Pukul
7.00 pagi. Akma sibuk menyiapkan assignment Prof Siti walaupun dia tahu Prof
Siti mungkin tidak akan menerimanya. Dia sungguhkan hatinya juga untuk
mengumpul semula semua maklumat untuk tugasan tersebut. Seharian selepas habis
sahaja kuliah, dia segera ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Malam baru
dia pulang, itupun setelah perpustakaan hampir tutup. Pulang dari perpustakaan,
dia menyusun maklumat tersebut dan memasukkan ke dalam komputer
pula. Kali ini, Akma membuat dua salinan pada 'floppy drive'. Dia tidak mahu kejadian
yang sama berulang kembali. Akma berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan
sebelum Jumaat dan menghantarnya walau apapun yang terjadi. Doanya, moga lembut
hati Prof Siti untuk menerima hasil kerjanya.
Malam sebelumnya, Hani tidak pulang ke asrama. Mungkin
masih marah lagi dengannya. Walaupun hatinya masih pedih, jauh sekali untuk
membenci. Bahkan perasaan risau semakin menjadi-jadi. Dia berjaga sehingga ke 2
pagi semata-mata untuk menyiapkan nota kuliah dan menunggu kepulangan Hani.
Tidur pun tidur ayam-ayam sahaja. Tetapi, sehinggalah keesokan paginya, Hani
masih tidak juga pulang. Risaunya tidak terkira. Takut kalau jadi perkara yang
tidak baik terhadapnya. Maklumlah anak dara.
Setelah berfikir
sejenak, Akma mengambil keputusan untuk menelefon Alias. Manalah tahu kalau
Hani ada memberitahu kemana dia pergi kepada teman lelakinya. Akma mendail
nombor. Seketika kemudian telefon diangkat.
“Hello..” Lemah
sahaja suara itu didengarinya. Baru bangun tidur agaknya.
“Hai Alias. Akma ni. Tengah buat apa tu. Sorry kacau pepagi ni,”
terang Akma. Serba salah juga dia kerana terpaksa menganggu orang
yang masih lena dibuai mimpi.
“Ha, Akma .. kenapa tepon awal pagi ni?” tanya Alias.
“Ha, Akma .. kenapa tepon awal pagi ni?” tanya Alias.
“Erm..Hani tak
balik dari semalam lah. Ko tahu tak mana dia pergi? Eh..Entah-entah ada kat
situ tak?” gurau Akma.
“Eh..ke situ
pulak peginya. Manalah aku tahu?” seperti endah tak endah sahaja Alias menjawab
pertanyaan Akma.
“Betul ke ni? Dia tak balik semalaman tau?” Tanya Akma lagi. Dia
dapat mendengar Alias mengeluh di talian sebelah.
“Apa boleh aku buat Akma?” kata Alias. “Aku tak tahu mana dia
pergi..”
“Aku risaulah Alias. Ko tak risau ke? Aku
gaduh dengan dia semalam.” beritahu Akma. Menggigil tangannya bila perkataan
gaduh itu disebutnya. “Ko taknak tolong aku cari dia ke?”
“Aku rasa dia tak
ada apa-apalah. Jangan risau. Tahulah dia jaga diri dia..”
“Ko kan boyfriend dia.
Tapi buat macam tak tahu aje..” keluh Akma.
Terdiam sejenak Alias dihujung talian. Dia terkesan dengan
apa yang Akma katakan. Terdengar keluhan kecil seperti menyesali sesuatu.
“Akma..sebenarnya
kitorang dah clash..Hani tak cerita pada ko ke?” Lemah sahaja kata-kata yang
dilemparkan oleh Alias. Seolah-olah dia sendiri masih tidak percaya dengan
perpisahan mereka. “Dah seminggu dah,”jelasnya lagi.
“Apa??” Akma
tidak percaya langsung dengan apa yang Alias katakan. Hujan tidak, ribut pun
tidak. Tiba-tiba sahaja putus. “Biar betul Alias. Hani tak ada cerita kat aku
pun.”
“Dia dah ada
orang lain. Nak buat macam mana. Aku rasa kalau ko nak cari, elok ko contact
boyfriend baru dia. Aku dah tak nak ambil kisah lagi.” terang Alias. Daripada
gaya pengucapannya, Akma dapat rasakan Alias masih menaruh perasaan terhadap
Hani. Memang dulu Alias yang beriya-iya memikat Hani sehingga Hani cair juga
dan akhirnya menerima cintanya.
“Oklah Akma. Aku nak letak tepon ni.”
Hendak tak hendak
Akma terpaksa bersetuju.
“Oklah Alias. Sorry ye
kacau. Bye.” Talian diputuskan oleh Alias.
Akma masih tidak
percaya bila mendengar perutusan itu. Dia tahu Alias seorang yang baik dan
sangat menyayangi Hani. Kenapa begini jadinya? Mereka sungguh romantik bersama.
Terkadang Akma sendiri terfikir sama ada suatu hari nanti dia akan menemui
cinta seperti itu. Dia tidak sangka akhirnya Hani akan berpaling tadah
jua.Tidak cukupkah apa yang diberikan oleh Alias? Mengapa perlu cari yang lain?
Dan siapakah yang lebih berjaya menangkap cintanya kini?
*****
Setelah
berkali-kali menghubungi Hani, Akma mula mengalah. Hani memang
tidak
mahu menjawab panggilannya. Walaupun dia masih mengambil berat akan Hani,
perbuatan Hani terhadapnya masih tidak boleh dimaafkan. Masih lagi terbayang
peristiwa semalam. Masih terbayang senyuman sinis Hani.
