Kau Aku dan Dia 3

Akma masih duduk termenung di atas katilnya  sedari pulang daripada bilik Prof Siti. Matanya kadang-kadang melirik ke arah telefon bimbitnya, melihat masa yang berlalu. Dia tidak tahu bagaimana berhadapan dengan Hani setibanya dia di asrama nanti. Rasa marah ada, sedih pun ada. Dia tidak dapat menerima bahawa orang yang dipercayainya akan berdusta sedemikian rupa.
            Setelah pukul 10.30 malam, barulah Hani pulang. Nampak seperti amat keletihan. Terus sahaja dia mencampakkan beg sandang dan beg plastik di atas katil. Membeli belah lagi. Tidak sayang duit langsung, gertak Akma di dalam hati. Dia melihat sahaja perlakuan Hani. Hendak bertegur, hatinya masih membara.
            “Hai..moyok jer nampak muka ko Akma? Kenapa?” tanya Hani sambil melunjurkan kakinya di atas katil. Sesekali menggeliat kecil badannya yang lenguh-lenguh itu.
            “Tak ada apa-apalah. Aku letih.” jawab Akma tanpa memandang ke arah Hani.
            “Hai, takkan letih kot. Selalunya ko lah yang paling aktif. Tidur pun selalu lambat daripada aku.” Hani mengejek.
“Perasaan aku jer yang letih..badan tak” selamba sahaja jawapan Akma.
            “Kenapa? Ko ada masalah ke?” Hani seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiran Akma sekarang.
“Tak ada apa-apalah”
“Cakaplah. Kita kan kawan baik. Masalah kenalah kongsi bersama”
“Kawan karib?” teriak Akma. Pandai sungguh kau berlakon! Rasa ingin terhambur juga rasa marah yang tersimpan. Hani memandang pelik sikap Akma yang baginya seperti orang tak betul itu.
“Ko ni tak habis-habis shopping. Tak sayang duit ke?” Akma meninggikan suaranya sedikit. Dia bangun dari katil dan terus menuju pula ke tepi tingkap.
            Hani juga turut bangun dari katil lantas berhadapan dengan Akma. Nampaknya mungkin tekaannya salah.
“Eh..apahal ko nih..Study banyak sampai jadi tak betul ke?”
“Hani, ko kan study lagi. Keluarga pun bukan kaya sangat. Janganlah asyik nak membazir duit loan. Lepas tu keluar pagi balik malam, bila masa nak study?” Kali ini Akma mula berani bertentangan mata dengan Hani.
“Ko ni apsal? Selama ni tak ada pun ko bising-bising. La ni sibuk. Nak carik pasal ke?” Menyirap darah Hani bila ditegur begitu. Ditolaknya bahu Akma.
Akma membulatkan matanya. Dipegangnya bahu Hani pula. “Aku tegur demi kebaikan ko aje..nanti ko sendiri yang menyesal..”
“Aku tahulah apa yang aku buat. Ini hidup aku. Ko tak payah masuk campur. Ko pulak, tak boring ke asyik study ajer. Aku yang tengok pun tension”
“Nak buat macam mana? Nak carik teman berbual pun asyik hilang je. Malam baru nampak batang hidung,” tegas Akma.
“Huh..”Hani mula berpeluk tubuh. Dia masih tidak berpuas hati dengan Akma. Apa yang merasuk perempuan ini agaknya.
“Assignment Prof Siti ko dah hantar?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Akma. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh menanyakan soalan itu. Sebenarnya, kalau boleh Akma tidak mahu membangkitkan perkara tersebut.
Hani terdiam sebentar. Ada perubahan pada riak wajahnya.
            “Ko ingat aku keluar pagi balik malam buat apa? Dating aje ke? Ada masanya, aku siapkan assignment dan study dengan abang aku la..” Menjeling tajam Hani.
        Ye ke? Sindir Akma dalam hati. Macam tak je aku tengok, bisik Akma lagi.
        “Aku dah hilangkan disket assignment aku lah..Bila carik kat pc pun tak ada juga..aku terdelete agaknya. Ko ada tersimpan folder aku kat mana-mana tak?” pancing Akma.
        Perasaan marah Hani mulai reda bila Akma menukar tajuk perbualan. Tetapi perutnya rasa kecut juga bila Akma membuka topik berkenaan assignment. Hani cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangannya. Dia duduk semula di atas katil sambil mengurut-ngurut kakinya yang lenguh. “Manalah aku tahu. Aku tak ada kacau folder ko. Ko ter'delete' lah tu agaknya..”
