, aku bukannya jenis layan orang sesuka hati.”
“Jadi?
She is someone special, betul cakap aku?”
“Yes.
Dia kawan aku, Yan. You can say a best friend if you want..”
“Kalau
betul apa yang kau cakapkan, kenapa Natasya tidak diberitahu mengenai perkara
ni, Nuar? Explain dengan aku!”
Anuar
terdiam. Memang salahnya tidak memberitahu Natasya tentang perkara itu. Dia
sebenarnya cuba mencari masa yang sesuai untuk menerangkan perkara tersebut.
Tetapi dia tahu, kelewatan ini pasti akan memburukkan keadaan. Sekarang,
sudahpun terbukti.
“Aku
tak sangka kau macam ni. Kalau aku tahu perkara macam ni akan terjadi dahulu,
aku tak akan biarkan kau bersama Natasya. I should have make my move. Aku
pendam rasa hati aku sebab kau kawan baik aku. Aku tengok Natasya happy dengan
kau. Jadi aku putuskan untuk tidak menganggu hubungan kau dan Natasya. I am not
sure right now!” teriak Suffian. Dia tidak dapat membendung perasaan marahnya
yang terbuku tadi.
Anuar
membisu walaupun dia amat terperanjat dengan pengakuan yang dibuat oleh
Suffian. Dia cuba bertenang, memberi peluang kepada Suffian untuk meluahkan apa
yang tersimpan di dalam hatinya.
"And
I do love her still. Kalau kau still macam ni, I will start wooing her..”
Anuar
terbungkam. Jelas pada Anuar kini, Suffian menyimpan perasaan yang mendalam
terhadap Natasya. Dia tidak pernah menunjukkan rasa hatinya itu pada sesiapa.
Tiada siapa yang tahu. Tetapi apa yang Anuar pasti, Suffian memang sentiasa
mengambil berat terhadap Natasya. Apa sahaja masalah yang dihadapi Natasya, dia
akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Sangka Anuar, ia adalah kerana hubungan
baik antara mereka.
“Jadi
Anuar, tiada masalah bagi kau kan kalau aku mencuba, kan? Kau tak kisahkan?”
Tanya Suffian dengan kejap. Dia tidak mahu berganjak daripada keputusannya.
Mungkin kali ini dia lebih yakin untuk mencurahkan perasaan. “Aku akan
membahagiakan dia..”
Anuar
tidak menjawab. Fikirannya kusut memikirkan perkara tersebut. Dia tidak tahu bagaimana
untuk bereaksi.
Setelah
beberapa ketika suasana dingin, Anuar mula bersuara semula.
“Kau
tak fikir tentang Hani?”
Suffian
seakan-akan terganggu dengan pertanyaan itu. Tetapi dia tahu hatinya lebih pada
siapa.
“You
know me, Anuar. She is just a fling macam yang lain jugak. Hati aku cuma pada
Natasya.”
“Ko
jangan buat perangai macam ni, Yan? Cukuplah! Kau akan menghancurkan hati orang
lagi. Aku dah penat tengok hidup kau yang macam ni!” marah Anuar pula. Dia
sudah tidak dapat menahan diri daripada melihat melihat Suffian yang sering
menghancurkan perasaan orang lain. Sudah terlalu ramai yang terkena racunnya.
“Then,
tak sama dengan kau? Kau yang menghancurkan hati Tasya?” Suffian memulang paku
buah keras.
“Yan,
aku tak akan buat macam tu. Aku tak akan menghancurkan hati dia. You know me,
Yan!” Anuar mempertahankan dirinya. Dia masak dengan sikapnya sendiri.
“Mungkin
juga ko dah berubah. Manusia boleh berubah, Anuar. Mungkin hati kau dah
berubah.”
“Yan..”
“Untuk
pengetahuan kau Nuar, cinta aku masih kuat lagi pada Natasya. Tak ada siapa
yang dapat menggantikan dia dalam hati aku. No one! Jadi, aku dah ambil
keputusan ni. Aku tak akan teragak-agak lagi.”
Suffian
menghabiskan kata-katanya lalu menutup pintu dengan kuat. Anuar mengurut dahi
cuba untuk menelan apa yang diperkatakan oleh Suffian. Dia tidak tahu apa yang
perlu dilakukannya. Separuh daripada hatinya merasakan mungkin ada baiknya
Suffian diberikan peluang walaupun sebahagian lagi menyatakan sebaliknya.
Anuar
mencapai topi keledar dibalik pintu terus keluar daripada rumah. Dia perlu
menenangkan dirinya ketika ini. Dia perlu keluar dari rumah untuk berfikir
dengan lebih tenang.
Mike
yang memasang telinga sedari tadi hanya memandang kelibat Anuar melintas
dihadapannya. Kedua-dua rakan baiknya kini berada di dalam dilemma. Perlukah
dia campur tangan membantu mereka?