Perutnya
mula berbunyi. Baru dia teringat yang dia tidak menjamah sebarang makanan
semalaman. Dia terlalu leka menyiapkan tugasan Prof Siti sehingga terlupa untuk
makan. Akma mengambil keputusan untuk singgah ke cafe 'Bakery Delight' untuk
bersarapan pagi kerana sudah lama dia tidak menjamah donut.
Dalam
perjalanan, dia bertembung lagi dengan Anuar dan kawan-kawannya. Seperti biasa,
mereka membawa motor dengan laju seperti jalan raya mereka yang punya.
Aii..akhir-akhir
ni selalu sangat terserempak dengan budak bertiga ni, kenapa ya? Terutama si
Aprilia hitam ni, Fikir Akma sendirian.
Entah macam mana matanya merenung tidak lepas pada motor TZM merah. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Tanpa disedari, dia mengekori motor tersebut. Fikirannya ligat berfikir. Siapakah gerangan pembonceng TZM merah? Macam pernah dilihatnya sebelum ini. Baju dan beg sandang itu....Bukankah itu kepunyaan Hani? Hani?! Takkan kot. Walaupun dia tidak percaya, dia masih juga mengekori motosikal tersebut untuk mendapat kepastian.
Entah macam mana matanya merenung tidak lepas pada motor TZM merah. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Tanpa disedari, dia mengekori motor tersebut. Fikirannya ligat berfikir. Siapakah gerangan pembonceng TZM merah? Macam pernah dilihatnya sebelum ini. Baju dan beg sandang itu....Bukankah itu kepunyaan Hani? Hani?! Takkan kot. Walaupun dia tidak percaya, dia masih juga mengekori motosikal tersebut untuk mendapat kepastian.
Seketika
kemudian, mereka tiba di 'Bakery Delight'. 'Bakery Delight' memang terkenal di
kampus kerana keenakan pastry yang dijual. Lagipun harganya murah daripada
kedai biasa. Macam tahu-tahu aje aku nak ke sini, kata Akma sambil tersenyum.
Tak sabar rasanya untuk menjamah donut bersalut gula dan coklat. Dia memakir
motosikalnya di kawasan yang terlindung sedikit sambil matanya tidak lepas
memandang ke arah tiga anak muda gilaan ramai itu.
Dia dapat melihat Suffian turun dari motosikal
dan menolong membuka topi keledar pembonceng. Jantungnya berdegup laju bila
didapati memang betul jangkaannya. Memang Hani pemboncengnya. Adakah Suffian
boyfriend baru Hani? Bertubi-tubi persoalan itu bermain dibenaknya. Kini Akma faham
kenapa Hani memutuskan hubungan dengan Alias secara tiba-tiba. Rupa-rupanya dia
telah dapat cinta yang dicari-cari selama ini.
Mereka
duduk di meja yang berhadapan dengan aliran sungai. Setelah berbincang sesama
sendiri, Anuar dan Mike masuk ke dalam cafe membeli makanan. Tinggallah Hani
dan Suffian di situ. Hani kelihatan begitu gembira disamping Suffian. Memang
agak berbeza sedikit cara layanannya terhadap Suffian. Suffian dibiarkan
bermain-main dengan rambut dan pipinya. Kemudian memeluk bahunya dan mengelus
lembut tangannya pula. Akma memejamkan mata seketika. Tak sanggup melihat
adegan itu. Geli!
Hani pula seperti mengada-ngada. Sesekali
melentokkan kepalanya pada Suffian. Wajah kedua-duanya seperti hendak berlaga.
Menggigil kaki Akma melihatnya. Dia sempat menyumpah perbuatan tersebut.
Ko
tahu tak Hani? Lelaki memang suka kalau dapat perempuan macam ni. Dah dapat apa
yang dia nak, ditinggalkan pulak. Ko nak jadi mangsa pula ke? Bukanke Suffian
ramai girlfriend? Ko tak kisah langsung ke? Ko sanggup dimadukan ke nanti? Dulu
dengan Alias tak ada pun macam ni. Dahlah tu setia pulak orangnya. Sayang giler
dengan ko. Yang seorang ni tentunya dapat membahagiakan ko. Mengapa Suffian
juga yang ko pilih? Jerit Akma dengan kuatnya. Tetapi di dalam hati aje.
Akma
tidak dapat bertahan lagi lantas menuju ke arah Hani.
“Hani!
Apa ko buat ni?” terkejut Hani dan Suffian melihatkan Akma tegak berdiri di
hadapan mereka sambil mencekak pinggang. Lantas mereka membetulkan kedudukan.
“Eh
Akma. Buat apa kat sini?” Hani tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku.
“Aku
nak cakap dengan ko sikit, boleh tak?” Tangan Hani ditarik ke arahnya. Suffian
merenungnya tidak puas hati. Marah agaknya melihat perlakuan Akma terhadap
'girlfriend' barunya itu.
“Cakap
kat sini ajelah.” kata Hani lagi.
“Tak
boleh. Mari ikut aku sekejap,” kata Akma dengan tegas.
Suffian
meleraikan pegangan Akma. Bagaikan 'electric shock', Akma menarik tangan dan
mengibas-ngibaskannya. Maklumlah, dia tidak pernah dipegang oleh lelaki.
“Cakap
kat sini ajela. Biar Suffian pun dengar. Tak elok cakap dua orang kan. Kesian
Suffian,”jelas Hani. Lembut sahaja bahasanya. Tangannya memegang erat jari
jemari Suffian. Bergetar hati Akma melihatnya.