“Habis..ko rasa apa patut aku buat?” tanya Akma lagi.
“Ko bincanglah dengan Prof Siti, sama ada boleh tangguhkan beberapa hari. Kalau ko tak sanggup hilang 30 markah tu.”
            “Betul juga. Esok ko temankan aku..no more excuses. Aku booked ko esok pagi. Beritahu Alias..”
            Hani ingin menolak pada mulanya. Dia sudahpun berjanji dengan Suffian ingin menemuinya esok.  Tetapi kerana bimbang rahsianya akan terbongkar, Hani beralah. Dia tidak mahu Akma mengesyaki sesuatu sekiranya dia menolak.
            “Oklah.Aku ikut..”
*        *        *        *        *
          Anuar melabuhkan badannya di atas sofa. Mike sudah mula berdengkur di atas karpet. TV masih lagi menyala. Bukan kau yang tengok tv, tv yang tengok kau, bisik Anuar di dalam hati. Yan pula masih belum pulang. Sejak dapat girlfriend baru, jarang dia pulang awal. Hendak jaga hati awek, katanya. Masih kebosanan, Anuar menukar siaran satu persatu tetapi tiada satupun yang menarik minatnya untuk menonton. Fikirannya menerawang jauh teringatkan Natasya. Apa yang sedang dilakukannya sekarang?
            Sudah hampir dua bulan Natasya menghilangkan diri tanpa khabar berita setelah menghantar sms mengucapkan selamat tinggal dan jangan mencarinya lagi. Anuar tidak tahu apa salahnya. Natasya pergi begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Hatinya sakit tidak terkira. Dia terasa seperti dipermainkan.
         Selepas daripada itu, Anuar tidak pernah lagi menghubungi Natasya kerana keegoannya sudah tercalar. Anuar nekad untuk melepaskan Natasya walaupun payah. Selagi dia terus berpegang pada kenangan itu, selagi itu dia akan terus tertekan. Dia tidak akan berpaling lagi. Tidak ke mana perginya.  Hidup perlu diteruskan, lagipun dia masih muda lagi. Banyak lagi fasa hidup yang belum ditempuhinya.
        Anuar merenung telefon bimbitnya, dalam. Tidak perlu lagi gambar Natasya disimpan. Walaupun berat, dia perlu melakukannya juga. Ditatapnya gambar gadis itu sepuas hatinya sebelum membuangnya satu persatu. Lega sedikit rasanya kerana dapat melepaskan bebanan itu.
Selamat tinggal Natasya......Semoga berbahagia dengan hidup barumu....
            Aku akan buang segala kenangan kita jauh dari lubuk hatiku......       
Anuar menghempaskan dirinya di atas katil seketika kemudian. Dia ingin tidur lena malam itu sejak sekian lama dihantui wajah Natasya.
*
“Mana kamu pergi semalam, Akma? Puas saya mencari kamu,” tanya Prof Siti sambil membetulkan cermin matanya.
“Maafkan saya Prof. Saya ada hal penting, tak sempat nak beritahu,” jelas Akma sambil menghulurkan tangan meminta maaf. Hani yang berdiri di sebelahnya, hanya tersenyum dalam debar.
            “Hmm...mana assignment kamu? Selalunya kamu yang paling cepat hantar. Nak hantar sekarang ke?”
            “Hmm..sebenarnya Prof. Saya ada masalah besar. Err..Ehmm..Assignment saya...” tergagap-gagap Akma menjawab pertanyaan Prof Siti. Terasa seolah-olah ada benda sedang menari-nari di dalam perutnya.
            “Kenapa?” Serius sahaja muka Prof Siti dilihatnya.
            “Assignment saya dah hilang Prof. Entah mana tercicir.” Akma menahan nafas. Hani yang tadi pucat mukanya, berasa sedikit lega.
“Tak ada backup? Takkan tak ada kot,” perli Prof Siti.
Akma menelan air liur. Dengan separuh berbisik dia berkata, “Itulah masalahnya, Prof. Tak ada.”
“Habis? Deadline is today. Tak hantar by the end of the day, maknanya 30 markah kamu hilang..” jelas Prof Siti. Hani tersenyum sinis. Suka nampaknya.
            “Saya nak minta tolong Prof. Berikan saya sedikit masa untuk buat yang baru..” bergetar suara Akma. Hendak menangis pun ada.
            “Apa kata kawan-kawan kamu yang lain kalau saya beri kelonggaran pada kamu?”
