Kau Aku dan Dia 5

Prof Siti membelek-belek hasil tugasan yang baru diterimanya di atas meja. Dia membaca isi kandungan di dalamnya dengan begitu serius sekali. Excellent effort, sesekali dia berbisik di dalam hati. Ini yang selalu dinantikannya dalam hasil kerja anak didiknya. Think wisely and project it professionally.
        Prof Siti tersenyum sendirian bila dia melihat nama yang tertera pada tugasan tersebut. Akma Najwa antara pelajarnya yang paling cemerlang. Belum pernah lagi Akma mengecewakannya dalam setiap tugasan yang diberikan. Malahan, semakin hari hasilnya semakin membanggakan dan matang. Dia bersyukur kerana dapat menjadi pengajar kepada Akma.
        Tidak senang rasanya kalau tidak memberi markah yang baik kepada tugasan tersebut. Walaupun Akma lewat menghantarnya, tetapi dia masih mampu menghasilkan hasil kerja yang baik malahan lebih baik daripada segelintir pelajar-pelajar yang lain. Prof Siti meletakkan Assignment Akma baik-baik di dalam lacinya untuk diberi markah nanti. Dia telah siap menolak 8 markah kepada Akma akibat kelewatannya menghantar selama 4 hari.
* *
            Akma berasa lega kerana telah dengan selamatnya menghantar assignment di tangan Profesor Siti. Dia bersyukur Prof Siti tidak menolak walaupun nampak seperti berbolak balik. Akma berasa yakin tugasannya akan diterima. Malahan dia merasakan dia telah melakukan tugasan keduanya ini dengan lebih baik daripada yang pertama dahulu.
            Akma merenung jam pada telefon bimbitnya. Telah hampir pukul 11.00 pagi. Mengikut perjanjian dengan Anuar semalam, dia perlu berada di perkarangan perpustakaan tepat jam 11.00 pagi. Akma segera memandu motorsikal modenasnya laju menuju ke perpustakaan. Setibanya dia disana, jam sudahpun menujukkan 11.02 pagi. Dia terlewat sedikit. Dia berdoa agar Anuar belum tiba lagi.
            Setelah sampai ke tempat yang dijanjikan, Anuar telahpun menunggunya. Akma mula terasa sejuk, takut-takut Anuar akan memarahi kerana kelewatannya.
            “Assalamualaikum..dah lama .. erm lama tunggu?” tanya Akma tersekat-sekat. Anuar tidak tersenyum cuma memandang tajam ke arah Akma.
            Akma tersenyum pahit. “So, boleh kita mula perbincangan?” tanya Akma lagi.
            Anuar lantas masuk ke dalam perpustakaan sambil diekori Akma. Mereka duduk di meja hujung sekali di tingkat dua kerana tempat itu berdekatan dengan buku-buku yang bakal mereka cari sebagai rujukan.
            “Ok. Kita mula mencari buku?” Akma memberi cadangan. Anuar mengangguk. Dia bangun dari tempat duduk dan mula mencari buku di sebelah kanan. Akma pula mencari buku di rak sebelah kiri. Satu persatu biji buku diselaknya. Setelah berpuas hati, Akma duduk semula dengan tiga buah buku ditangannya.
            Anuar pula telah dapat sebuah buku yang tebal, dua kali lebih tebal daripada buku yang di bawa oleh Akma.
        “Ini dia buku yang paling lengkap yang saya jumpa,” terang Anuar sambil menyerahkannya kepada Akma. Akma menyelak helaian buku tersebut dan mengangguk.
        “Haah.. terperinci penerangannya..” katanya sambil matanya meliar membaca kandungan buku tersebut.
            “Saya rasa, potongan akhbar pun perlu untuk mengukuhkan huraian kita nanti,” jelas Anuar lagi. Akma mengangguk lagi. Bersetuju sahaja dengan cadangan Anuar.
        “Ok..saya pergi cari maklumat lain melalui akhbar, so awak susun maklumat daripada buku ini?” arah Anuar pula. Akma menunjukkan isyarat tangan bagus sambil tersenyum. Dia mula mencari maklumat-maklumat penting sementara Anuar ke tingkat satu untuk mencari akhbar dalam komputer.
Sedang sibuk menyusun maklumat, Akma mendapat satu idea untuk memperkukuhkan presentation mereka nanti. Dia menulis ideanya itu di buku notanya supaya tidak terlupa untuk memaklumkan kepada Anuar.
Setelah dapat apa yang dicari-cari, Akma membawa buku-buku tersebut ke mesin fotostat perpustakaan. Dia memasukkan kad sebagai pengenalan dan memfotostat kandungan yang telah dipilih.
Sedang dia leka dengan kerjanya itu, tiba-tiba ada orang menggoncang bahunya. “Cik Akma?” Seseorang menegurnya. Akma menoleh untuk melihat siapakah tuan punya suara. Kelihatan seorang gadis comel sedang berdiri di tepinya.
“Ya? Ada apa?” Akma bertanya. Pelik.
“Kakak ni girlfriend Anuar ke?” tanya gadis itu. Dia tersenyum-senyum seolah-olah mengejek Akma. Akma melihat sahaja muka gadis itu tanpa bergerak. Dia terkaku seketika dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. “Kenapa tanya macam tu?” soal Akma pula.