“Haah
citer kat sini ajela.” sambung Suffian. Hani telah menceritakan masalah yang
dihadapi padanya malam tadi. Cuma, Suffian tidak diberitahu kisah sebenar
kerana banyak yang direka.
Akma
terdiam. Dia tahu Hani mahu mengelak daripada berbincang. Hani tahu yang dia
bukannya jenis yang suka membesar-besarkan cerita.
“Hani.
Lepas habis makan, aku nak cakap sikit.” kata Akma. Dia masih
berdiri tegak dihadapan mereka berdua, tidak berganjak langsung.”Aku tunggu ko
kat sini.”
Seketika
kemudian Anuar dan Mike datang ke meja membawa makanan. Mereka tertanya-tanya
apa yang berlaku. Akma dapat melihat perasaan ingin tahu yang terpampang jelas
pada wajah Anuar. Tetapi Anuar tidak berkata apa-apa.
Akma
terpaksa beralih tempat. Daripada berdiri, dia duduk di meja bersebelahan.
Hani
memandang Suffian. Serba salah nampaknya kerana kehadiran Akma mengangggu
aktiviti mereka. Mereka terus makan tanpa menghiraukan Akma. Masing-masing
tidak berkata apa-apa. Mulut mereka terkunci. Akma dapat rasakan mereka tidak
senang dengan kehadirannya di situ.
Perut
Akma berbunyi lagi. Hendak sahaja dia pergi membeli makanan, tetapi dia risau
Hani akan mengambil kesempatan itu melarikan diri daripadanya. Akma tahankan
sahaja perutnya itu walaupun dia berasa sangat lapar.
Akma
duduk disitu tanpa berkata apa-apa. Dia melihat sahaja mereka makan dengan
berselera sekali. Anuar menjamah donut pula tu. Akma menahan air liur. Tak
'offer' kat orang langsung, katanya di dalam hati. Dah la favourite aku.
Rasanya nak terkam aje, desis Akma lagi. Dia tersenyum sendirian memikirkan
betapa pelahapnya dia kalau berbuat begitu. Anuar yang pada masa yang sama
tertoleh padanya, merenungnya pelik. Sedar Anuar melihatnya, dia memalingkan
mukanya ke arah lain.
Antara sekejap, Anuar memandang Akma dan Hani.
Anuar dapat mengagak bahawa Hani adalah orang yang bergaduh dengan
Akma tempoh hari. Dia dapat merasai kedinginan yang wujud di antara mereka.
Hodoh sungguh kalau perempuan bergaduh.
“Korang
roommate?” tanya Anuar tiba-tiba. Akma dan Hani mengangukkan kepala serentak
kerana tersentak dengan pertanyaan tersebut.
“Apa
yang berlaku sebenarnya antara kamu berdua ni?”
Hampir tersembur makanan dari mulut Hani.
Nasib baik tidak tersedak.
Akma
memotong pertanyaan Anuar. “Tak ada apalah. Biasalah perkara kecil aje,” pantas
sahaja Akma mengeluarkan kenyataan. Dia tidak mahu membongkar apa yang berlaku
antara mereka.
“Takkan
sampai Hani tak nak balik?” tanya Anuar lagi membuatkan Akma terkaku seketika.
Merah padam mukanya mendengar kata-kata Anuar. Wajah Anuar pun nampak berubah.
Marahkah dia? Bagaimana dia tahu semua perkara ini? Adakah melalui Hani
sendiri?
“Saya
yang bersalah sebenarnya.” perlahan sahaja Akma bersuara. Dia tidak mahu
memanjang cerita.
“Jadi
tujuan jumpa Hani nak minta maaf lah ye,” Anuar membuat kesimpulan. Ada nada
ketegasan yang lahir dari mulutnya.
Akma
tersenyum pahit sambil mengangukkan kepalanya. Mereka yang lain sudah mula
bangun untuk beredar. Hani memegang tangan Suffian dan menariknya ke arah
motorsikal. Dia ingin lari daripada Akma.
Akma
mengekori mereka ke motor. Dia tidak boleh melepaskan Hani begitu sahaja tanpa
penjelasan yang kukuh.
“Nak
apa lagi ni?” Suffian mula bersungut kerana terganggu dengan sikap Akma. Hani
yang nampak perubahan Suffian terus menuju ke arah Akma. Dia mengajak Akma ke
tepi bangunan tidak jauh dari situ.
“Apa
ko nak ni, Akma? Tak habis-habis lagi ke nak cari salah aku?” tengking Hani,
tetapi masih dapat mengawal nada suaranya supaya tidak didengari oleh Suffian.
“Oklah
Hani. Aku bukannya nak cari gaduh. Aku cuma nak tanya mana ko pegi semalam? Tak
balik-balik?” Tanya Akma sambil memandang tepat ke dalam mata Hani.
"Itu
aje ke nak cakap?" Hani berpusing dan membelakangi Akma. “Aku balik asrama
malam ni untuk packing. Kalau ada apa-apa ko nak cakap, cakap malam nanti.
Jangan kacau aku sekarang,” Hani bergegas pergi ke arah Suffian dan membonceng
motosikalnya.
“Jumpa
malam ni ye,” jerit Hani dari kejauhan sambil tersenyum manis seolah-olah
mereka telah berdamai.
“Dah
ok ke?” tanya Suffian.
“Dah..Dia
dah minta maaf,” jelas Hani sambil memeluk pinggang Suffian dan berlalu pergi.
***
“Ok..semua..saya
akan divide kan kamu kepada group-group yang berlainan. Dua orang satu group.