            “Tolonglah Prof Siti. Saya tak boleh kehilangan 30 markah tu. Ia akan menjejaskan CGPA saya,” serak suara Akma rasakan.
            “Haah Prof. Tolonglah dia, nanti menangis pulak..”kata Hani mengejek. “Saya juga yang kena pujuk nanti,” juih bibirnya.
            Mendengar sahaja kata-kata Hani itu, Akma terus memandang tajam dengan rasa meluat ke arahnya. Berani sungguh ko Hani. Tak ada rasa bersalah langsung! Mengejek lagi ada! Mana pergi perikemanuasiaan yang ada?
            “Hani...awak tolong keluar sekejap. Saya nak berbicara dengan Akma.”
            “Hani...jangan balik dulu. Tunggu saya!” perintah Akma.
Hani melangkah keluar dari bilik Profesor. Setelah kelibat Hani hilang, Prof Siti memulakan balik perbincangan mereka tadi.
“Saya tak tahu apa masalah kamu. Tetapi saya tak boleh benarkan.”
“Tolong Prof!” rayu Akma.
“Sorry Akma. I have to be professional”
“Tapi...”
“My advise is .. You must work hard in your semester exam.”
“Prof Siti, Saya janji akan siapkan sebelum Jumaat ni. Tolong berikan saya peluang..” rayu Akma lagi.
“Akma...saya kena attend lecture. Please excuse me..”
Akma terbungkam. Mukanya pucat tak berdarah. Tiada gunanya dia merayu lagi. Prof Siti memang tidak berganjak daripada pendiriannya. Akma hanya mampu melihat Prof Siti melangkah keluar dari bilik. Air mata mula bergenang. Tetapi ditahannya juga. Aku kena tabah. Tentu ada jalan keluar daripada semua permasalahan ini.
            Akma sudah tidak tertahan lagi. Lantas, dia keluar dari bilik Professor dan berlari sekuat hatinya entah ke mana. Dia perlu bersendirian sekarang. Hani yang diarah tunggu diluar turut ditinggalkannya. Hani yang terperanjat dengan kelakuan Akma itu, mengejarnya dari belakang. Dia menjerit memanggil Akma. “Akma! Ko nak ke mana tu? Eh..takkan ko nak jalan kaki balik kot?”
            Akma berpusing ke belakang, berjalan dengan lajunya ke arah Hani pula. Berderau rasanya mendengar suara tersebut. Jikalau dia seekor harimau, sudah lama dibahamnya perempuan didepannya itu.
            “Cukup Hani! Diam!”
“Apa? Kenapa asyik nak marah orang aje? Tak reti nak cakap elok-elok dengan aku ke?” marah Hani sambil menarik tangan Akma.
“Nak cakap macam mana lagi dengan orang macam ko ni?” pegangan tangan Hani dilepaskan. Seperti drama pula lagaknya.
Hani mula mencekak pinggang. “Apa ko cakap?”
“Ko ingat aku tak tahu muslihat kau?” Besar mata Akma, marah.
            “Muslihat apa?!”
            “Bukan ko yang delete file aku dalam komputer?” jerit Akma lagi. Tidak tertahan rasanya lagi kepedihan di hati.
“Ko tuduh aku? Ko tu yang cuai? Ko ingat tuduh2 org ni baik sangat ke?”
“Tolonglah Hani. Aku ingat ko kawan baik aku. Tapi musuh dalam selimut,” Matanya tepat memandang ke mata Hani. Tidak lepas. Hani mengalihkan pandangannya kerana tidak selesa. Umpama singa betina lapar sahaja rupanya.
“Aku dah nampak assignment yang ko hantar pada Prof Siti. Bukan assignment aku ke yang ko copy?? Senang-senang aja ko ubah nama ko??”
“So what?? Nasib ko lah..” Hani tersenyum sinis, sambil memintal-mintalkan rambutnya, lagak seperti orang tidak bersalah.
“Apa ko kata?”
“Ye lah. Aku dah bosan dengan ko Akma. Asyik kena puji dengan pensyarah. Result power. Tugasan pun bagus. What is sooooo great about you?”
 Hani mendekati dirinya dengan Akma dan mebisikkan sesuatu ke telinganya. “Memang aku yang delete assignment ko. Komputer aku kan, so aku boleh buat apa yang aku suka. Lagi satu, assignment yang ko save dalam disket ko tu pun aku delete jugak masa ko tengah mandi. So, memang tak boleh dapat baliklah.”