Gadis itu tersenyum lagi. “Harap-harap bukanlah. Tak sesuai!” katanya sambil berlari meninggalkan Akma. Pada masa yang sama Anuar datang dan berdiri di hadapan Akma. Dia nampak kelibat gadis tadi.
“Siapa tadi?” ekor mata Anuar masih mengekori gadis comel itu.
“Entah.”
“Apa yang dia nak?”
            Akma mula hendak tergelak bila teringatkan soalan budak perempuan tadi. Dia meraup mukanya menahan gelak yang semakin kuat itu. Dia cuba menahan agar tidak ketawa terlalu kuat kerana tidak mahu menganggu orang disekitar mereka. Lagipun, inikan perpustakaan.
            “Kenapa ketawa pulak?” soal Anuar lagi serius.
            “Ada ke dia kata saya girlfriend awak. Peminat awaklah tu!” lantas sahaja Akma menjawab pertanyaan Anuar. Dia masih lagi menahan ketawanya yang belum habis.
            “Apa awak jawab?” Serius sahaja mukanya itu. Susah benar hendak melihat jejaka dihadapannya ini ketawa ataupun tersenyum.
            “Saya tak jawab apa-apa, cuma dia kata tak sesuai!” kata Akma. Kali ini dia telah dapat mengawal ketawanya. Tidak semena-mena, Anuar terus menuju ke tempat duduk gadis comel tadi. Terperanjat Akma dengan perlakuan Anuar itu. Dia lantas mengekori Anuar, takut-takut kalau Anuar akan memarahi budak perempuan itu pula.
            Perempuan tadi mula rasa serba salah bila melihatkan Anuar datang kepadanya.   Cepat sahaja dia dan rakannya menyusun bukunya dan ingin berlari keluar dari situ. Tetapi Anuar sudahpun terlebih dahulu sampai ke situ.
            “Kamu tanya apa tadi?” dia menyoalnya. Budak tersebut termangu, diam tidak bersuara. Akma menarik lengan baju Anuar, mengarahkan agar Anuar balik menyambung diskusi. Tetapi Anuar masih tidak berganjak.
            “Memang dia girfriend saya. Ada apa-apa masalah?” tersembur kata-kata itu dari mulutnya. Merah muka Akma bila mendengarnya. Telinganya panas. Hendak sahaja Akma berlari dari situ sambil menutup mukanya. Malu dengan pengakuan yang entah benar atau tidak dari mulut Anuar.
        Gadis comel menggelengkan kepala. “Tak adalah. Saja nak tahu,” ujarnya lagi. Mereka lantas keluar dari perpustakaan dengan tergesa-gesa , masih terperanjat dengan kata-kata Anuar tadi.
            Pulang semula ke tempat duduk, masing-masing tidak bersuara. Sesekali Akma terfikir, betulkah dengan apa yang dikatakan oleh Anuar itu? Kalau betul apa sebabnya? Iskk..tolonglah jangan. Eh...takkan kot. Akma hanya termenung memikirkan perkara itu. Lama juga. Matanya hanya tertumpu pada buku, tanpa berbuat apa-apa. Seperti patung lagaknya.
            “Hello! Tak salin maklumat ke?” tanya Anuar apabila sedari tadi dia melihat Akma hanya termenung tanpa lepas memandang buku rujukan. Dia memetik-metik jarinya di hadapan Akma yang masih lagi tidak sedar akan panggilannya.
        “Hai.......menung nampak? Tak nak sambung keje ke?” kata Anuar kuat. Tersentak Akma tika itu juga. Dia mengambil pen yang terjatuh dan terus menyalin maklumat semula. Anuar tersenyum mengejek. “Awak tengah fikir apa yang saya cakap tadi ke?” usiknya lagi. Suka juga Anuar menyakat orang.
            Akma tunduk. Macam mana Anuar boleh tahu apa yang bermain difikirannya?
            “Eh tak adalah. Saya tengah fikir idea lain ni,” Akma menyelak kembali apa yang ditulisnya tadi cuba mengelak daripada hal itu terus diperkatakan.
“Eh sudahlah. Tak macam berfikir pun. Macam termenung ada. Kalau saya tak cakap macam tu tadi tentu banyak spekulasi lagi kan? Dah cakap macam tu habis cerita, tak adalah diorang nak bising-bising lagi,” jelas Anuar. Ada benarnya kata-kata dia tu.
            “So..saya dah ambil maklumat dalam paper walaupun tak banyak,” Anuar menyerahkan disket pada Akma. Akma mengambilnya dan meletakkan dalam poketnya.
            Kemudian Akma terikir berkenaan dengan ideanya tadi. Dia terus mengemukakan kepada Anuar.
        “Apa kata kalau kita menemuramah orang awam berkenaan perkara ini? Kita temuramah mengikut peringkat usia dan taraf ekonomi masing-masing dan lihat apa perbezaan pendapat mereka?” cadang Akma.
            Berkerut seketika muka Anuar, cuba menganalisis cadangan Akma tadi. Nampaknya seperti bersetuju.
        “Bagus cadangan awak tu..tapi ini dah kira banyak kerja ni,” kata Anuar. Dia mengetuk-ngetuk meja. “Oklah..esok kita keluar interview,” tambahnya lagi.