Dia
tahu Anuar orang yang bagaimana. Tidak mungkin dia sengaja untuk melukai hati
Natasya. Kalau Suffian, mungkin dia percaya. Mungkinkah Natasya merupakan
jawapan kepada perilakunya yang sebegitu? Adakah Suffian selama ini mencari
wanita yang dapat membuatkan dia lupa kepada Natasya? Adakah itu sebabnya dia
seringkali bertukar teman wanita? Mungkinkah Natasya yang dapat merubah hidup
Suffian?
Mike
menggaru kepala. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk membantu. Malas
untuk terus campur tangan, Mike lalu berbaring di atas sofa yang empuk seperti
selalunya sambil menonton siri kegemarannya.
***
Akma
meletakkan telefon dengan perlahan. Tidak disangka panggilan yang diterimanya
tadi rupanya cuba untuk memberitahunya sesuatu. Dia cuba untuk meletakkan
telefon tetapi nalurinya terus menekan supaya dia terus mendengar perbualan itu
hingga ke noktahnya.
Akma
keluar dari bilik dengan perlahan. Tergerak hatinya untuk melihat apa yang
sedang dilakukan oleh Hani ketika itu. Nasibnya baik kerana pintu bilik Hani
masih lagi terbuka. Hani sibuk mengemas bajunya yang masih lagi bertaburan di
atas katil queen size yang mungkin dibeli oleh Suffian..
Terngiang-ngiang
suara Suffian tadi.. Berulang-ulang..
“She
is just a fling..”
Sebab
dada Akma rasakan ketika itu. Walaupun Hani bukan rakan baiknya lagi, dia dapat
rasakan pedihnya hati sekiranya betul apa yang dimaksudkan oleh Suffian tadi.
Dia tahu Hani amat menyayangi Suffian. Lelaki itu merupakan orang yang
ditunggu-tunggu oleh Hani selama ini.
Akma
hanya berdiri dibalik dinding memerhatikan Hani dengan rasa sedih dihati. Dia
cuma dapat berdoa agar perkara itu dijauhi daripada terjadi…
Natasya
masih lagi mundar mandir disekeliling biliknya yang luas itu. Kadang-kadang dia
merebahkan badannya diatas katil besar yang terletak ditengah bilik. Fikirannya
masih kusut memikirkan segala yang berlaku hari ini. Dari perkhabaran yang
diterima mengenai keintiman hubungan Nuar dan Akma, juga berita daripada Norman
yang akan pulang menemuinya betul-betul membuatkan Tasya resah. Ingatan
terhadap kedua-dua perkara tersebut silih berganti membuatkan Natasya tidak
dapat melelapkan mata.
Lamunan
Natasya terganggu apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Natasya buat tidak
tahu sahaja. Malas hendak dia melayan orang lain. Tetapi apabila ketukan pintu
biliknya itu masih lagi kedengaran tanpa henti, dia lantas membukanya dengan
wajah yang masam bercampur marah.
“Ya,nak
apa bibik?” tanyanya dengan kasar apabila dilihatnya pembantu rumah Indonesia
yang dipanggil bibik berdiri di hadapannya. Dia mencekak pinggang. Wajahnya
menyinga.
“Ada
orang ingin ketemu ..di bawah, cik..” jawab Bibik tergagap sedikit akibat
disergah oleh Natasya.
“Siapa
dia? Tak reti dah pukul berapa ni? Saya takde mood nak jumpa sesiapa. Suruh dia
balik!” tegas Tasya seraya menutup pintu biliknya dengan kuat.
“Pak
Nuar kata namanya..” jawab Bibik dengan agak kuat supaya didengari oleh
Natasya. Dia tahu lelaki itu merupakan teman Natasya, yang pastinya istimewa.
Mendengar
sahaja nama itu, hati Natasya menjadi gelisah secara tiba-tiba. Dia seakan
tidak mampu untuk bersemuka dengan Anuar ketika ini. Perasaan marah, benci dan
sedih silih berganti sehinggakan dia tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai.
Natasya mengarahkan bibik agar berlalu dari biliknya.
Setelah
10 minit berlalu, akhirnya Natasya membuat keputusan untuk berhadapan dengan
Anuar. Dia lantas turun ke ruang tamu dan membuka pintu.
Kelihatan
Anuar sudah menanti dihalaman rumah. Dia kelihatan tenang.
“What
do you want? You know what is the time now? Almost 1 a.m.” tanya Tasya dengan
kejap apabila dia keluar sahaja daripada pintu rumahnya. Perasaan marah mulai
muncul tatkala melihat wajah Anuar. Entah mengapa wajah itu mengingatkannya
pada Akma, orang yang paling dibencinya.
Tindakan
Natasya itu tidak memeranjatkan Nuar. Dia sudah masak dengan sikap Natasya.
Sudah lama dia mengenali gadis itu. Perkara yang berlaku sesungguhnya telah
menaikkan api kemarahan di hati Natasya.