Sila ambil nombor yang saya edarkan dan duduk di tempat group yang saya dah
letakkan pada setiap meja. Ingat ye, mulai minggu depan kamu dikehendaki
memberi syarahan atas topik-topik yang saya berikan pada setiap kumpulan,”
terang Prof Hassan dengan muka yang serius. “Sila ambil nombor dalam kotak yang
diedarkan,” sambung Prof Hassan lagi.
Oleh kerana Akma
duduk didepan sekali, dia merupakan orang pertama yang mencabut undi. Akma
tidak kisah nombor apa yang bakal dia perolehi, tetapi doanya agar mendapat
nombor 2. Dia memang sukakan nombor 2. Baginya nombor dua seolah-olah
nombor bertuahnya.
Dengan
perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas. Cermin matanya dibetulkan supaya
dapat dilihatnya nombor itu dengan terang. Separuh menjerit dia apabila doanya
dimakbulkan. Terpampang jelas nombor 2 pada kertas tersebut. Alangkah tidak
percayanya. My lucky number! Terus Akma tersenyum sendirian. Sungguh tidak
disangka, harapan kecilnya menjadi kenyataan. Dilipatnya kertas itu semula
elok-elok dan dimasukkan ke dalam koceknya. Sekurang-kurangnya ada perkara yang
melegakan hatinya setelah beberapa hari dia dirundung malang.
Akma
lantas bangun dan menuju ke meja yang tertampal nombor dua. Tidak sabar rasanya
ingin tahu tajuk presentation yang bakal dbentangkan. Setelah menjumpai meja
tersebut dia duduk dan meneliti kertas soalan. Dia membaca di dalam hati.
“Ulaskan dan bentangkan secara terperinci mengenai bab 2 yang pernah dipelajari.
Apakah sebab dan kesannya kepada masyarakat?” Hmm..boleh tahan juga soalan ini,
bisiknya. Akma mula ligat memikirkan apa yang telah dipelajari sebelum ini dan
hubungannya dengan tajuk yang akan dibentang.
“Ko dapat nombor
apa, Yan? Ko plak Nuar?” Tanya Mike sambil melayangkan nombor gilirannya. “Aku
dapat no 16. So lambat lagilah aku kena present,” katanya sambil tersenyum
riang, menampakkan giginya yang cantik.
“Aku lagi lambat, hahaha, nombor 20!” gelak Suffian sambil
mendekatkan kertas gilirannya ke mata Mike. Mike menarik muka. Ada lagi lambat
rupanya dari aku.
“Ahh.
Tak kisahlah tu. Janji giliran aku lambat lagi,”katanya lagi. Suffian masih
lagi mentertawakan Mike. Selalunya dia yang suka menyakat orang, tetapi kali
ini dia pula yang terkena.
“Nuar,
ko nombor berapa pulak?” Tanya Suffian. Nuar segera membuka lipatan kertas
bernombornya dan menunjukkan kepada mereka yang lain.
“What?”
terjojol biji mata Mike melihatnya. Suffian pula tersenyum sambil menepuk-nepuk
bahu Anuar.
“Wah...
minggu depan dah kena bentang ler,” teriak Mike, hampir melompat.
“Eloklah tu. Lagi cepat lagi bagus. Tak payah
aku nak tunggu lama-lama. Tak macam ko, orang lain dah lega ko masih
terkial-kial, bukannya aku tak kenal perangai ko,” Anuar ketawa mengejek sambil
menarik kertas tadi daripada pegangan Mike. “Ha.. apa lagi, bergerak le,” kata
Anuar lagi sambil bangun dari tempat duduknya dan mencari meja. Nampaknya dia
sekumpulan dengan budak perempuan. Hish..desis hatinya. Dia memang tidak berapa
suka bekerja dengan perempuan. Dia tidak berkenan dengan sikap mereka yang
seringkali cuba menarik perhatiannya. Bukannya bersungguh membuat kerja.
Anuar tidak memandang langsung wanita
disebelahnya. Kejadian-kejadian sebelum ini tidak memungkinkan dia untuk memberi
tanggapan positif kepada perempuan tadi.
“Nuar!!
Good Luck!” jerit Mike dari atas sambil membuat isyarat bagus.
Terkekeh-kekeh
dia ketawa bila melihatkan Anuar satu kumpulan dengan budak perempuan. Dia tahu
Anuar memang 'pantang' dengan mereka. Hanya Natasya sahajalah yang dia boleh
terima. Anuar buat pekak telinga sahaja.
“Ok
kelas semua, group nombor 1-5 akan present dalam sessi kuliah kita yang
pertama. So, jangan main-main. Take this seriously. 20% daripada markah
semester akan dikira melalui presentation ini. Walaupun tak banyak, tapi ingat
ia tetap juga akan mengubah markah kamu daripada B+ kepada A,” terang Prof
Hassan lagi. “Saya mahu kamu mula berdiskusi. 2 minggu seterusnya you are the
lecturer,” tambahnya lagi.
Akma
cuba membuka suara untuk memulakan perbincangan mereka tetapi mulutnya
seakan-akan terkunci. Dia tidak menyangka yang dia akan sekumpulan dengan budak
lelaki. Nampaknya, nombor 2 pun belum tentu mendatangkan tuah kepadanya. Ishh,
apelah aku ni...jangan percaya perkara karut marut tu, bisik hati kecil Akma
lagi. Akma memang tidak biasa bergaul rapat dengan budak lelaki dan sentiasa
mengelak kalau terpaksa bergaul dengan mereka ini. Selalunya kalau ada aktiviti
kumpulan, Akma tidak pernah berduaan dengan lelaki. Walaupun begitu, dia tahu
lambat laun dia terpaksa melaluinya juga.