            Mereka menghabiskan masa selama 3 jam di library. Anuar berasa sungguh senang bekerja dengan Akma. Akma fokus kepada kerjanya. Tidak terlintas di kepala gadis ini untuk melewati batasan itu. Anuar dapat menafsirkan yang Akma sentiasa mahu lakukan yang terbaik dalam apa juga perkara yang dilaksanakan. Malahan dia yang selama ini mengelak daripada perempuan, menjadi lebih terbuka bila bersama dengan Akma. Malahan dia jadi seronok apabila dapat mengusik Akma kerana Akma selalu akan mengelak daripada menyampaikan apa yang dirasainya secara terbuka apabila diusik begitu.
            Sesekali Akma merenung Anuar. Akma juga dapat menangkis pendapat buruknya terhadap Anuar apabila sudah mula mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidaklah sombong dan dingin seperti yang biasa dilihat. Walaupun wajahnya kelihatan serius, tetapi sifat sebenarnya tersembunyi disebalik wajah itu.
            Akma mengeluarkan telefon bimbit Nokianya. Dia terfikir untuk mengambil contact number Anuar supaya senang mereka berhubung. “Apa nombor handphone awak? Senang sikit nak berhubung esok,” Jari jemari Akma sudah mula bermain-main di keypad handphone.
            Anuar tersenyum 'evil' lagi. Bertambah tampan rupanya apabila tersenyum begitu, kata Akma didalam hati. Telefon dalam genggaman Akma diambilnya, lalu dia menekan nombor telefon bimbitnya dan membuat panggilan. Serentak dengan itu telefon bimbitnya bergetar. Terpampang nombor Akma pada handset.
            Anuar menyimpan nombor tersebut. “So..macam mana dengan aktiviti kita esok?”
*        *        *

        
            Puas sudah Akma menunggu Anuar. Hampir sejam rasanya dia mundar mandir di pondok berehat di tol Sungai Besi. Kehangatan pagi sudah mula terasa. Sesekali dia mengibas mukanya dengan kain tudungnya.
            Dia meneliti handset. Sudah pukul 9.45 pagi. Batang hidung Anuar masih belum nampak lagi. Janji pukul 9, tapi tak sampai-sampai lagi, sungut Akma. Akma mula resah. Dia bimbang program hari ini akan tergendala kerana kelewatan ini. Setelah lama berfikir, Akma membuat keputusan untuk membuat panggilan. Lama juga telefon itu berdering sebelum diangkat.
            “Heloo..” Kedengaran suara Anuar dihujung talian. Dengar sahaja Akma sudah tahu dia baru sahaja bangun dari tidur. Anuar menguap sambil menggeliatkan badannya.
            “Encik Anuar...Akma ni. Dah pukul berapa skang?” tanya Akma dengan suara yang agak tinggi. Siapa tidak berderau. Mati-matian semalam memberi amaran supaya  jangan terlewat. Alih-alih dia sendiri yang bangun lambat.
            “Siapa tepon pagi-pagi buta ni?”
        “Eh...pagi buta apa ni? Dah dekat pukul 10 dah ni. Awak ingat tak plan kita semalam?” marah Akma, tidak dapat ditahan lagi.
            “Huh..sapa ini?” tanya Anuar, macam orang bodoh sahaja bagi Akma, atau sengaja buat-buat tak kenal?
            “Tan Sri Anuar!!! Bangun!! Kita ada kerja nak buat ni!” jerit Akma lagi. Lantaklah orang sekeliling hendak kata apa. Biar tersedar sikit bila dipekik sebegitu.
            Anuar yang masih mamai tadi, terus tersedar. Matanya yang layu mula terbuka luas. Dia segera melihat jam di atas meja. Sudah pukul 9.50 pagi. Dia sudah terlambat. Patutlah Akma naik darah.
            “Ok ok...sekejap lagi saya sampai,” kata Anuar terus meletakkan telefon.
            Akma mengeluh. Berapa lama lagi aku perlu tunggu ni? Dia mencampakkan telefon bimbitnya di dalam bakul motornya. Marahnya masih bersisa. Terus tekaknya terasa perit. Akma mengeluarkan duit syiling daripada dompetnya dan membeli air di vending machine berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Lama kelamaan sejuk juga hatinya itu.
            Anuar bergegas mandi. Matanya sudah celik akibat disergah Akma. Dia mengenakan t-shirt tidak berkolar dan menyarung jaket kulit yang biasa dipakainya. Rambutnya yang agak panjang dan lurus itu disikat rapi. Dia menyelongkar almari untuk mendapatkan camcoder.
            Apabila keluar dari bilik dia dapat melihat Mike yang masih lagi terbongkang di atas karpet dengan tv yang masih dibuka. Itu memang dah jadi lumrah buat Mike. Selalu tertidur didepan televisyen kerana pengaruh kuat Astro. Anuar menggelengkan kepala lantas menutupnya. Dia menyarungkan kasut camel, menghidupkan enjin motor Aprilianya dan memandu dengan lajunya ke tempat yang dijanjikan. Tidak mahu Akma menunggu lebih lama.
        Tepat jam 10.15 pagi, dia pun tiba. Anuar dapat melihat Akma yang berwajah masam itu merenungnya.
            “Saya lambat,” kata Anuar.
            Akma menjeling tajam. Bukan nak meminta maaf pun. “Masa saya call awak tidur lagi ya?”
            “Dah bangun dah la,” cebik Nuar.
            “Dengar suara pun dah tau...” perli Akma sambil menghabiskan minumannya.