“Sampai hati ko buat aku macam ni.” muka Akma berubah bila diketahuinya disket yang dihilangkannya itu sebenarnya tidak berisi.
Hani tersenyum sinis, “Hmm..memang sampai hati aku. Ko masih boleh buat dengan baik exam ko kan? So kira bagi bonus kat aku lah untuk assignment ni.”
“Aku sungguh tak sangka ko begini orangnya, Hani..”
“Well..Ko yang buat aku jadi begini, tau tak? Lagi satu aku nak beritahu. Aku nak pindah ke rumah sewa minggu ni. Ko tak payah risau aku curi assignment ko lagi. Best kan duduk sorang..tak ada orang nak kacau ko study lagi kan?” jari telunjuknya ditekan ke dada Akma. Kemudian, Hani terus berlalu dari situ meninggalkan Akma yang masih berdiri mengenangkan nasibnya.
Akma tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia sudah habis daya. Kini, tiada siapa lagi yang dapat mendengar rintihan hatinya, berkongsi suka dan duka hidupnya. Dia sudah kehilangan seorang yang disangkanya sahabat.
Apabila dia mengangkat mukanya, dia dapat melihat ramai mata yang memandang ke arahnya. Matanya dapat menangkap wajah Anuar antara ramai yang memandang. Anuar memandangnya dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Akma rasa dia perlu bersendirian ketika ini. Dengan longlai dia mencari tempat yang jauh dari orang ramai. Dia tidak mahu orang melihat kesedihannya ketika itu. Setibanya dia di suatu tempat, dia dapat melihat liputan gunung-ganang terbentang luas dihadapannya. Sejuk mata memandang. Perasaan marah dan sedih terus lupus dari benaknya. Cantiknya pemandangan dihadapannya itu. Walaupun sudah bertahun-tahun, gunung itu tetap gagah berdiri. Dengan sekelip mata, Akma dapat rasakan kekuatan melingkari seluruh tubuhnya.
“Aku tak akan mengalah!” jerit Akma sekuat-kuat hatinya. “Aku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!”
*        *        *        *        *
Anuar memakir motosikal Aprilianya di tempat biasa. Dia sengaja datang awal ke kuliah pagi itu. Apabila ingin menenangkan fikiran, dia sering ke satu tempat yang paling disukainya. Di situ terdampar pemandangan gunung ganang yang sungguh mengasyikkan. Dia akan melupakan segala kekusutan fikiran apabila melihat pemandangan yang cukup cantik disitu.


            Baru sahaja turun dari motorsikalnya, didapati ramai orang berkerumun di koridor sepanjang laluan ke fakulti. Dengan rasa yang pelik, dia pergi dan melihat apa yang sedang berlaku disitu. Kelihatan dua orang gadis seperti sedang bergaduh. Nasib baiklah tiada adegan menarik rambut atau menarik tudung. Kemudian, salah seorang daripada mereka beredar dan meninggalkan seorang lagi. Dia dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. Bukankah itu gadis yang menjumpai topi keledarnya tempoh hari?
            Tanpa mahu memikir lebih, Anuar ke tempat yang ingin ditujui. Tempatnya betul-betul di bahagian belakang dewan kuliah Sri Cempaka. Di situlah tempat kesukaannya untuk melepaskan segala kekusutan di hati. Di situlah juga tempat dia menenangkan fikiran dan mencari ilham.
Tetapi kali ini hasratnya terganggu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di tempat biasanya. Isshh..gangguan betullah, katanya di dalam hati. Dia baru sahaja ingin beredar apabila terdengar jeritan bergema datangnya dari gadis itu.
“Aku tak akan mengalah! Aku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!” jerit gadis itu sekuat-kuat hatinya sehingga terperanjat Anuar dibuatnya.
       “Gila ke apa?” desis Anuar. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah gadis itu.
        “Apa awak buat di sini?” tegur Anuar. Hampir terlompat Akma disergah begitu. Perkiraannya tentu tiada orang di tempat sebegitu.
“Eh..Tak ada apa. Saja je hirup udara segar kat sini,” jawab Akma. Dia menoleh ke arah tuan punya suara.
“Anuar?!”

“Eh awak..” Anuar turut terkejut melihat Akma disitu. Baru sahaja tadi dia melihat Akma bergaduh di hadapan fakulti. Entah bila masa pula dia sampai ke sini.

            “Eh..Oklah saya nak masuk kuliah. Sorry ye ambil port awak,” jelas Akma lantas bangun meninggalkan Anuar yang masih kebingungan itu.

No comments:

Post a Comment