“So
macam mana... aaaaaa?” terbeliak biji mata Akma apabila jejaka disebelahnya
menoleh ke arahnya. Terus termati kata. Bukan sahaja Akma, jejaka itu pun
terkejut juga.
“Awak
lagi?” kata Anuar sambil menarik nafas panjang.
Kenapa
perlu satu kumpulan dengan perempuan ini? Kenapa sejak akhir-akhir ini aku
asyik terjumpa aje dengan dia? Pergi sana jumpa dia, pergi makan jumpa dia.
Dekat dewan kuliah tak payah ceritalah. Ada kalanya subjek mereka bertembung,
itu perkara biasa. Kali ini? Satu kumpulan pula??
“A
ah. Sapa lagi saya lah,” kata Akma mengalih pandangan pada papan hitam
didepannya. Dia dapat merasa ketidaksenangan hati Anuar terhadapnya. Mungkin
Anuar juga sependapat dengannya.
“So
macam mana dengan presentation? Bila nak discuss?” tanya Anuar acuh tak acuh.
Dia sudah tidak sabar untuk bangun dari tempat duduknya.
“Hmm..apa
kata kalau start hari Jumaat?” cadang Akma. Dia terpaksa mengorbankan masanya
untuk assignment Prof Siti terlebih dahulu.
Berubah
muka Anuar bila mendengar cadangan Akma. Selasa depan sudah kena bentang,
sempat ke nak kumpulkan maklumat?
“Tak
lambat sangat ke? Dua hari ni nak buat apa? Menung?” soalnya tajam.
Terkesima
Akma dengan kata-kata Anuar tadi. Memang ada benarnya, tetapi dia ada komitmen
lain. Macam mana?
“Erm..saya
ada banyak keje sikit 2 hari ni. Nak concentrate buat presentation pun payah,”
jelas Akma. Sambungnya lagi, “Tapi, lepas selesai saya concentrate untuk
presentation pulak, jangan risau. Masih sempat.”
Anuar
sudah mula bengang. Senang-senang hendak membuat keputusan. Ikut kata sendiri.
Pendapat aku bagaimana?
“Nak
kumpul maklumat, nak buat slide lagi. Kau rasa sempat ke kalau
berlengah-lengah?” tanya Anuar lagi.
Akma
terpaksa mengalah bila dia melihat muka Anuar yang seakan-akan ingin
menerkamnya. “Oklah. Saya nak gi library. Kita cari maklumat ok?”
Akma
sudah mula merasa tekanannya. Dia seolah-olah telah mati akal beberapa hari
ini, sehingga tidak boleh berfikir dengan baik. Tetapi dia perlu bertindak
rasional dan cuba untuk mengimbangkan kerjanya. Hati teman sekumpulan pun
kenalah jaga juga.
Tanpa
berkata banyak, Anuar pun bersetuju. Mereka menuju ke library yang tidak jauh
dari dewan kuliah dengan berjalan kaki. Anuar berjalan jauh di belakang Akma.
Mereka tidak bercakap sepatah pun. Maklumlah, kedua-duanya mempunyai tanggapan
negatif antara satu sama lain. Seorang tida suka bekerjasama dengan perempuan,
seoarng lagi tidak biasa bergaul dengan lelaki.
Tiba-tiba kepala
Akma berasa pening. Penyakitnya ini datang menjengah lagi. Dia memperlahankan
langkahnya lalu berhenti dan cuba untuk menstabilkan diri. Akma menarik nafas
dalam-dalam. Setelah diyakini peningnya dapat dikawal, Akma cuba berjalan
semula dengan perlahan-lahan. Walaupun begitu, semakin menjadi-jadi pula
peningnya. Dia cuba untuk mencari tempat untuk bersandar. Namun hampa. Digagahi
juga berjalan secara normal walaupun payah. Dia tidak mahu dibantu kerana Akma
tidak suka menyusahkan hidup orang lain. Dengan tidak semena-mena dia terpegang
sesuatu dan terus berpaut padanya. Syukur.
“Eh..apa
ni?” terkejut Anuar. Rupa-rupanya, Akma memegang erat tangannya. Ditarik
tangannya daripada pautan Akma. Lagi kuat ditarik, lagi kuat pula pegangannya.
Kemudian, dengan senang-senang disandarkan pula kepalanya ke atas lengan. Nak
ambil kesempatan ke budak ni? Ini lagi advance daripada perempuan-perempuan
sebelum ini. Dah melampau ni!
“Eh…janganlah
buat macam ni. Tak malu ke?” marah Anuar bila Akma masih tidak lepas memegang
lengannya. Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang melihat
perkara itu. Ramai pelajar yang melalui kawasan itu merenung mereka. Ada juga
yang tertawa kecil. Tidak kurang juga yang menjeling tajam. Sedangkan Akma pula
diam sahaja. Dia sedang berperang dengan pening kepalanya sehingga dia tidak
sedar memeluk tangan Anuar.
“Apa?” katanya tetapi tidak
memandang pada Anuar.
“Kau pegang tangan aku. Buat-buat tak perasan ke?” marah Anuar
lagi.
Terperanjat beruk
Akma apabila dia melihat tangan Anuar yang dipeluknya. Terus dilepaskan tangan
itu. Kerana malu, Akma mula berjalan laju meninggalkan Anuar sedangkan
kepalanya masih pusing lagi. Seperti disangka, tidak berapa lama kemudian Akma
terus jatuh ke tanah. Terkejut Anuar dibuatnya. Tanpa berfikir panjang, Anuar
berlari mendapatkan Akma untuk melihat apa yang terjadi kepada gadis itu. Pada
masa yang sama Akma cuba bangun.