            Anuar buat tak tahu sahaja. Dia memandang ke atas, kiri dan kanan seolah-olah tidak mendengar kata-kata Akma. Geram sahaja Akma melihat kelakuannya itu. Nak mengejek aku lah tu, desis hatinya.
            “Jom bergerak. Dah lambat ni,” Akma mengenakan topi keledar dan menghidupkan enjin. Anuar bergerak dahulu lalu diikuti Akma kerana Akma masih tidak biasa berjalan di sekitar KL. Seperti yang dijangka, Anuar meninggalkan Akma jauh ke belakang sehinggakan Akma terpaksa melajukan motosikalnya mengikut rentak Anuar.
            Destinasi pertama yang mereka tuju ialah disekolah-sekolah. Walaupun hari bercuti, masih ada guru-guru ada datang untuk tujuan ko-q. Sempat jugalah Akma dan Anuar menemuramah mereka. Tidak terkecuali anak-anak murid yang turut menjadi mangsa mereka. Terkadang Anuar akan merakamkan temuramah mereka itu di dalam camcordernya. Akma yang memang tidak pernah menggunakan kamera video, turut diajar cara penggunaannya.
            “Ha..kalau nak rakam picit button ni..yg ni kalau nak fokus,” Anuar mengajar Akma. Terkial-kial juga Akma hendak menggunakan kamera video tersebut. Bila sudah mula pandai, giliran Akma pula merakam.
            Setelah ke sekolah, mereka ke taman rekreasi pula kerana target mereka ingin menemuramah  muda-mudi yang ramai duduk berdating disitu.
        “Boleh saya dapatkan pandangan kamu..boleh tahu nama?” tanya Akma pada sepasang muda-mudi yang sedang berehat tidak jauh dari mereka. Si perempuan seperti tidak senang ditemuramah, sesekali memalingkan mukanya daripada dirakam sedangkan yang lelaki memberi respon yang amat positif.
            “Kamil nama saya. Nak tanya apa tadi?”
            “Apa pendapat saudara Kamil ttg pengaruh televisyen sekarang terutama sekali pada remaja?” Tanya Akma. Anuar sibuk memfokus perbualan mereka.
         “Tu la pasal. Tengok je kami berdua ni. Pengaruh tv jugaklah ni. Tiap-tiap hari dating, kengkadang tu ada gak la...toot....dipotong lembaga penapis filem..hahahahah” gelak Kamil. Dia membuat lawak. Semua jawapan yang diberikan memang menggelikan hati. Akma yang tidak tertahan dengan lawaknya itu, tertawa sampai mengeluarkan air mata. Dia lantas membuka cermin matanya menyapu air mata yang mengalir sambil terus menahan ketawa.
            Anuar yang merakam perbualan mereka, turut ketawa. Tetapi sekejap sahaja. Lensa video kameranya tidak lagi merakam pasangan tadi, sebaliknya tertumpu kepada Akma yang masih lagi bertanya dan tertawa. Manisnya senyuman itu, bisik hatinya. The sweetest smile I ever seen. Dia terus merakam Akma tanpa disedari.
            “Ok terima kasih!” Akma menjabat tangan pasangan Kamil, Hasnah. Hasnah cepat berlalu sambil mengheret Kamil untuk beredar dari situ. Akma menuju ke arah Anuar.
            “Macam mana. Ok?” tanya Akma sambil memakai semula cermin matanya. Anuar terus mematikan camcoder sedangkan tadi dia leka menangkap senyuman dan ketawa Akma.
            Akma dapat melihat peluh yang mengalir dari dahi Anuar. Sesekali Anuar mengelap peluh dengan tangannya. Lantas Akma mengeluarkan beberapa keping tisu daripada begnya. “Nah..lap peluh awak,” katanya sambil menyerahkan tisu tersebut pada Anuar. Memang panas cuaca hari ini.
Mereka kembali semua ke motsikal masing-masing. Anuar menghidupkan enjin motornya. “Cukuplah kat sini. Kita gi KLCC, last venue,” terangnya.
            Mereka pun terus menuju ke KLCC. Setelah tiba di KLCC, perut masing-masing sudahpun merasa lapar. Anuar mengajak Akma untuk menjamu selera di salah sebuah restoran Thai yang terdapat di tingkat atas KLCC. Anuar memilih kedudukan meja berdekatan dengan tingkap supaya mereka dapat melihat suasana diluar restoran.
            “Mahalnya makanan kat sini!” kata Akma apabila melihat senarai harga makanan pada menu yang disediakan. Dia berasa serba salah hendak makan disitu.
            “Mana mahal sangat. Restoran Jepun kat sebelah lagi mahal,” kata Anuar dan terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.
        “Biasanya harga nasi paling mahal pun seringgit,” komen Akma lagi. “Ini dah hampir lima ringgit. Mana nak cekau duit?” Banyak lagi yang boleh dibelinya dengan harga yang sebegitu.
            “No complain, bukan awak bayar pun,” kata Anuar pula. Tambahnya lagi, “So order apa yang nak makan.”
            “Awak nak belanja ke? Isk hari tu dah belanja saya nasi goreng,”tambahnya lagi.
            “Kan saya dah kata no complain. Mengomel tak habis-habis. Pesan aje. Saya ada duit nak bayar,” tegas Anuar. Dia tidak suka orang mempertikai apa yang dilakukannya dan apa yang diputuskannya.