“What
are you doing here?” tanya Tasya lagi. “Tak tau nak jawab soalan?” Nadanya mula
meninggi.
“We
need to talk,” jawab Anuar perlahan sambil menarik keluar kerusi di ruangan
laman rumah untuk Natasya duduk. “Anuar minta maaf sebab ganggu Tasya malam2
ni.” sambungnya lagi. “But I need to see U soonest possible.”
Kerusi
yang ditarik oleh Anuar tadi ditolak semula ke bawah meja. “Anuar nak cakap
pasal apa? Tak tahu ke orang nak tidur? Atau datang ni nak sakitkan hati Tasya
lagi? Tak cukup lagi dengan apa yang Nuar dah buat?!” bentak Natasya. Dia berdiri
sambil mencekak pinggang.
Anuar
tidak membalas kata-kata Natasya. Dia hanya membisu. Cuba mencari ayat pembuka
untuk berbicara.
“Do
you like her?” tanya Natasyas ambil memandang tepat ke wajah Anuar. “Do you
like Akma?”
Soalan
itu tidak dijawab oleh Anuar.
“Nuar
datang nak minta maaf tentang beberapa perkara. I know I shouldn’t do something
like that..something that might trigger your anger..” terang Anuar. "I
should tell you sooner..."
“Huh?”
keluh Tasya. “This is serious, Nuar. Apa yang buat U sorokkan perkara ini
daripada I? Mana Nuar yang I kenal? Lelaki yang sentiasa berterus-terang dan
amat susah untuk membuka hatinya pada orang lain even to me before? Orang yang
amat keras hati dan tegas pendiriannya. I pun pelik la Nuar..apa yang that
woman ada hingga senang2 aje U buat I macam ni? Serius I cakap, she is not your
and my standard. So tell me Nuar what is sooo special about her? ”
Anuar
segera berdepan dengan Natasyadan memegang bahunya, cuba menenangkan walaupun
jiwanya berkocak apabila Akma diperkatakan sebegitu rupa.
“She
has her own unique quality, ok? Don’t judge before knowing people inside,” Nuar
mengingatkan. “But Tasya..I datang ni bukan nak bercerita tentang Akma. Tolong
bagi I explain dulu..”
“Tak
payah Nuar. I dah boring!” pintas Natasya. “U kept telling me that U care for
me..U won’t do anything to ruin our relationship..tapi dah lama rasanya I tak
dengar that 3 words coming through your mounth!”
“I..”
Anuar terkedu.
“Why?
Say it know!”
Pegangan
bahu Natasya dilepaskan perlahan. Anuar mengeluh. Sejak Natasya meninggakan dia
dahulu, perasaan Nuar seakan-akan turut berubah. Rasa sayang dan cinta yang
pernah dikongsi dengan Natasya seolah-olah sudah pudar, walaupun masih ada
sisanya. Dia cuba untuk mewujudkan perasaan yang pernah dirasainya dahulu
tetapi masih gagal. Ia seolah-olah terhalang oleh sesuatu.
“Do
not stress yourself, Tasya. U know that!” kata Anuar cuba menenangkan semula
Natasya.
“Tak
habis-habis dengan stress! U takut I stress? Then kenapa buat I stress?” pekik
Natasya.
“Ok.
U know stress tak baik untuk kesihatan U. Do let me explain first,” beritahu
Nuar lembut tetapi keras. Natasya langsung tidak mahu memberi laluan padanya
untuk bersuara.
“Kalau
sebab kesihatan I lah U nak jaga hati I, then leave it Nuar. Semua tu penipuan
yang I buat untuk mengaburi mata U. I am not sick, and yes Norman is my fiancée
as I told you before. No need to feel sorry for me anymore. Let’s end it here.”
Wajah
Anuar terus berubah apabila selesai sahaja Natasya mengungkap kata-kata itu.
Adakah benar apa yang didengarinya?
“What
did you say, Tasya?” Tanya Anuar sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
Natasya
lantas masuk ke rumah dan menutup pintu dengan kuatnya. Dia bersandar di tepi
pintu, cuba mencari punca, mula menyesali tindakannya tadi. Entah bagaimana
rahsia yang disimpannya selama ini boleh diluahkan begitu sahaja. Walaupun
tertekan, dia tidak sepatutnya menghamburkan semuanya kerana dia tahu kenyataan
itu tidak dapat ditarik balik.
Kenapa
begitu? How should I say that? He is the one I want to be with!
Dia
berkira untuk keluar dan bersemuka dengan Nuar semula untuk menerangkan tujuan
dia berbuat demikian.Tetapi belum sempat dia membuka pintu, deruman enjin
motorsikal Nuar sudah pun pergi meninggalkan halaman rumahnya. Semakin
menjauh..
Sesalan
demi sesalan terus membelenggu. Dia tahu Nuar tidak akan memaafkan
perbuatannya. Memang melampaui batas, tetapi itu sahaja pilihan yang dia ada
ketika itu.
“Yan..please
help me..” keluhnya.