“Awak ok ke?” terus berubah gaya bahasanya. Dia membantu Akma
bangun. Terbit juga kerisauan di hati Anuar. Dia menyumpah dirinya kerana
berfikir yang bukan-bukan terhadap Akma.
Akma memandang
Anuar, lemah. “Tak ada apalah. Cuma kepala ni pening. Jalan pun rasa terhoyong
hayang,” jelas Akma perlahan.
Mata Anuar tepat memandang ke arahnya. Jelas
terbayang kerisauan di mata itu. Tetapi mata itu seperti pernah kulihat, fikir
Akma. “Ah apelah aku ni,” bisik hatinya. Jangan mengarut.
“Jom
cari tempat duduk,” kata Anuar sambil memimpin Akma mencari kerusi.
“Selalu ke
sakit kepala macam ni?” tanya Anuar apabila mereka telah dapat mencari tempat
duduk.
“Jarang
sangat. Tapi mungkin sebab tak makan kot semalaman. Selalunya kalau tak makan
kepala senang pening,” kata Akma lagi.
“Tak makan semalaman?” terjah Anuar dengan serius seperti
seorang doktor lagaknya.
“Aah..Lupa,”
Akma tunduk sahaja. Terasa seperti pesalah pula.
“Takkan makan pun
lupa.” Jeling Nuar. “Peliklah awak ni. Ok tunggu sini jangan pergi mana-mana.
Saya belikan makanan,” kata Anuar lantas berlalu dari situ.
“Eh tak payahla…”
baru sahaja Akma ingin bersuara tetapi Anuar telahpun hilang dari pandangan.
Dalam
masa 15 minit, Anuar kembali sambil membawa bekas polisterin dan sebotol air
mineral. Lalu diletakkan makanan dan minuman tersebut di atas kerusi.
“Ha..makan,”
arahnya lalu duduk di bangku bersebelahan. “Awak kena ingat, kesihatan tu perlu
dijaga,” sambungnya lagi sambil mengeluarkan kertas kajang dan melukis sesuatu
di atasnya. Akma membuka bekas polisterin yang mengandungi nasi goreng yang
masih panas.
“Terima
kasih ya,” kata Akma sambil mengeluarkan dompet dari seluarnya. ”Berapa harga
semua ni?” tanyanya pula.
“Tak payah bayar. Saya belanja,” ujar Anuar, tanpa memandang
Akma.
“Err... tak pelah
saya bayar balik,” kata Akma sambil menghulurkan duit sebanyak lima ringgit
kepada Anuar.
Anuar memandang
tepat ke arah Akma tanpa berkedip. Serius sahaja mukanya. Tahulah Akma
maksudnya.
“Kalau macam tu..terima kasih banyak-banyak..” Akma
meletakkan semula duit lima ringgit tersebut kedalam dompetnya. Kecut juga
perutnya melihat Anuar merenungnya begitu.
Akma pun makan
nasi goreng dengan berselera sekali. Sambil makan, matanya tidak lepas
memandang ke arah Anuar. Dia menilik-nilik sikap Anuar tadi. Pada pandangan
Akma selama ini, Anuar sentiasa bersikap dingin dan tidak mempedulikan orang
lain, tetapi mungkin telahannya silap. Terpampang jelas pada perbuatannya tadi
yang dia sebenarnya amat mengambil berat terhadap orang lain.
Dalam diam, Akma mula mengaguminya.
“Awak buat apa tu?” Sahaja Akma ingin memecah kesunyian yang
wujud antara mereka.
“Sedang melukis pemandangan di depan saya. Tak tahu nak buat apa,” katanya lagi tanpa memandang Akma.
“Sedang melukis pemandangan di depan saya. Tak tahu nak buat apa,” katanya lagi tanpa memandang Akma.
“Takpelah. Awak
pergi lah dulu, saya dah ok ni.” jelas Akma. Dia tidak mahu terus menyusahkan
Anuar.
“Mana boleh. Kang
kalau awak terpengsan tepi jalan, sapa nak tolong?” marah Nuar.
“Alah takpe.
Orang ramai lagi kat sini.” Senyum Akma sambil menampakkan lesung pipitnya.
“Nope.
Finish your food. I’ll wait,” katanya lagi. Final.
Hendak tak hendak
Akma terpaksa menurut jua. Satu lagi sikap yang Akma dapat rasakan ada dalam
diri jejaka ini. Tegas. Kalau putih katanya, maka putihla jadinya.
Setelah selesai
makan, Akma merasa lega sedikit. Lantas, mereka berdua pergi ke perpustakaan
beriringan. Ramai mata yang memerhatikan mereka. Ada yang seperti tidak percaya
dan ada juga yang mengata dan membara. Bagaimana seorang lelaki yang amat
tampan dan popular seperti Anuar boleh berdampingan dengan seorang gadis biasa
yang tiada daya tarikan langsung?
Perjumpaan secara
tidak sengaja sebelum ini bagaikan ada sesuatu. Puas Anuar menilik, tetapi
masih tidak dapat meneka apakah perkara tersebut. Cuma apa yang dapat
dilihatnya, Akma seperti sedang menyimpan satu rahsia yang amat
berat. Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan gadis yang berjalan
disebelahnya ini mungkin adalah mangsa dalam pertelingkahan tempoh hari. Tetapi
dia tidak boleh membuat sebarang kesimpulan berdasarkan rasa hati tanpa
mengetahui cerita yang sebenarnya.