            Akma meneliti senarai makanan yang ada. Semua harga untuk seorang makan pun dah lebih sepuluh ringgit. Cekik darah sungguh.
            “Anuar, awak orderlah apa yang patut. Saya makan aje,” kata Akma.
            “Ok. Kalau macam tu saya order. Jangan tak makan pulak,” jelas Anuar.
            Anuar memesan dua pinggan nasi, sayur kailan ikan masin, udang tempura, ikan tiga rasa dan ayam kari ala thai. Terbeliak juga Akma bila Anuar memesan begitu banyak makanan. Dia tidak pasti sama ada dia boleh menghabiskan makanan tersebut. Minuman pula dia memesan fresh longan sementara Akma memilih fresh carrot bercampur epal yang merupakan kegemarannya.
            “So, lepas ni apa aktiviti kita?” tanya Anuar sambil memeluk tubuhnya. Suasana di restoran itu agak sejuk. Nasib baiklah mereka berdua memakai pakaian yang tebal.
            “Saya nak rakam pemandangan di dalam KLCC. Kemudian cari sesiapa lagi yang kita ingin temuramah, kali ini golongan berada sikit,” terang Akma. “Ke takyah interview dah. Awak kan ada depan mata,” kata Akma mengajuk lagi sambil tersenyum.
            Anuar membalas senyuman. “Interviewlah.. apa nak tanya?”
            “Ok.” Akma memasang camcorder dan difokuskan kepada muka Anuar yang masih tersenyum sumbing. Sejak akhir-akhir dia mudah tersenyum pulak.
“Apa perasaan saudara Anuar tentang pengaruh fesyen dari Jepun dan Barat?”
Ehm... Anuar buat-buat batuk kecil. Apa punya soalan, bisiknya.
            “Fesyen ye..? Kalau muda mudi..itu bermakna penerimaan..erm”
            Belum sempat Anuar menghabiskan jawapannya, makanan yang mereka pesan pun tiba. Nampaknya sedap, lagipun masih panas.
            “Nampak sedap,” kata Anuar tidak sabar-sabar mengambil sudu dan garfu disebelahnya. Akma menutup kamera video tadi dan meletakkannya di tepi meja.
        Mereka mula makan. Anuar makan dengan begitu cepat sekali. Dia kelihatan begitu lapar. Entah-entah tak makan pagi tadi. Yelah, aku telefon dia baru bangun daripada tidur.
            Akma makan sedikit sahaja. Lagipun lauk yang dihidangkan banyak sehinggakan sebu perut Akma rasakan untuk menghabiskan makanan. Tetapi dia bersyukur juga kerana makanan itu dapat dihabiskan juga dan sedap. Walaupun mahal, tetapi berbaloi.
            “Anuar. Jom gi solat,” kata Akma setelah Anuar membayar harga makanan. Agak lewat juga untuk menunaikan kewajipan. Anuar tegamam seketika tetapi kemudian mengangguk.
Setelah tiba di surau Akma meyerahkan kamera video kepunyaan Anuar kepadanya. “Saya solat dulu. Nanti giliran awak pula, camcorder ni kena jaga takut hilang. Mahal pulak tu,” kata Akma bersoloroh. Anuar diam sahaja. Dia bersandar di tepi dinding, menunggu Akma selesai solat.
15 minit kemudian Akma keluar. Anuar sudah resah menunggu. Dia mundar mandir dihadapan surau beberapa kali. Kelihatan beberapa orang gadis tersenyum-senyum melihat Anuar. Macam nak mengorat sahaja. Akma menggelengkan kepala. Maklumlah orang handsome, sesiapa yang pandang pun akan terpikat.
“Dah..giliran awak.” Kata Akma sambil tangannya mengambil kamera dari tangan Anuar.

“Apsal lama sangat?”
“Aik..15 minit bukannya lama. Saya tunggu awak tadi lebih sejam tau?” sound Akma.
“Apa-apalah.” Dia pun masuk ke dalam surau. Gadis yang duduk berdekatan Anuar tadi mula buat muka tidak puas hati bila melihat Anuar dan Akma saling mengenali dan berbual. Melepaslah mereka nak tackle jejaka handsome.
Akma dapat mendengar bisikan mereka.
“Isk..awek dia ke? Tak sesuai langsung, tak padan,” kata salah seorang daripada mereka. Dua orang lagi rakan mereka mengangguk tanda setuju.
Geram juga Akma mendengar komen tersebut. Sengaja dia datang ke arah mereka dan duduk bersebelahan.
“Tengah bisik apa tu?” tanyanya sambil mengangkat kepala. Ketiga-tiga gadis itu menjeling tajam pada Akma dan terus berlalu dari situ.
Akma mengeluh. Teruk sangat ke rupa aku ni. Selalu sahaja jadi bahan ejekan orang bila sahaja mereka lihat aku bersama dengan Anuar. Anuar memang tampan, memang jadi pujaan sesiapa sahaja yang memandangnya. Itu memang aku tak nafikan. Bagaimana dengan aku? Aku akui kebenarannya. Pertama kali memandangnya pun aku terpegun. Jatuh cinta? Siapalah aku nak jatuh cinta dengan orang sebegini. Jadi bahan ketawa adalah. Jadi, biar aku buat tak tahu sahaja.
5 minit kemudian Anuar keluar. Kesan air sembahyang masih berbaki di rambutnya.