Setelah
berbincang sesama sendiri, Anuar bersetuju memberi laluan kepada Akma untuk
menyiapkan kerjanya terlebih dahulu. Mereka akan menyambung perbincangan
berkenaan presentation bermula keesokan harinya sehingga selesai. Anuar
mengharapkan agar Akma dapat menyiapkan assignment hari ini kerana dia tidak
mahu perbincangan mereka nanti terganggu dengan kerja lain. Walaupun berat,
Akma bersetuju kerana dia perlu mengambil pusing tugasan lain juga terutama
sekali yang melibatkan orang lain. Anuar duduk sebentar dan mencari beberapa
bahan rujukan untuk presentation tersebut.
Setengah jam
kemudian, Anuar mula mengatur langkah keluar dari perpustakaan untuk ke kuliah
yang seterusnya. Matanya tidak lepas memandang Akma yang masih menyalin sesuatu
di atas buku. Dia terpegun dengan kerajinan Akma. Masih lagi tekun menyelak
buku-buku dan menyalin nota. Dia sendiripun tidak boleh fokus seperti itu.
Kalau ada bom meletup pun mungkin tidak sedar agaknya. Haha..Tak apa, ada hero boleh
datang menyelamat, ketawanya di dalam hati.
“Oklah. Saya
balik dulu,” kata Anuar sambil melangkah pergi.
*
* * *
*
“Weh..mana ko pegi tadi, Nuar? Hehehehe..dating ye?” gelak Mike dengan kuatnya. Mereka baru sahaja habis kuliah dan sedang menuju ke arah motorsikal masing-masing. Anuar menjeling tajam ke arahnya.
“Weh..mana ko pegi tadi, Nuar? Hehehehe..dating ye?” gelak Mike dengan kuatnya. Mereka baru sahaja habis kuliah dan sedang menuju ke arah motorsikal masing-masing. Anuar menjeling tajam ke arahnya.
“Okeh..aku chow dulu,
macam biasalah..” Suffian menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia terus berlalu
dengan lajunya meninggalkan Anuar dan Mike. Seperti biasa, dia ada temujanji
dengan orang kesayangan. Kalau tidak menatap sehari, tidak puas rasanya.
“Nuar, petang ni
aku tak join game. I need to be somewhere else,” jelas Mike sambil memakai topi
keledarnya. “Aku janji ngan awek aku la. Dah lama tak jumpa dia. Jeles gak aku
nengok Suffian tu asyik berdating aje. Ko plak taknak cari yang baru ke? Eh
lupa pulak baru habis berdating..hahahahahha” gelak Mike. Menyakat lagi.
Anuar menggelengkan kepalanya. “Sudahlah ko nih tak habis-habis..aku
nak blah. Nanti lambat pulak,” kata Anuar lalu menderum laju meninggalkan
perkarangan dewan kuliah. Dia pulang ke rumah sewanya dan terus menukar baju
sukan. Kemudian kembali semula ke gelanggang bola keranjang yang terletak di
Asrama Pendita dan bermain bersama-sama dengan beberapa orang lagi. Ramai
gadis-gadis muda yang baru sahaja pulang dari dewan kuliah turut sama
menyaksikan permainan tersebut. Mereka bersorak menyokong idola masing-masing.
Nama Nuarlah antara yang paling kuat kedengaran. Sakit telinga Anuar
mendengarnya.
Pada masa yang sama Akma baru sahaja menyelesaikan kerjanya di
library. Memang meletihkan bagi Akma minggu ini kerana dia terpaksa bekerja
keras menyiapkan assignment, presentation, menghadiri kuliah sehingga tidak cukup
tidur dan lupa untuk makan. Walaupun begitu, digagahi juga hatinya untuk
bekerja semaksimum mungkin.
Semasa melalui gelanggang bola keranjang di bahagian belakang asramanya, dia terlihat ramai orang sedang bersorak. Rupa-rupanya ada pertandingan sedang dijalankan. Akma minat juga dengan bola keranjang, tetapi dia tidak cukup ketinggian untuk bermain. Teringat masa zaman sekolah rendah dimana dia sangat mengagumi seorang pelajar menengah Cina yang merupakan pemain handalan disekolahnya dahulu.
Akma meloboskan dirinya di antara ramai orang itu untuk melihat dengan lebih jelas permainan tersebut. Ramai gadis satu kuliahnya turut berada disitu sambil menjerit-jerit pemain kesayangan mereka.
Semasa melalui gelanggang bola keranjang di bahagian belakang asramanya, dia terlihat ramai orang sedang bersorak. Rupa-rupanya ada pertandingan sedang dijalankan. Akma minat juga dengan bola keranjang, tetapi dia tidak cukup ketinggian untuk bermain. Teringat masa zaman sekolah rendah dimana dia sangat mengagumi seorang pelajar menengah Cina yang merupakan pemain handalan disekolahnya dahulu.
Akma meloboskan dirinya di antara ramai orang itu untuk melihat dengan lebih jelas permainan tersebut. Ramai gadis satu kuliahnya turut berada disitu sambil menjerit-jerit pemain kesayangan mereka.
“Go! Nuar!”
Antara
ramai-ramai itu, dia terpandang seseorang yang agak familiar. Macam pernah
kulihat, tetapi di mana ya? Akma berfikir lagi. Anuar??!! Oh Anuar rupanya.
Akma tidak sangka dia amat pandai bermain bola keranjang. Dapat dilihat aksi
tangkasnya mengambil bola lawan dan menjaringkan gol.
Tidak berapa lama kemudian, tamatlah
perlawanan pertama. Hendak rasanya Akma menonton sehingga habis, tetapi apabila
difikir tugas yang masih membebankan, dia tidak jadi. Terpaksalah dia pulang ke
asrama.
Anuar mengambil air mineral yang berada di
tepi gelanggang untuk melepaskan dahaga. Matanya liar memerhatikan kawasan
sekelilingnya yang dipenuhi umat manusia. Di antara ramai-ramai itu, dia dapat
melihat Akma antara celahan orang yang ada. Dia tinggal di sini ke?
Akma yang ternampak Anuar memandangnya, terus
tersenyum. Dia masih amat berterima kasih atas bantuan Anuar tengahari tadi.
Kalau tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Anuar hanya memandang kosong
pada Akma seolah-olah tidak mengenalinya, kemudian terus berbual dengan teman
sepermainan sementara menunggu permainan kedua bermula.
“Huh..buat lagi
perangai dingin dia tu,” kata Akma berbisik. Akma terus melangkah pulang.
Setibanya di bilik, Akma dapati barang-barang Hani telahpun dikeluarkan
daripada almarinya. Separuh telahpun dimasukkan ke dalam beg dan kotak. Separuh
lagi masih bersepah di atas katilnya. Tiba-tiba, rasa sayu menyentap. Dia akan
kehilangan roomate sekaligus kawan karib. Tidak dapat dibayangkan bagaimana
kehidupannya nanti tanpa kawan. Tentu sunyi. Tiada kawan tempat meluahkan
perasaan ketika diri memerlukan seperti dahulu.
Akma terus ke
bilik air membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Setelah selesai, dia
pergi menghadap komputer Hani yang masih lagi berada disitu. Terus sahaja dia
menyalin maklumat dan rangka yang telah dibuatnya beberapa hari ini ke dalam
komputer. Ligat sahaja tangannya menaip sehingga tidak sedar Hani telahpun
pulang ke bilik. Awal juga dia hari ini.
“Ada hati lagi nak guna komputer orang?” tanyanya terus pada
Akma tanpa berkedip.
Tersentak Akma dengan kata-kata Hani itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menggunakan harta orang lain tanpa meminta kebenaran, apatah lagi setelah bergaduh dengan Hani.
“Sorryla kalau aku tak minta kebenaran,” kata Akma sambil menyalin apa yang telah ditaipnya tadi ke dalam disket. Dia meletakkan disket tersebut di atas meja dan menutup komputer.
Tersentak Akma dengan kata-kata Hani itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menggunakan harta orang lain tanpa meminta kebenaran, apatah lagi setelah bergaduh dengan Hani.
“Sorryla kalau aku tak minta kebenaran,” kata Akma sambil menyalin apa yang telah ditaipnya tadi ke dalam disket. Dia meletakkan disket tersebut di atas meja dan menutup komputer.
“Aku nak komputer aku sekarang, nak hantar ke rumah sewa aku,”
jelas Hani sambil tangannya ligat mengambil barang yang bersepah di atas katil
dan memasukkan ke dalam kotak.
“Ko nak pindah
malam ini juga ke?”
“Yes.” pendek sahaja jawapan Hani.
“Aku tolong ko
packing,” lemah sahaja jawapan Akma. Hatinya masih diruntum sedih. Lantas Akma
mengambil beberapa helai baju dan melipatnya.
“Takpelah. Aku
buat sendiri,” tangan Akma direntap daripada meneruskan niatnya itu.
Akma memandang
seketika Hani. Terkilan dengan perlakuan Hani yang masih tidak berubah sejak
mereka bergaduh. Dia terus berganjak ke katilnya pula dan menukar pakaian.
“Aku nak ke
makmal komputer dah ni. Nak kena siapkan assignment,” sambungnya lagi.
Akma menghulurkan
tangannya untuk bersalaman. Selepas ini memang dia akan jarang berjumpa dengan
Hani, kerana masing-masing tidak duduk sebilik lagi. Lagipun mereka mengambil
jurusan yang berlainan yang tidak memungkinkan mereka bertemu seperti selalu.
Hani menyambut tangan Akma, santai sahaja. Akma terus memeluk Hani kala itu.
Entah bila dia berpeluang lagi.
“Thanks for being my friend, Hani,” bergetar suara Akma
menuturkannya.
Hani diam sahaja
tanpa membalas. Hatinya turut tersentuh dengan apa yang Akma katakan walaupun
wajahnya menafikan. Bohonglah kalau dia tidak merasa sedih di saat itu. Tetapi,
dia tidak akan biarkan kata-kata itu meruntunkan pendiriannya untuk terus
membenci Akma.
Malam itu Akma
pulang dengan gembira kerana dia telah berjaya menyiapkan tugasannya setelah
berhempas pulas berhari-hari. Esok dia hanya perlu menjilid dan menyerahkan
kepada Prof Siti. Dia menarik nafas lega.
Tetapi apabila
dia membuka pintu biliknya, perasaan gembiranya bertukar menjadi sayu. Gelap
sahaja bilik itu. Selalunya, kalau dia pulang lewat seperti ini pasti bilik itu
terang bercahaya dan keletah Hani mengundang gembira dihatinya. Jiwanya terasa
kosong kini, seperti bilik itu juga. Tanpa disedari, manik jernih turun
perlahan dari matanya.
Terbaek la::>_<::..wlaupun blom abis baca lagi..hehe
ReplyDelete