“Jom..” ajaknya berlalu.
Mereka pun memulakan tugas merakam suasana KLCC dan ragam orang di dalamnya. Ramai juga yang mereka interview, sehingga lenguh kaki mereka kerana mengejar dan memilih orang untuk diwawancara. Kelakar pun ada bila ada yang lari dari mereka kerana mengelak daripada ditemuramah. Seronok dapat melihat pelbagai ragam manusia. Dia yang sentiasa sibuk study dan jarang keluar, merasakan satu kepuasan apabila sesekali dapat merasa suasana KL dan ragam manusianya.
“Ok..kali ini last person to catch,” kata Anuar pada Akma sambil meneguk air mineral yang baru dibeli. “Letih juga ya?” katanya lagi. Akma mengangguk.
“So..saya cari mangsa kita yang terakhir!” kata Akma sambil berjalan di celahan orang ramai. Anuar mengekori.
Akma terpandang sorang wanita muda didepannya. Dari segi pemakaian, nampak seperti orang berada. Dia menegur wanita tersebut.
“Hai..saya Akma. Sudi tak kalau nak diinterview? Untuk projek U saya,” kata Akma. Wanita itu mula-mula seperti teragak-agak, akhirnya bersetuju apabila diyakinkan oleh Akma.
 “Awak…roll on the camera,” Akma melaung kepada Anuar.
Anuar mula memfokus kepada gadis muda tadi. Akma mula bertanya soalan.
“Hmm…fesyen ya?” tanya gadis itu. Anuar terus merakam.
“Natasya..there you are!” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang pekat accent Australianya. Lelaki tersebut memegang tangan gadis tadi sambil mengucupnya.
Anuar terhenti seketika apabila terdengar nama Natasya disebutkan. Dia meneliti gadis tersebut semula. Tadi dia cuma melihat sepintas lalu sahaja.
“Hi, I am in the middle of interview,” kata Natasya gembira.
Mereka berpegangan tangan. Anuar memandang gadis itu tanpa berkedip. Luka yang baru sahaja sembuh berdarah kembali. Hatinya bagaikan disiat-siat apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Natasya terhadap lelaki Australia itu. Akma dapat melihat riak perubahan pada wajah Anuar yang tadi kelihatan ceria, tetapi kini serius. Terus menjadi tanda tanya pada Akma.
“Anuar? Is that you?” tanya Natasya.
Anuar diam sahaja tidak bersuara. Mukanya yang serius itu menakutkan Akma. Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah mereka berdua saling mengenali?
Natasya lantas bergerak ke arah Anuar sambil memimpin lelaki Australia tersebut. Berderau darah Anuar melihatnya.
“Anuar, this is my fiancee, Norman. Norman, this is my friend, Anuar,” Natasya memperkenalkan mereka berdua. Norman menghulurkan tangan untuk bersalaman. Anuar hanya melihat tangan itu tanpa menyambutnya. Nampak wajah bengisnya itu keluar. Tiba-tiba dia mengangkat mukanya.
Anuar bergerak ke arah Akma dan mengheretnya ke depan mereka berdua. Akma terpaksa mengikut.
“Lupa pulak Natasya. This is my fiancee too, Akma,” kata Anuar pula.
Terjegil biji mata Akma bila Anuar berkata begitu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang Anuar lakukan. Berdegup laju jantungnya. Apa semua ini? Kenapa aku pula menjadi mangsa keadaan? Akma segera meleraikan pegangan tangan Anuar agak kasar. Dia berasa sungguh marah dipermainkan sebegitu rupa.
“Apa kena ni?” tanyanya.
Anuar memegang erat bahu Akma pula. Seolah-olah mereka pasangan yang sedang bercinta. Dia berbisik sesuatu ke telinga Akma, “Buat ajelah apa yang saya suruh,” arahnya.
Akma tersentak. Apa pula yang ingin dilakukannya pula? Jantung Akma berdegup lebih laju sehingga dia dapat mendengar bunyi itu dengan jelas. Akma sudah tidak senang hati. Dia takut Anuar melakukan sesuatu diluar jangkaan. Dia betul-betul takut. Akma terus terkaku tidak bergerak.
Natasya perasan akan perubahan pada wajah dan perlakuan Akma. Dia sesungguhnya tidak percaya Akma tunang kepada Anuar kerana Akma bukanlah ciri-ciri gadis yang disukai oleh Anuar.
 “Why not kita pergi makan?” Tanya Natasya memecah kebuntuan antara mereka. Akma melihat jam. Sudah pukul 7.00 malam.
“Eh tak payahla,”kata Akma. “Saya dah kena balik ni. Enjoy your dinner, ok?”
“Mana boleh kita tolak ajakan orang kan? Nak makan kat mana?” potong Anuar. Dia masih lagi memegang erat bahu Akma.
Seperti tidak percaya Akma. Apa yang Anuar ingin lakukan sebenarnya? Hari sudahpun menginjak malam. Aku perlu pulang segera. Dia cuba memprotes.
“Tunang I ada share dengan tokey restoran Jepun. Dia akan belanja,” kata Natasya sambil menujukkan arah restoran tersebut. Norman tersenyum sambil mengangguk. Nampaknya dia faham dengan bahasa Melayu.
Mereka pun berjalan beriringan ke restoran Jepun. Sesekali Natasya memandang ke belakangnya untuk melihat Anuar dan Akma. Dia dapat melihat Anuar memegang kejap jari jemari Akma. Benarkah mereka bercinta? Fikirnya lagi, masih tidak percaya.
Akma masih lagi cuba meleraikan pegangan tangan Anuar. Lagi cuba dilepaskannya, lagi kuat pegangan tangan itu. Terkadang dia rasa sakit sebab Anuar memegang dengan kuat seperti orang yang berada dalam keadaan geram yang amat sangat.
Anuar memandang Natasya yang berada dihadapannya. Hatinya masih lagi sakit dan menjadi lebih sakit apabila melihat jejaka Australia, si Norman itu memegang pinggang pujaan hatinya itu. Perasaan sakit hatinya itu dilepaskan terus pada tangannya yang memegang Akma. Cuma, dia tidak sedar itu semua.
Akma berhenti berjalan. Anuar memandang sepi wajah Akma.
“Anuar. Saya nak gi surau,” kata Akma. “Cik Natasya, saya pergi surau dulu.”
Natasya dan Norman berpusing memandang mereka.
“Saya dan Akma hendak ke surau dulu. Awak tolong order untuk kami. Apa-apa pun boleh,” kata Anuar. Mereka lantas meninggalkan Natasya.
Akma bergerak laju ke arah surau. Terasa seperti hendak menangis dipermainkan begitu. Dia tidak langsung memandang Anuar.
Anuar merasa serba salah. Tetapi dia tidak akan membiarkan Natasya melihatnya berduka. Dia tidak boleh memberi peluang kepada Natasya mengetahui kesengsaraan yang dialami. Ya, sebenarnya dia berasa amat marah dengan Natasya.
Mereka menjamu selera hampir dua jam di restoran. Akma rasakan bagaikan 10 jam mereka berada disitu. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Sudahlah makanan tidak sedap dan mentah. Walaupun tidak berselera, ditelannya juga kerana tidak mahu pasangan didepannya terasa.
Anuar dan Akma masing-masing tidak berbicara di antara satu sama lain. Natasya dan Norman yang banyak bercerita. Mereka hanya mendengar sahaja.
“Macam mana u all boleh cinta ni?” Tanya Natasya.
Anuar segera memintas. Dia mengambil seketul sushi dan meletakkan ke atas pinggan tunang palsunya itu.
“Tak payah cerita. Kami dah putuskan untuk merahsiakan sehingga tiba waktunya,” kata Anuar. Akma memandang Anuar. Pandai betul membuat cerita, keluhnya.
Natasya mengangguk tanda setuju walaupun Akma dapat melihat wajah tidak puas hatinya.
Setelah hampir pukul 10 baru Natasya mengucapkan selamat tinggal kerana mereka ada hal lain. Apa hal lain pukul 10 ni? Fikir Anuar. Clubbing??
Akma pula tidak sabar hendak balik. Dia segera turun escalator dari tingkat 4 dan pergi ke arah motosikal yang dipakir di kawasan luar KLCC. Dia tidak peduli lagi. Sudah pukul 10 malam. Dia tidak pernah berada di KL selewat itu. Dia menghidupkan enjin motosikalnya pergi walaupun dia tahu yang dia tidak cekap dengan laluan di KL.
“Akma!” Nuar menjerit dari kejauhan. Dia dapat melihat Akma pergi dengan motosikal modenasnya laju meninggalkan perkarangan KLCC. Anuar lantas berlari ke arah motosikal dan mengekorinya dari belakang.
Mana aku nak pergi ni? Tanya Akma didalam hati. Terlalu banyak simpang dihadapannya. Akma berkira-kira hendak mengambil yang mana satu. Dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana mengikut apa sahaja yang diarahkan Anuar tadi. Kalau tidak tentunya dia sedang berehat didalam biliknya sekarang.
Anuar masih mengekori Akma. Laju juga Akma membawa motor. Tidak pernah dia melihat Akma membawa motor sebegini laju.
Akma mengambil simpang disebelah kiri. Dia telah silap jalan ni. Lengang  sahaja jalan itu. Dari tadi, tiada kenderaan lalu disitu. Akma mula terasa tidak sedap hati. Dia sudah sesat ni. Dia memperlahankan motorsikalnya, apabila tiba-tiba tayar belakang motornya pancit akibat ditusuk sesuatu.
“Alamak! Apa dah jadi ni?” Dia segera turun daripada motosikalnya dan memeriksa tayar. Kelihatan tayar yang sudah kempis tidak berangin.
Akma memeriksa disekelilingnya. Dia mula rasa seram sejuk bila melihat tiada orang disekelilingnya. Dia tabahkan juga hatinya walaupun terasa seperti hendak menjerit dan menangis disitu juga. Akma duduk di kaki jalan yang disuluhi lampu. Dia mengangkat kedua-dua kakinya dan memeluknya. Mukanya diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
Anuar memberhentikan motosikalnya tidak jauh dari situ. Akma tidak sedar akan kehadirannya. Dia dapat melihat Akma duduk berseorangan. Entah apa yang dibuatnya disitu.
“Akma!” teriak Anuar.
Akma tersentak dengan panggilan itu. Siapakah gerangan yang memanggil namanya?
Anuar berlari kecil ke arah Akma. “Apa yang awak buat duduk di sini?”
Oh, Anuar rupanya. Akma menarik nafas lega. Tangannya menunjuk ke arah tayar yang pancit itu. Anuar meneliti dan membelek tayar tersebut.
“Tak boleh buat apa ni. Kena tukar tayar,” kata Anuar.
“Macam mana? Kat sini bukannya ada kedai pun,” keluh Akma. Dia menguis-guis kukunya, betul-betul mati akal.
“Saya hantar awak balik?” tanya Anuar.
“Naik apa?”
“Motor sayalah apa lagi?”
Tersirap darah Akma. Naik motor dengan Anuar? No way.
“Tak mahu. Saya tak suka naik motor besar,” kata Akma mengelak.
Ligat tangan Anuar menekan telefon bimbitnya. “Kalau macam tu tunggu. Nanti saya call Yan.” Dia bangun sambil bercakap dengan Yan dihujung talian.
3 minit kemudian, Anuar kembali duduk disebelah Akma. “Diorang akan datang nanti,” terang Anuar. “Jangan risau, saya temankan awak disini,”kata Anuar lagi.
Akma sudah serba salah. Sudah berapa kali dia menyusahkan Anuar. Dia masih teringat kisah dia menyorokkan helmet Anuar tempoh hari. Dia tidak pernah menyenangkan Anuar. Malah menyusahkannya adalah.
“Anuar, minta maaf. Saya dah banyak menyusahkan awak,”kata Akma sayu.
“Hey, takkan saya nak biar awak sorang-sorang kat sini?” kata Anuar, menghiburkan hati Akma. Akma tersenyum mengangguk.
Akma memeriksa tangan kanannya. Masih sakit lagi.
“Kenapa awak buat macam tu tadi?” Tiba-tiba sahaja soalan itu terkeluar daripada mulut Akma. Dia benar-benar ingin tahu.
“Buat apa?” tanya Anuar acuh tak acuh.
“Awak kata saya tunang awak....” terkedu Akma. Tidak sanggup meneruskan kata-kata itu.
Anuar bangun semula. Dia menarik nafas. Haruskah aku menceritakan segalanya kepada Akma? Dia berhak tahu atas perbuatan yang tidak logik tadi.
“Lagipun awak buat perkara yang tak sepatutnya.....” sambung Akma lagi. Tetapi terputus.
“Okay, saya minta maaf. Saya tak patut pegang awak. Saya tak akan buat begitu lagi,” kata Anuar tanpa memandang Akma.
 Anuar tidak memandangku. Adakah kemaafan itu ikhlas?
 Akma lantas bangun dan berdiri di sebelah Anuar. Dia melunjurkan tangan kanannya pada Anuar. Masih berbekas merah akibat genggaman Anuar tadi.
“Lihat, apa awak dah buat pada tangan saya. Sakit tau.”
Anuar memandang tangan tersebut dan memeriksa. Memang benar. Terdapat kesan merah yang ketara pada sebelah telapak tangannya.
“Sorry. Saya tak sengaja,” katanya lagi. Dia menarik nafas. “Natasya bekas girlfriend saya. Kami dah berpisah atas keputusannya untuk tidak meneruskan perhubungan. Sebabnya saya dah tahu kini,” jelas Anuar tanpa memandang Akma. Akma tidak dapat melihat reaksi mukanya. Adakah dia sedih?
“Sudahlah. Tak payah cerita kisah sedih ni. Tak ada maknanya,” sambungnya lagi. Pura-pura tersenyum.
“Bukan masih bermakna bagi awak lagi ke Anuar? Saya masih dapat melihat reaksi awak terhadapnya tadi. Awak masih sayangkan dia?” tanya Akma bertubi-tubi.
Anuar mengeluh. Dia tertunduk. “Apalah gunanya kalau bertepuk sebelah tangan. Bukannya berbunyi,” kata Anuar. Ada getar pada suaranya. Sedih bunyinya.

Akma terdiam. Dia tidak mahu bertanya banyak lagi. Takut terus menerus mengguriskan hati Anuar.
“Nuar, tengok bintang di atas itu,” kata Akma sambil menunjukkan gugusan bintang yang bertaburan di atas langit. Dia ingin memujuk jejaka itu. Anuar mendongak melihat bintang-bintang yang sama.
“Jangan bersedih lagi, ya. Walaupun dia tidak lagi bersama awak, tetapi awak tahu kan, bintang-bintang di atas tidak akan berubah. Sentiasa menemani kita,” kata Akma lagi. Dia mahu menenteramkan hati Anuar yang kelam itu supaya bercahaya semula.
Anuar tersenyum. Ada benarnya kata Akma itu. Mereka melihat bintang itu bersama. Masing-masing terpesona melihat cahayanya yang terang.
“Pandai pulak awak bersastera ya,” usik Anuar. Akma tersenyum simpul. Kadang-kadang tanpa disedari kata-kata seperti itu keluar dari mulutnya.
“Nuar!” tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh Suffian. Mike turut berada disitu. Anuar menuju ke arah mereka dan menunujukkan tayar yang bocor. Mereka membantu Anuar untuk menukar tayar motorsikal Akma.

Akma melihat sahaja apa yang mereka lakukan. Alangkah bahagianya melihat persahabatan mereka yang nampak teguh. Bersama-sama berkongsi susah dan senang. Saling tolong-menolong. Dia terfikirkan Hani. Apakah yang kau sedang lakukan sekarang, Hani?

No comments:

Post a Comment